Kisah Inspirasi Penulisan Impian Kathrin Zenkina : “Anda boleh ubah hidup anda. Jangan terperangkap dalam fikiran sendiri.”

2 min


Kisah inspirasi Kathrin Zenkina – speaker motivasi bagaimana kehidupannya berubah selepas selepas menulis impian untuk ubah hidup.

Ibunya berimpian untuk menjadi seorang doktor.

Namun dia hanya berhenti di tahap masuk sekolah jururawat.

Disebabkan dia tak nak buat loan untuk teruskan impian dia, dan berjauhan dengan anaknya, dia tanamkan impian tu untuk Kathrin.

Setiap kali rakan ibu dia tanya, “apa yang Kathrin nak jadi bila dah dewasa?”

Ibu dia akan jawab,
“Dia akan jadi doktor.”

Itulah jawapan ibu Kathrin setiap kali orang tanya. Dia akan selalu jawab tu untuk Kathrin.

Dia nak sangat anak dia jadi doktor sebab impian tu tak kesampaian untuk dijadikan realiti buat dirinya.

Sejak kecil Kathrin sentiasa dilatih dan diberitahu supaya sentiasa dapatkan keputusan yang bagus.

“Belajar pandai-pandai nanti dah besar jadi doktor. Ibu dan ayah pasti bangga dengan awak.”

Ada masa Kathrin rasa agak sukar untuk score A. Bila dia kurang dapat score A untuk semua subjek, dia akan rasa down.

Satu masa bila tengah fikir, termenung. Suara hatinya bertanya,
“Kathrin, kau hidup untuk siapa sebenarnya?”

Beberapa jam kemudian soalan itu hadir di fikirannya lagi,
“Kathrin, kau hidup untuk siapa sebenarnya?”

Setiap hari soalan itu semakin kerap hadir di fikirannya.

Akhirnya dia sedar dan dia dapat jawapannya,
“Saya hidup untuk semua orang kecuali untuk diri sendiri.”

Masa tu dia seolah-olah dapat kesedaran tentang,
“Dekat luar sana tu sebenarnya ada banyak lagi perkara yang lebih best untuk kau. Pasti ada.”

Dia buat keputusan untuk beritahu ibu bapanya tentang perkara itu. Dia tak nak lagi pergi ke sekolah perubatan.

Dia mula sedar yang dia sebenarnya seseorang yang suka beri inspirasi, motivasi kepada orang lain.

Masa dia beritahu, terlihat wajah kekecewaan ibu bapanya terhadap keputusan itu.

Ibu dia pandang tepat ke arah Kathrin dan beritahu,
“Ini satu perkara yang sangat mengecewakan dan awak telah mengecewakan ibu. Apa yang awak buat ini adalah satu kesalahan besar. Ibu tak rasa awak akan berjaya dengannya.”

Kathrin rasa sangat terkesan dengan kata-kata ibunya.

“Sampai hati ibu kata begitu pada saya.”

Lepas tu, dia menyendiri dan scrolling Instagram pada 1 malam. Dia terbaca 1 quote yang berbunyi,

“Live your life as if your prayers are already answered.”

Dia teringat yang dia ada jurnal. Dia ambil dan buka.

Dia tulis bagaimana kehidupan yang dia impikan. Antaranya hubungan yang dia impikan, dia ada bisnes yang sukses.

Dia seorang yang suka travel jadi dia tulis pada setiap bulan dia nak travel ke negara yang berbeza.

Sejak itu pada setiap hari, dia berusaha dan bertindak ke arah kehidupan yang dia impikan yang mana sekarang telah menjadi realiti.

Dia jatuh cinta dengan seorang lelaki dan bertunang. Dia mula dapat travel ke seluruh dunia. Pada setiap bulan dia akan travel di negara yang berbeza.

Segala apa yang dia tulis sebelum ni menjadi realiti dalam masa 2 tahun sejak dia tulis jurnal tu.

Dia pesan,

“Our current destination is not our final destination.”

Kini dia dapat bina bisnes yang membolehkan dia dapatkan apa yang dia nak dan bantu ribuan wanita di seluruh dunia bagaimana menyedarkan mereka – cara mereka berfikir tidak menggambarkan realiti mereka.

Fikiran mereka yang akan mencipta realiti tu.

Bagaimana nak ubah hidup?

1. Tukar mindset
2. Write your dream life
3. Start work on your dream life
4. Believe to achieve

“Who believe in th unseen.” (Surah Al Baqarah: 3)

Perkara macam nilah yang buat saya tulis karya Diari Kun FayaKuun.

Bagaimana hidup saya boleh berubah dengan menulis impian dalam Diari Kun FayaKuun.

Perkara ni bukan terjadi pada saya seorang, ada ramai lagi yang dah merasai keajaibannya.

Klik sini untuk baca kisah mereka.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
6
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link