Selama Ni Tak Pernah Simpan 10% Daripada Pendapatan, Ini Yang Saya Belajar

5 min


Ada orang bergaji kecil. Dapat berbahagi dengan ibu bapa. Bahagian untuk diri sendiri pun lebih daripada cukup alhamdulillah.

Ada orang bergaji besar. Katanya, “tak cukup duit kalau bagi ibu bapa”. Sedangkan bergajet Apple iPhone X dan berkereta mewah (walau sampai sanggup berhutang, asal nampak kaya walau sebenarnya papa kedana). Duit topup pun pow ibu bapa.

Tak semua bergaji kecil dan bergaji besar begitu. Yang penting pasti ada senario di atas dalam kalangan rakyat.

Salah satu tip bagaimana duit boleh jadi duit adalah dengan simpan 10% daripada income setiap bulan.

Bayangkan anda simpan RM300 / bulan. Darab 5 tahun = anda sudah ada RM18,000 simpanan alhamdulillah.

 

Dalaman Orang Yang Simpan RM1 vs Simpan RM20,000

Cuba jawab soalan ni,
“Pada anda, adakah dalaman kita akan sama bila kita ada simpanan RM1 dengan RM20,000?”

Orang yang ada simpanan RM1, bila dia terdesak duit, mesti dia akan cakap perkataan seperti ini,
“Mana nak cari duit lagi ni?”

Masa tu dalaman dia dah “goyang” untuk kekal positif. Yang lebih banyak adalah zikir “takde duit, takde duit, takde duit”.

Berbeza pula dengan orang yang ada simpanan RM20,000 dalam akaun bank.

Pengalaman Che Happy yang lebih teruji bukan bila takde duit tetapi bila ada duit. Sebab? Bila ada duit, kita boleh pilih untuk beli atau tak.

Kalau takde duit, sedar tak mampu, mesti kita duduk diam-diam kan. Tak pergi mana. Tak pergi shopping atau travel merata. Kita pandai behave.

Ada 3 Sebab Kenapa Kita Tak Pernah Berjaya Menyimpan Duit Yang Banyak

Simpan duit ni adalah satu tabiat. Anda kena jadikan ia satu tabiat untuk jadi kaya. Ada banyak faktor orang kaya menjadi semakin kaya – pelaburan, bisnes.

Yang pasti mereka dapat melabur pasti kerana mereka menyimpan. Kalau tak simpan, mesti takde duit nak melabur, betul?

Dalam bisnes, ia dinamakan “cash reserve“. Dari situlah, adanya organisasi yang khas untuk urus duit yang banyak. Mereka kena kaji di mana tempat terbaik untuk invest. From money, make money.

1. Niat simpan untuk kecemasan

Apa yang kita cakap, fikir, rasa adalah doa. Jika niat memula je dah salah, pasti laluannya salah. Tak hairan kenapa selama ini anda simpan duit > ada je benda berlaku > terpaksa belanjakan duit simpanan tu juga.

5 Tahun kemudian perkara itu berulang. Mungkin hingga saat anda membaca nota ini, perkara itu masih berlaku.

 

2. Dah simpan, belanjakan duit simpanan

Macam Che Happy cakap, yang lebih teruji sebenarnya bila ada duit. Pernah tak anda bila sebelum ada duit, ada pendapatan banyak, memula niat suci murni belaka,

“Dapat untung RM15k aku nak sponsor ibu ayah pergi umrah.”

Bila dah dapat RM15k, mulalah kepala otak meliar fikir beli benda lain. Upgrade smartphone la, beli iPhone X, handbag LV mahal.

Bila dah lesap semua duit simpanan yang konon-kononnya dikumpulkan untuk “sponsor ibu ayah pergi umrah”, dah jadi benda lain.

Menyesal. Bila dah dapat target simpanan, buat lagi. Selepas 5 tahun, benda yang sama masih berlaku.

 

3. Penipuan paling besar: Tak cukup duit nak simpan

Saya ada sekeping RM50 yang “Haram” macam lagu Hael Husaini tu. #gurau. RM50 tu jadi haram sebab saya yang tetapkan ia haram untuk saya belanjakan.

