Tips Upgrade Diri – Zero To Hero

2 min


Apa yang dimaksudkan dengan zero to hero? Dalam kehidupan terutamanya, ia adalah suatu bentuk perspektif untuk mengubah sesuatu perkara negatif kepada perkara positif, untuk memperbaiki kehidupan sesorang kepada yang lebih baik dan cemerlang.

Sedikit perkongsian daripada kelas yang pernah Che Happy sertai anjuran company pada tahun 2016. Kelas yang dikendalikan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Alhamdulillah, Dia hantarkan beliau untuk bantu upgrade dan motivate diri menjadi yang lebih baik. In shaa Allah.

Antara tips yang beliau kongsikan :

1. Tidur mengikut sunnah

Tidur mengiring ke kanan dan sebelum tidur (lepas baca doa tidur), niatkan dalam hati, tidur kerana mengikut Sunnah. In shaa Allah tidur kita itu akan mendapat pahala.

Selain itu, tidur mengiring ke kanan dapat mengelakkan daripada paru-paru kiri terbeban akibat tekanan jantung yang saiznya lebih besar dari paru-paru kiri.

2. Maaf dan memaafkan

Maafkan semua orang sebelum tidur. In shaa Allah, Allah akan bukakan pintu rezeki buat kita.

“Jangan tidur dalam keadaan marah kerana kita takkan pernah tau sama ada kita atau insan yang kita marah tu akan bangun atau tidak esok hari. Jadi, sentiasalah meminta maaf dan memaafkan.”

3. Sentiasa pasang niat sebelum pergi kerja

Pagi-pagi sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, niatlah dalam hati :

– kerana Allah

– kerana mencari rezeki yang halal

– nak cari dan share ilmu

– nak buang dosa (penat kerja seharian – in shaa Allah kepenatan itu akan mencuci dosanya)

– nak senyum, nak bertemu jodoh yang serasi ^^

Kalau tiada niat, gaji yang kita dapat hujung bulan atau bonus tu akan kosong pahala kerana kerja tu kan ibadah.

Jadi tanpa niat, ia ibarat suatu pekerjaan yang kosong atau sia-sia.

4. Etika apabila pulang dan sebelum masuk ke rumah

Antara etikanya adalah seperti :

– baca basmalah (Bismillahirrahmanirahim) 3x

– baca surah al-Ikhlas 3x

– senyum dan bagi salam

– mulakan dengan kaki kanan

In shaa Allah semua penghuni rumah dan jiran-jiran akan terhindar dari kemiskinan.

5. Doalah (selepas solat atau sebelum tidur)

Contoh doa yang boleh dibaca :

“ Ya Allah, sekiranya ada hari esok untukku, maka jadikanlah hari esokku lebih baik dari hari ini, namun sekiranya tiada lagi hari esok untukku, maka Kau matikanlah aku dalam husnul khotimah. Aamiin.”

6. Panggil seseorang itu dengan namanya

Kenapa perlunya memanggil seseorang itu dengan namanya? Kerana nama itu suatu doa.

Setiap orang mempunyai nama & maksud yang baik-baik dan memanggil seseorang dengan namanya adalah suatu kehormatan bagi mereka.

Pasti kita pun tak suka sekiranya ada orang memanggil kita dengan panggilan yang buruk kan.

7. Perbanyakkan istighfar

Banyakkan istighfar untuk betulkan hati dan fikiran supaya tiada perkara negatif bersarang dalam diri.

“ Barangsiapa sentiasa beristighfar, nescaya Allah SWT menjadikan setiap kesedihannya kelapangan, dan menjadikan setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberi-Nya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

-Hadis Riwayat Abu Daud-

8. Mendoakan kebaikan kepada orang lain

Doakan yang baik-baik bos, kawan-kawan dan orang sekeliling – in shaa Allah doa tersebut akan berbalik kepada diri kita.

“ Jangan mendoakan keburukan kepada muslim lain walaupun dia seorang pemimpin yang zalim atau seorang muslim yang ahli maksiat.

Tapi doakan dia supaya mendapat hidayah dari Allah, sehingga boleh kembali menjadi orang yang baik.

Sebab, mendoakan kebaikan akan kembali kepada diri sendiri, begitu juga sebaliknya.”

– Syeikh Ahmad Taha Rayyan-

9. Biasakan buat solat taubat dan tutup dengan solat witir.

Kita tidak tahu kehidupan seharian kita dipenuhi dengan kebaikan atau keburuakan, pahala atau dosa.

Justeru, dengan solat taubat akan membersihkan hati dan jiwa kita sekaligus mendapatkan pengampunan Allah SWT, in shaa Allah.

10 . Sentiasa berterima kasih

Sentiasa berterima kasih kepada orang sekeliling kita kerana orang yang tidak bersyukur itu adalah orang yang tidak berterima kasih.

Justeru, lahirkan rasa syukur kita dengan ucapan terima kasih terhadap semua orang kerana ucpan terima kasih tidak memerlukan apa-apa kos pun.

 

Senang ke senang sangat tips-tips upgrade diri di atas? Senang kan?

Mulakan perkara yang mudah dan kecil dahulu, ia akan jadi snowball untuk terus konsisten sekaligus dapat melakukan perkara yang besar dan berat.

In shaa Allah sekiranya kita semua boleh istiqamah, daripada zero kita akan jadi hero pada diri sendiri.

Fighting! ^_^


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
23
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *