Syukur – Be Present! Hiduplah Pada Saat Ini

3 min


Semalam 30 minit sebelum tidur, antara yang saya buat adalah Gratitude therapy (secara verbal). Kita sebut apa yang kita syukuri pada hari tu.

Semalam 7/10. Jadi saya sebut apa yang saya syukuri semalam.

Ada juga sesi syukuri tiap anggota badan dan deria yang Allah beri. Antaranya otak, minda, mata, penglihatan, hidung, bau, telinga, dengar, kaki, tangan.

Jadi sepanjang proses tu bila sentuh mata contohnya, saya berterima kasih kepada Allah kerana memberikan saya mata dan penglihatan.

Ada orang hari ini dia tak dapat melihat, tuan puan.

Ada orang hari ini mungkin mata dia terluka sebab terkena sesuatu.

Ada orang hari ini mungkin dia sakit mata. Saya teringat masa tu entah kenapa mata lebam. Nak buka mata pun susah. Digigit semut barangkali😩

Jadi masa tu saya memang tak boleh buka mata sangat. Asyik perlu pejam je. Letak ubat.

Keesokan harinya baru pulih sedikit demi sedikit. Boleh buka besar dah mata saya. #alhamdulillah.

Namun alhamdulillah semalam mata dan penglihatan saya masih elok, sempurna. Mata cantik. Berfungsi dengan baik.

Rabun tu takdelah teruk tapi apa-apa pun saya syukuri ada mata dan masih dapat melihat.

Masa tu merenung orang yang tak dapat melihat.

“Nikmat mana yang patut aku dustakan, ya Allah?”

Jika hayati terapi syukur boleh nangis.

Nikmat Allah yang mana satu yang kita nak dustakan, tuan puan?

Allah dah bagi tubuh fizikal yang sempurna.

Allah dah bagi anggota badan yang sempurna. Boleh guna dengan baik.

Allah dah bagi deria yang sempurna — mendengar, melihat, membau, merasa dengan lidah, menyentuh.

Alhamdulillah. Haza min fadhli Rabbi. Ini kurniaan Tuhanku.

Sanggup ke kita nak tukar semua nikmat anggota badan, deria yang Allah dah beri sempurna ni dengan wang ringgit?

Kalau ada orang nak bayar anda RM1 juta untuk 1 jari, sanggup jual?

Kalau ada orang nak bayar anda RM1 juta untuk 1 mata, sanggup jual?

Kalau ada orang nak bayar anda RM10 juta, dia nak tangan dan kaki anda, sanggup jual? Anda ada duit yang banyak tapi tak dapat buat banyak benda. Anda tak bebas.

Masa tu saya renung, “aku tak sanggup Allah.”

Mengalir air mata.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 

Kita dah kaya sebenarnya, tuan puan.

Orang nak bayar RM10 juta untuk kaki dan tangan, kita tak nak jual. Kita dah lebih daripada kaya sebenarnya.

Ada orang terlalu mengejar apa yang dia nak sampai dia lupa apa yang dia ada sekarang.

Dia lupa nikmat otak, gigi, pipi, hidung, mata, kening, rambut, retina, bulu mata, mulut, lidah, bibir yang cantik, telinga yang boleh mendengar, tangan dan jari sempurna 10 jari, kaki dan jari kaki sempurna 10 jari, boleh berjalan dengan baik.

Itu yang di luar. Yang kat dalam ni, paru-paru, perut, hati, gegendang telinga, dll terutamanya jantung yang tak pernah berhenti berdegup. Allahu Akbar.

Berapa kali kita ucap terima kasih kepada Allah yang buat jantung kita berdegup dengan baik, sihat walafiat selama kita hidup?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 

Berapa kali pula kita cakap terima kasih kepada jantung kita sebab sehingga hari ini masih berdegup? Tak pernah rehat.

Kita selalu cakap terima kasih kepada orang, tapi berapa banyak kita berterima kasih kepada diri sendiri.

Kita asyik export love kepada orang lain, sampai love tank kita habis tapi kita lupa nak export love kepada diri sendiri.

Banyak sangat nikmat Allah kepada kita, tuan puan.

Terlalu banyak sampai mana mungkin kita dapat menghitungnya setiap satu. Takkan mampu.

Terkadang kita terlalu mengejar impian dunia tapi kita lupa nikmat sedia ada. Kita lupa untuk hidup saat ini.

Kita menyesali perkara lepas, belum berdamai dengan masa lalu, kita resah dengan masa depan. Kita tak hidup pada saat ini.

Syukur akan buat kita switch within second untuk hidup pada saat ini. Be present.

Fokus pada saat ini, saat sekarang. Bukan yang dah lepas, bukan yang belum berlaku (akan datang).

Berdamailah dengan masa lalu, berlapang dada dengan masa akan datang. Hiduplah pada saat ini. Syukuri segala nikmat yang Allah beri. Count your blessings. Be present.

Gratitude therapy ni antara yang bantu saya untuk ada emosi yang stabil dan lebih sayangi diri.

 

P/s : Saya kongsikan full version, step by step apa yang saya buat untuk bina self image yang baru dengan emosi yang lebih stabil (alhamdulillah) dalam ebook terbaru “90 Days To A New Me”. <— klik sini

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
5
love
omg omg
0
omg
cry cry
3
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link