Tidak Diberi Bukan Bermakna Tiada. Hanya Syurga Tempat Berehat

1 min


Hanya di syurga tempat kita berehat.

Apabila belum temu jodoh, kita akan ditanya,
“Bila kahwin?”

Apabila belum ada anak, kita akan ditanya,
“Bila ada anak?”

Apabila sudah tamat SPM, kita akan ditanya,
“Lepas ini pergi universiti mana?”

Selagi di dunia, selama itulah kita akan diuji. Kata sifu,
“Relax, tenang sahaja. Hadapi sebaiknya. Happy is a journey not destination.”
.
Tazkirah

Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
———————-
Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
————————–
Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.

Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
———————–
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.

Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
—————–
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik,
dan pandai menguruskan rumahtangga.

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
——————-
Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
———————
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.

Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
————
Bersyukur. Bersabar. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
2
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan karya Nota GembiraKlik Sini Untuk Info
+ +