Rasa Stuck Dalam Kehidupan? ‘Panjatlah Pokok!’

2 min


Bila stuck dalam kehidupan equivalent to sesat dalam hidup sendiri. Ketika sertai satu kelas Emotional Spiritual Quotient (ESQ), ini antara topik yang disampaikan — saya sampaikan semula walau not exact. Kurang lebih seperti ini:-

Bayangkan kita sesat dalam hutan. Apa yang patut kita buat?

Masa tu hp takde signal. Kita sorang-sorang plak tu.

Speaker tanya kepada peserta. Ada antara mereka yang jawab…

“Cari sungai.”

“Nyalakan unggun api untuk beritahu orang kita ada kat situ.”

Kemudian ada seorang peserta menjawab,

“Panjat pokok.”

Speaker tu pun datang ke arah peserta. Dia beri mikrofon untuk peserta tu jawab. Cuba ulang lagi,

“Panjat pokok.” peserta tu menjawab.

“Ya, benar. Jika kita sesat di hutan, sepatutnya kita kena panjat pokok,” kata speaker

“Tujuannya untuk apa?” tanya speaker

“Supaya kita tahu kita di mana dan ke mana kita nak pergi,” dia menyambung.

Ya, begitulah apa yang kita patut buat jika sesat dalam hutan. Macam tu juga yang perlu kita buat bila kita rasa stuck dalam kehidupan.

Saya pernah rasa satu kondisi:

  • Duit – alhamdulillah ada lebih daripada mencukupi
  • Tubuh badan sihat, cukup sifat
  • Ibu bapa, keluarga yang masih hidup dan sihat walafiat
  • Bestfriend yang supportive, a good listener
  • Geng yang sekepala dan menerima diri seadanya
  • Tempat tinggal yang selesa, tempat tidur yang empuk

Senang cerita alhamdulillah semuanya serba sempurna. Namun hati tetap rasa kekurangan.

Bagai ada ‘missing link’ atau seperti salah satu nama kelas Sifu FB Ads — ‘missing chapter

Mengingatkan saya juga kepada salah satu topik dalam kelas ESQ iaitu kebahagiaan sejati. Ia berkait dengan lagu Hakikat Bahagia – UNIC

Lirik UNIC – Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki

 

Firman Allah SWT dalam surat cinta-Nya,

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka.

Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

(Surah Al-An’Am: 32)

Sesungguhnya dunia ini adalah sementara. Hanya Allah SWT yang kekal abadi. Siapa yang mencari kebahagiaan selain daripada-Nya, sifatnya adalah sementara.

“Jadi, apa kaitannya dengan tajuk nota ni?”

Bagi mengeluarkan kita daripada isu stuck dalam hidup, kita kena throwback balik dan jawab soalan ni semula:

  1. Siapa kita?
  2. Dari mana kita?
  3. Ke mana kita nak pergi?

 

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
6
love
omg omg
0
omg
cry cry
2
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link