Tak Sangka Kurang 1 Bulan Allah Makbulkan Penulisan Impian Saya

5 min


Allahu 😭😭😭 Tak sangka kurang 1 bulan Allah makbulkan penulisan impian saya

Bulan lepas ada tulis impian. Tak sangka kurang 1 bulan Allah beri jalan melalui bahasa alam.

Maksudnya saya doa apa yang saya hajatkan. Terlihat Allah aturkan melalui environment. Jumpa network, dapat good news, dapat tahu daripada partner.

Ogos yang lepas saya ada share tentang jangan fikir how, fikir what. Rujuk post DI SINI,

 

Memang betul. Ikut pengalaman saya tulis impian, yang banyak jadi realiti, saya fikir je apa saya nak. Saya decide apa saya nak.

How tu saya tak fikir. Yet along the way, kita usaha cam biasa.

Kita firmkan, kita decide apa yang kita nak. Kita tulis spesifik apa yang kita nak.

“When you does not decide a decision, its also a decision.”

Alang-alang buat decision baik buat decision yang ubah hidup 😄

Penulisan impian ni tak semestinya kita tulis sekali lepas tu tak boleh adjust. Dah tulis, later boleh adjust, add on.

 

Saya punya mindset masa tulis impian:

1. Firmkan apa yang saya nak. Just decide.

Kalau nak ada simpanan kena letak amaun. Guna formula SMART.

Specific
Measurable
Achievable
Relevant
Time based

2. Bila rasa impossible sentiasa letakkan kewujudan impian tu pada Allah.

“Jangan bertanya kepada otak yang terbatas, bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tidak bertepi dan terbatas.”

Sentiasa simpan dalam hati — La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan Allah.

Kalau rasa impossible je, seolah-olah macam kita ni underestimate kuasa Allah. Again, kena tertakluk juga kepada formula SMART.

Contoh aim simpanan next 3 months = RM1 juta tapi sekarang ada RM10,000 je. Kalau saya, takdelah camtu.

Saya naikkan sket 3-5x ganda. Biasa saya ikut gut feeling berapa yang nak letak.

Katakan average dah biasa RM10k, nak jana income RM30k. Gut feeling pun selesa dengan RM30k. Then okay la.

3. Lupakan.

Memang saya lepas tulis je impian then tutup buku. Bila rasa nak tulis lagi another version saya buka balik dan tulis lain. Saya tak tengok sangat apa yang saya dah tulis.

Biasanya lepas 3-6 bulan baru tengok-tengok penulisan impian yang lama tetiba je ada je yang dah jadi kenyataan. Eh eh.

Average penulisan impian saya jadi kenyataan bermula 3-6 bulan. Ada juga yang 3-5 tahun pun belum jadi realiti antaranya sebab saya tak take action = kena gabung usaha spiritual dan fizikal.

Ada juga yang cepat bila kita usaha secara spiritual dan fizikal.

Spiritual = tahajud, selalu doa, selalu talk to Allah, bertanya Allah dahulu, minta Allah tunjukkan jalan macam mana nak jadikan realiti. Anda jaga hubungan dengan Allah.

Senang cerita spiritual ni tentang macam mana anda minta kepada Allah.

Macam ada member, bila ada masalah dia lebih tingkatkan hubungan dia dengan Allah dengan istighfar minimum 1k. Tahu-tahu Allah yang selesaikan masalah dia dan segala hajatnya dipenuhi.

Selain tu daripada segi mindset, niat kena jaga. Selalu meditate, visualization, affirmation, declaration = ni usaha secara dalaman. Tak nampak.

Fizikal ni anda berusaha secara luaran. Boleh nampak. Kalau buat bisnes buat marketing ke, pergi kelas belajar copywriting ads, kalau kerja ada peluang buat komisyen usaha lebih dll.

4. Akhiri penulisan impian dengan sebut,

“La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim.”

Ya Allah, aku takde daya nak jadikan semua ni realiti tanpa pertolongan-Mu ya Allah. Aku serahkan semuanya kepada Kau.

*****

“Who believe in the unseen.” – 2:3

Sehingga hari ini lebih 60 hari journey to a new me, saya praktikkan visualization, gratitude therapy, self love therapy, penulisan impian, benda yang macam tak masuk akal boleh beri powerful impact ni … sebenarnya ia sangat powerful.

Dia cam Subhanallah. Nikmat yang mana nak didustakan?

Allah tu kuasa Dia unlimited sangat. Dia boleh beri kita bila-bila masa, tanpa sebab. Tinggal kita je minta kat Dia tapi yakinkah kita kepada Dia?

How strong our believe to Allah?

Kita boleh berubah dengan kuasa doa. Visualization, affirmation, solat kita, zikir, penulisan impian, apa yang kita cakap, fikir semua tu doa.

Anda boleh jadi NEW YOU in a second. Macam tu je *petik jari

Tapi macam mana anda optimizekan kuasa doa dalam kehidupan? Sedangkan ia sangat powerful.

“Kalau makbul happy la. Cuba kalau tak. Menangis.”

