Tips Menjadi Kaya Dalam Waktu Yang Singkat

1 min


“Seronoknya kalau aku kayaa…”

Semua orang berimpian untuk menjadi kaya.

Kaya harta.

Kaya wang.

Kaya iman.

Kaya masa.

Pasti semua kekayaan di atas yang kita mahukan.

Kekayaan di dunia dan akhirat.

Mari baca tips mejadi kaya hasil coretan cik Fatin Harnani di bawah.

 

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

1. Sebut Alhamdulillah tiap pagi

Bangun pagi, usap muka cakap thanks Allah (Alhamdulillah)

Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam, ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh

Mulakan dengan solat sunat subuh 2 rakaat dan solat subuh.

3. Solat sunat Dhuha

Cukup waktu, mulakan dengan solat Dhuha. Buat 2 rakaat kemudian 2 rakaat lagi (4 rakaat).

4. Elakkan berkata yang negatif

Harini ni tanam dalam diri takmau sembang dengan kawan office pasal orang lain. Takmau baca atau tulis yang bukan-bukan.

5. Berzikir

Nak zikir dan sebut nama Allah sahaja. Sebut ulang-ulang (boleh jadi sebak)

6. Sedekah pada haiwan

Pergi lunch nanti ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

7. Solat di awal waktu

Solat di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang minta kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh-sungguh. Lepas tu cakap thanks berkali-kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

8. Sedekah pada manusia

Harini tekad, kalau siapa je minta sedekah bagi jugak, walaupun RM 0.50.

9. Call ibu ayah

Call mak dan abah. Bersembang dan tanya khabar walaupun hanya 5 minit.

10. Solat sunat tahajud

Bangun pukul 3.30 pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambil masa termenung fikir salah diri. Kenapa ujian datang kat aku, mungkin aku pernah buat salah.

11. Buang ego dalam diri

Buang ego dan kaji sedalamnya. Apa salah silap kita. Kalau tak juma, mohon Allah tunjukkan.

Ulang selama 3 hari berturut-turut. In shaa Allah di hari ketiga aka nada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!

Kredit to : Fatin Harnani

 

In shaa Allah dengan perkongsian tips di atas dapatlah kita sama-sama istiqomah dalam melakukannya supaya kekayaan yang kita perolehi itu diberkati Allah.

Berkata guruku, “Anakku, engkau tengok dua jenis orang kaya.

  1. Orang kaya yang mengejar dunia.. dia kaya.
  2. Orang kaya yang banyak infaknya ke jalan Allah.. dia juga kaya.

Engkau akan lihat orang kaya yang banyak infak itu bertambah kayanya dan tenang hatinya. Kenapa? Kerana tenang hati bukan pada kaya, tapi pada hati.

Daripada Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi

 


What's Your Reaction?

cute cute
3
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
54
love
omg omg
1
omg
cry cry
12
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: