The Power of Words – Vitamin, Ubat Atau Racun?

2 min


Perkataan ni macam anak panah. Boleh jadi vitamin (empowering you), ubat (healing you), boleh jadi racun (kill you).

Vitamin dan ubat okaylah. Tapi racun ni sekali masuk, susah nak buang. Macam bisa. Orang yang kena tu macam kena bisa. Dah merebak kat seluruh tubuh.

Cakap tentang perkataan ni, ada orang boleh terima gurauan dengan baik. Ada orang tak boleh terima gurauan dengan baik.

Weekend tempoh hari saya keluar dengan member. Bila balik naik grab sama.

Dia tanyalah saya tu sape? Mak?

Mungkin sebab muka saya cam budak lepas habis espiem, jadi obvious la saya nampak muda sampai member sebaya pun boleh nampak macam mak dan anak🤣

Tapi member saya ni terima perkataan tu walau 1 perkataan je “Mak” — dia dah overthinking dah.

“Aku ni nampak tua sangat ke?”
“Hodoh sangat ke aku ni?”

Dia dah rasa moral down. Sampai macam tu sekali dia rasa down walau 1 je perkataan sebab dia extract perkataan “Mak” tu mungkin dia nampak hodoh, nampak tak cantik, nampak tua.

Macam-macam.

Tidak hairan kenapa baru-baru ni artis K-pop boleh bunuh diri sebab dia affected dengan hinaan, makian, perkataan yang orang lain lemparkan.

Walau dia bunuh diri tapi secara tak langsung sebenarnya haters dia yang dah “bunuh” dia secara senyap. Tanpa perlu guna apa-apa senjata melainkan senjata perkataan.

Itulah kuasa perkataan.

Boleh jadi vitamin, ubat ataupun racun yang boleh membunuh manusia secara senyap.

Nak bunuh orang tak perlu pakai senjata fizikal, cukup pakai perkataan. Takde bukti kalau sabit kesalahan sebab ia sejenis mental abuse.

Dengan perkataan jugak boleh jadi empowering people. Healing people. Buat orang sembuh daripada penyakit yang dah lama dia hidap.

Boleh jadi pembangkit semangat untuk orang yang putus asa nak hidup.

Perkataan boleh menghidupkan dan mematikan seseorang.

Cerita tentang gambar ni, ada seorang followers saya ni tanya.

Macam mana kalau partner ni jenis selalu bagi perkataan-perkataan tak best kat dia. Kalau ayat kurang lembut – suka mental abuse.

Saya tanyalah partner tu yang jenis partner kawan ke pasangan yang attach?

Dia kongsi pasangan. Kalau pasangan ni lain cara dia. Tak bolehla kalau dia ada tabiat negatif, terus nak cerai.

Kalau kawan ni seseorang yang boleh detach. Lain pendekatan.

Jadi apa yang dia buat, dia share je post saya tentang saying good words to yourself kepada pasangan dan anak-anak dia.

Alhamdulillah pasangan dia boleh terima.

This what makes me driven to share more. Tak sangka post sendu2 pun memberi manfaat juga kepada pembaca😄

Nak tau post yang dia share tu yang mana, boleh tengok di sini.

Begitulah, kadang kita tak perasan kita ni selalu lemparkan perkataan-perkataan negatif kepada pasangan atau orang tersayang.

Teringat masa selalu jemaah dengan member di ofis, lepas solat mesti minta maaf. Dari situ kita dah lapang dada dah dengan member ofis.

Untuk pasangan yang dah kahwin, lepas solat jemaah atau sebelum tidur, boleh buat culture / ritual saling minta maaf. Turunkan ego sebagai suami atau isteri supaya saling bermaaf-maafan walau bukan musim raya.

Even saya sendiri bila balik kampung, sebelum balik KL semula, saya selalu minta maaf pada ibu saya. Salam, peluk cium pipi, dahi. Minta maaf, cakap terima kasih ibu.

Kalau saya dok rumah family, kadang sebelum saya tidur, saya cium dahi ibu. Simple kindness might makes people feel loved and happy.

One kindness per day.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
2
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link