Mesti ada self talk macam tu kan?

Sebab kita tak kaji tentang doa. Kita tak kaji tentang Allah, macam mana Dia makbulkan doa kita.

Allah tak bagi ada sebab ataupun sebenarnya Allah makbulkan je doa kita tapi in different way yang kita tak faham bahasa Allah.

Image result for tulis impian"

Contoh, anda belajar tentang sedekah RM1 dapat minimum 10-70x ganda. Anda sedekah RM1,000 dengan harapan Allah bagi RM10,000.

1 bulan kemudian
3 bulan kemudian
6 bulan – 3 tahun kemudian

Takde pun dapat pulangan RM10,000. Takde yang magic, powerful pun sedekah dan doa.

Anda tak sedar. Anda sedekah RM1,000:

Pasangan, ibu ayah, anak-anak, adik-beradik… keluarga anda masih hidup, sihat walafiat, sempurna mental fizikal

Berapa kos kalau dorang meninggal? Berapa hutang yang tertinggal untuk diwariskan? Jika ada harta yang boleh lunaskan kira oklah. Kalau takde? Siapa yang sanggup melunaskan?

Kalau ada antara mereka ada penyakit kronik, berapa kos rawatan setahun? Berapa pula nak bayar follow up setiap sesi? Berapa pula kos operation?

Saya masuk wad nak operate kat pergelangan tangan pun dah RM3k++ tapi syukur ada subsidi, bayar RM24 je. Kalau saya takde simpanan macam mana? Kalau saya takde income macam mana? Kena meminta-minta pada orang lain. Allahu Akbar.

Semua orang kesayangan anda sihat mental fizikal. Kalau ada yang ada mental health issue, dia akan influence anda punya energy, emotion, masa.

Anda kena jaga dia. Anda kena take care emotion dia. Kalau kronik, anda kena belikan ubat. Ada sesi follow up dengan psychiatrist dah kena berapa ratus per session.

Jadi cuba bayangkan, anda hanya bayar RM1,000 je untuk “insurance” semua ni. Anda tak pernah berdoa pun orang kesayangan sihat walafiat, sempurna mental fizikal tapi Allah dah beri lebih daripada apa yang anda minta.

Oksigen ni pun, pernah doa esok cukuplah oksigen nak bernafas. Ada? Takde. Allahu Akbar.

Nikmat mana yang kamu ingin dustakan?

Anda sedekah RM1,000 je tapi sebenarnya Allah dah beri LEBIH daripada apa yang anda minta, LEBIH daripada apa yang anda hajatkan.

 

Ada 3 cara bagaimana Allah makbulkan doa kita:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi.

Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat

atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturrahim atau memohon disegerakan.

Maka sahabat berkata, ‘Ya Rasulullah, bagaimana doa minta segera itu?

Baginda bersabda,

‘Seorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenanlah segera’”

– Riwayat al-Tirmizi no 3968 –

Di sini sebenarnya kita yang kena kenal Allah, bukan Allah yang kenal kita. Bila kita kenal Allah, kita akan sentiasa bersangka baik kepada Allah.

Orang Mukmin ni pelik. Bila Allah beri dia sesuatu, dia gembira dan bersyukur tapi bila Allah uji dia, dia tetap sabar.

Orang kata wat lek wat peace. Bahagia je apa yang Allah bagi. Takde nak sangka buruk kepada Allah.

Dia tahu apa pun yang Allah beri adalah yang terbaik untuk dia. Dia berdoa, berusaha, bertawakal dan redha dengan apa yang Allah kurniakan ke atasnya.

Kalau kita tak suka apa Allah beri, kita berusaha lebih baik lagi. Allah letak kita di dunia ni pun sebab Allah nak uji siapa yang terbaik antara kita.

Daripada segi amalan, daripada segi giving to society, daripada segi buat baik kepada ibu bapa, pasangan, suami, anak-anak, orang lain, rutin harian kita, tabiat kita. Semua aspek kehidupan.

———–

Summary post ni:

1. Bila tulis impian, letakkan kuasa Allah yang akan jadikannya realiti.

2. Fikir what bila nak tulis impian. Be firm, just decide apa kita nak.

3. Lupakan. Adjust, tulis lagi lain kali kalau ada nak tambah apa-apa.

4. 3 Cara Allah makbulkan doa. Kita yang kena kenal Allah, bukan Allah yang kena kenal kita. Dia memang dah tahu semua tentang kita sebab Dia yang cipta kita.

Bila kita kenal Allah, dekat dengan Allah, kita akan rasa bahagia je walauapapun yang Allah beri.

5. Allah makbulkan doa kita mengikut apa yang terbaik untuk kita. Allah sebenarnya beri LEBIH daripada apa yang kita pernah minta kepada Dia.

 

P/S : Berimpianlah kerana impian itu percuma. Dapatkan Diari Kun Faya Kuun untuk penulisan impian anda DI SINI  

P/S : Belajar step by step (visualization, gratitude therapy, self love therapy) exactly yang saya buat dalam ebook 90 Days To A New You DI SINI


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
3
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link