“Tuhan, Tolong Tutup Auratku” – Perkongsian Fedtri Yahaya Tentang Kisah Ustazah Buat Netizen Sebak

2 min


Fedtri Yahaya berkongsi kisah inspirasi daripada seorang ustazah, Shadiya Abbas yang cedera akibat kemalangan pada April 2018 yang lalu.

Ia menceritakan bagaimana saat beliau tidak terdaya untuk menutup auratnya sendiri, dia berdoa lalu Allah makbulkan dengan hantarkan seseorang untuk tutup auratnya.

Ikut kisahnya…

 

TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU

Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.

Jubah dan tudung penuh darah.

Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”

Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.

Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.”

Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.

Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.

Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya.

“Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.”

Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.”

Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya.

Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.”

Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.

Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA.

“Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.”

Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya.

Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.

Saya sebak.
Tuhan…
Engkau Maha Memelihara
Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu
Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku
Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu
Walau beribu derhaka
Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu.
Aku tak boleh hidup tanpaMu.

Imbasan Peristiwa;
Shadiya
Hospital Besar Ipoh
April 2018

 

 

Detik itu berlaku di Ipoh yang melibatkan dirinya, suami dan dua anaknya.

Kereta yang mereka naiki melanggar lori yang tiba-tiba menukar lorong.

Dia dan suaminya cedera teruk. Ustazah itu alami banyak kecederaan fizikal terutamanya di wajah.

Masa dia terima rawatan di hospital, jubah dan tudunya yang penuh darah perlu ditukar.

Walau ikut logik akal, memang tak dan nak fikir soal aurat, tapi dengan kuasa Allah, dia tetap tergerak untuk menjaga auratnya.

Dia rasa malu bila terdengar suara beberapa tugas lelaki di sekitarnya. Dia rasa malu. Jadi masa tu dia merayu kepada Allah supaya bantu dan pelihara auratnya.

Dengan izin Allah, tidak lama selepas dia berdoa, ada jururawat yang bagi tuala untuk tutup kepala.

Lega.

Kini kesihatannya semakin pulih. Dalam masa yang sama, dia perlu ulang alik buat rawatan susulan di hospital.

 

Kisah ini mengingatkan Che Happy kepada kisah bagaimana 8 bulan Che Happy takde kad akses untuk akses level kondo. Masa tu saya sewa bilik. Waktu kampus.

Rumah tu dah lebih orang jadi 1 orang takkan dapat kad akses tiap level. Dia ada kad akses untuk akses tiap level. Jadi saya orang yang tak dapat.

Tiap kali lalu level, bayangkanlah sape ja yang nak pergi level yang sama setiap jam. Ajaibnya, bila saya doa je kata Allah, ada je jalan yang Allah beri.

“Ya Allah, aku takde kad akses. Kau tolonglah bukakan pintu ni. Aku nak balik ya Allah.”

Saya cakap dengan lembut dan meminta-minta sebagai seorang hamba. Alhamdulillah kurang 20 minit, pasti ada je orang balik dan bukakan pintu tu.

Kalau tak penduduk, ada je guard yang nak masuk situ ronda-ronda.

“Jangan bertanya kepada otak yang terbatas, bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tidak terbatas.” – Ustaz Yusuf Mansur

Saya namakan dalam hidup saya, bertanya Allah dahulu.

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
19
love
omg omg
0
omg
cry cry
16
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: