Tips Kuasai Doa Supaya Cepat Makbul – The Power of DOA

2 min


Kenapa perlu berdoa? Mengapa berdoa itu penting?

Kerana berdoa itu satu tugas pengabadian.

Kita mengaku yang kita ni hamba. Hamba yang lemah, miskin, jahil, hina.

Kita mengaku yang kita memang amat memerlukan Allah lebih dari segala-galanya.

Ramai orang berdoa.

Dan ramai juga orang yang mahu doanya dimakbulkan, dalam pada masa tu juga.

Namun, bagaimana caranya kita mahu mengusai teknik berdoa supaya doa tersebut mudah termakbul?

Ikuti perkongsian di bawah.

RAMAI TAK TAHU HANYA DENGAN TUKAR AYAT DOA JE BOLEH UBAH HIDUP MEREKA SELAMANYA

Boleh Lia kongsikan, tips bila kita nak berdoa kepada Allah swt? InshaaAllah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik.

Kita perlu doa dalam keadaan kita di gelombang Alpha. Gelombang Alpha akan berlaku pada waktu kita sedang mandi, bersin, waktu isteri bersalin, waktu azan, hujan, dan waktu Tahajud.

Sebelum ini kita selalu berdoa “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku”.

Lia pernah tau, sebelum ini selalu berdoa beri Lia kekuatan, sentiasa berdoa bagi Lia untuk jadi lebih kuat. Namun apa yang Lia perasan, makin kita doa begitu makin Lia kena jadi seorang yang kuat untuk hadapi segala ujian.

Alhamdulillah, selepas Lia tukar je cara doa Lia, segala masalah yang Lia sedang hadapi semuanya berlalu pergi begitu sahaja. Dan setiap masalah, Lia rasa bahagia sangat, bahagia kerana Lia yakin masalah Lia itu Allah akan tarik semula. Jadi kita kena yakin dengan doa kita agar Allah makbulkannya.

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku…”. Selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

Pernah terjadi sendiri dalam hidup Lia, kalau dulu mesti Lia nak berdoa berikanlah Lia macam-macam. Dan betul, Allah memang akan beri kita macam-macam, namun sekejap sangat. Selepas itu satu-satu Allah tarik semula.

Selepas Lia tukar doa kurniakanlah, Alhamdulillah apa sahaja Lia minta Allah memang akan bagi sampai bila-bila. Contohnya Lia nak team Chettaki Omey semakin ramai dan bertambah, dan memang betul team Lia sentiasa berkembang sehingga hari ini.

Satu lagi yang Lia perhatikan, Lia selalu dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,

“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini Lia nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Jom kita semua amalkan bersama-sama ya. Nampak simple namun ianya sangat berkesan. Semoga dengan perkongsian Lia ini sangat bermanfaat buat anda semua. Lia yakin dan percaya dengan izin Allah, selepas ini anda akan menjadi orang yang lebih tenang dan bahagia apabila anda sedang berdoa.

Kredit to : Nur Aliah Mohd Nor

 

Berdoalah. Berdoalah hanya kepada-Nya kerana tanpa Dia kita tiada apa-apa.

Allah SWT berfirman:

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku, akan Aku masukkan mereka ke neraka jahanam dalam keadaan hina.”

– Surah Ghafir: 60

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa berdoa dan memohon kepada Allah itu adalah suatu ibadah.

Dan orang yang tidak mahu berdoa kepada-Nya adalah orang yang sombong yang bakal dimasukkan ke neraka Jahanam.

Nauzubillahiminzalik. Semoga kita dijauhkan dari golongan yang sombong ini.

Aamiin ^_^


What's Your Reaction?

cute cute
8
cute
lol lol
3
lol
angry angry
5
angry
love love
163
love
omg omg
5
omg
cry cry
36
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link