Tip Deras Rezeki (Kewangan) Dengan Duit Biru Dan Hijau

2 min


Hari ni saya throwback semula jumlah profit yang saya dapat daripada jualan ebook tempoh hari. Alhamdulillah deras. Lebih daripada cukup untuk seorang bujang dan sara keluarga.

Saya teringat. Esok hari Jumaat. Mula cari duit kecil RM1 dan RM5 untuk disedekah. Dalam dompet saya dah takde RM1 dan RM5.

Saya tak pecahkan lagi duit besar. Memang kalau saya balik daripada beli apa-apa, saya terus kumpulkan duit RM1 dan RM5 > masuk dalam sampul raya > bagi ayah untuk masukkan dalam tabung masjid.

Kadang-kadang duit tu sampai sebuku. Syok tengok!😄😄😄

Hanya orang yang kaya boleh beri dan berbahagi. Kaya tidak semestinya duit. Kaya hati. RASA diri kaya tu penting.

 

Rezeki Itu Bagai Empangan

Perlu mengalir barulah lancar, elektrik dapat dijana. Kalau empangan tu tersumbat, air pun tak nak lalu di situ.

Tersumbat adalah refleksi orang yang kedekut sedekah.

RASA tu penting. Maka tip saya antara tip deras rezeki adalah mulai saat ini, apabila shopping je duit baki RM1 dan RM5, kumpulkan > sedekah.

Ada bran?

Masa saya bagi ayah saya tu pun saya tak kira berapa saya sedekah. Saya biasanya niat tunaikan zakat sebab zakat wajib.

Selain itu saya akan niatkan, sedekah saya itu untuk apa. Maksudnya kita BAD (mohon pada Allah), dengan sedekah itu menjadi asbab untuk ______.

Antaranya, menjadi lebih sihat, menjadi lebih bijak, berakhlak, penyakit pulih dan sebagainya.

 

Lagi pesan guru saya pula, bila sedekah dengan beri nafkah kepada ibu bapa niatkan dapat pulangan 10x – 70x – 700x ganda. Dengan izin Allah, ia berlaku.

 

Sama je macam guna garam. Kita niatkan garam itu untuk apa. Dompet itu untuk apa. Duit (sedekah), garam, air, dompet semua itu hanya medium. Yang penting kita tahu apa yang kita yakini.

Terutamanya air. Ia merakam. Sebab tu ada orang pesan, masa makan jangan cakap.

Khuatir kita cakap termengumpat > kita minum air umpatan > jadi darah daging dalam tubuh. Allahu akbar.

 

Allah melipatgandakan ganjaran orang yang bersedekah.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al Baqarah: 261)

Action plan:

1. Kumpulkan RM1 dan RM5
2. Masukkan dalam sampul raya
3. Sebelum sedekah, niatkan sedekah itu untuk apa
4. Gunakan duit itu untuk sedekah hari Jumaat / tiap hari


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
22
love
omg omg
1
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link