Surah Dhuha – Surat Cinta Allah Buat Yang Bersedih

2 min


Apa perasaan anda apabila anda menerima surat cinta dari seseorang yang anda sayang?

Pasti anda rasa suka, gembira, hati pun berbunga-bunga kan? Tau dah.. Heee

Tapi apa pula perasaan anda apabila menerima surat cinta tatkala anda dalam kesedihan?

Adakah itu membantu anda untuk mempunyai perasaan yang sama seperti di atas?

Sudah tentu akan terubat kesedihan anda walau sedikit.

Begitu juga dengan surat yang Allah hadiahkan kepada mereka yang bersedih.

 

Surah Dhuha – Surat Cinta Allah Buat Yang Bersedih

Surah Ad-Dhuha antara surat tercinta Allah buat mereka yang bersedih.

Surah Ad-Dhuha diturunkan untuk menggembirakan hati Nabi Muhammad SAW yang masa tu bersedih kerana tak dikunjungi Jibrail memberi wahyu setelah sekian lama.

Dan orang-orang kafir mula berkata,

“Tuhan kau tak pilih kau sebagai Nabi lagi. Tuhan kau tak sayang kau lagi.”

Jadi Nabi SAW sedih.

Jom tengok keindahan surat cinta ni.

Allah mulakan Surah dengan sumpahan “Demi waktu siang!”

Kenapa antara banyak-banyak waktu, Allah pilih waktu siang?

Hikmahnya : Kerana siang itu terang melambangkan harapan.

Sebab seorang hamba bila sedih hidupnya akan menjadi gelap kesedihan.

Jadi Allah nak tenangkan mereka yang sedih dengan cahaya harapan yang terang.

Then, Allah gambarkan sifat malam yang sepi.

Kenapa?

Himahnya : Mereka yang sedih, selalunya malam sibuk memikirkan masalah dan kesedihan mereka hingga tak tertidur.

 

Maka Sang Penyayang seolah ingin katakan,

“Berehatlah dengan malam yang kuciptakan sepia man.”

Kenapa aku perlu berehat sedang aku bermasalah?

Kenapa harus aku rasa ada cahaya harapan lagi bagi masalah aku?

Hingga malamnya aku tak perlu fikirkan masalah aku dan berehat dengan aman?

 

Baca ayat seterusnya.

Inilah ayat cinta yang paling indah. Jawapan-Nya :

Kerana Allah masih bersamamu, tidak meninggalkanmu dan telah sediakan suatu yang lebih baik bagimu di akhirat.

Ayat ni paling indah. Pasal apa?

Bayangkan Nabi tengah sedih dan Allah nak gembirakan Nabi dengan pemberian yang buat Baginda puas. Nabi kata,

“Aku tak redha Allah seksa ummat aku di akhirat.”

Kerana ayat inilah sejumlah banyak dari ahli neraka yang dalam hati ada se-atom tauhid masuk syurga.

 

Lepas Allah pujuk mereka yang sedih dengan adanya harapan dan tenanglah waktu malam rehat sebab Allah tak tinggalkan mereka dan dah sediakan lebih baik di akhirat.

Allah ajak kita kenang nasib mereka yang lebih malang dari kita.

Dalam situasi ini sebagai contoh Nabi lah, ada anak yatim di luar tiada penjaga tapi Nabi ada orang yang jaga.

 

Justeru, janganlah bersedih kerana Allah itu sentiasa ada untuk mendengar rintihan anda dan sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Allah, Dia yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani. ^^

Kredit to : Nu3Man

Minor edit : CheHappy


What's Your Reaction?

cute cute
6
cute
lol lol
0
lol
angry angry
1
angry
love love
58
love
omg omg
0
omg
cry cry
25
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link