Ia adalah kerana RM50 tu ada selebriti kesayangan saya yang bagi. Katakan tiba-tiba jumpa Tun Mahathir dan dia bagi RM50. Mesti kita nak simpan kan?

“Perdana Menteri kot bagi.”

Apa yang saya belajar dari situ sebenarnya kita boleh je simpan HANYA BILA kita tetapkan nak simpan.

Selagi tak tetapkan nak simpan, takkan pernah ada duit yang cukup untuk simpan. Jadi masalah sebenarnya bukan tak cukup duit tapi tak tetapkan berapa nak simpan.

Kalau RM1,000 sebulan tak mampu, letakkan berapa amaun yang kita boleh beri komitmen tiap bulan. Ini semua tentang disiplin.

Takkan nampak manfaat sekarang. Akan nampak manfaat pada 3-5 tahun akan datang.

Atau anda boleh buat peruntukan simpanan tu untuk anda ambil plan yang anda akan dapat manfaat selepas beberapa tahun yang dinyatakan. Boleh juga. Asalkan ada simpanan. Bijak gandakan pun bagus juga.

 

Berniaga Dah 10 Tahun Tapi Simpanan RM50,000 Pun Belum Capai

Simpan 10% ni nampak sedikit tapi cuba tanya diri,

“Dah berapa lama aku berniaga dan berapa banyak aku boleh simpan sekarang?”

Bukankah ia satu perkara yang menyedihkan bila kita dah berbisnes (konon-kononnya) tapi simpanan RM50,000 pun belum ada.

Okey itu kalau berbisnes. Kalau yang takde bisnes, macam mana pula?

Okey kalau yang tak buat bisnes, cuba tengok sekarang dah hidup berapa lama? Berapa simpanan yang anda ada sekarang?

Yang dah ada simpanan beratus ribu dan pandai gandakan tu boleh tarik nafas lega. Bagaimana pula yang belum ada?

GST pula insya-Allah akan disifarkan bermula 1 Jun 2018 ni. Ikutkan sebenarnya kita boleh letakkan bajet GST yang selama ni kita bayar untuk simpanan walaupun total sekitar RM100.

Contohnya jika kita selalu spend dan kos GST perbelanjaan sebulan hampir RM100. Jadi gantikanlah kos GST yang selalu dibayar tu untuk simpanan. Kan bertambah.

Bagi yang belum mula simpan 10%, jadi macam mana nak buat?

 

Mulakan sekarang. Kalau tak buat sekarang, sampai bila nak ada rungutan, “tak cukup duit”, “asyik mengeluh pasal duit” dan lain-lain?

“Jika kita tak malu dengan diri kita di masa lalu, bermaksud kita tak improve apa-apa pun dalam kehidupan hari ini.” – BR

 

Apa Yang Jadi Kepada Kehidupan Jika Tak Mula Simpan 10% Sekarang?

Sudah hampir 5 tahun nasihat “simpan 10%” saya dapat daripada guru saya dan selama 5 tahun itulah saya on off simpan 10%.

Alhamdulillah bermula daripada nasihat tu, saya pernah dapat pegang cash hasil simpanan sekitar RM5 angka. Saya simpan untuk pegang. Selarikan diri dengan energi wang.

Anda akan faham kenapa bila baca Ebook Sistem Menjemput Rezeki. Simpan 10% ini pun adalah salah satu tip dalam Sistem Menjemput Rezeki. Nak jemput rezeki pun ada sistem tau.

Apa yang terjadi kepada saya selepas 5 tahun on off simpan 10%?

1. Masalah kewangan yang masih dalam proses selesai

Masalah kewangan ini terdiri daripada hutang, over expenses, atau makna kata masalah kewangan yang biasa berlaku kepada orang-orang biasa.

Bila saya perhatikan cara orang kaya, walau dia sendiri ada bisnes, dia tak mencuri dalam bisnes dia. Saya pernah berkawan dengan pemilik bisnes yang borong lebih 500 unit iPhone.

Harga total boleh capai RM6 angka kalau beli borong beratus atau beribu unit iPhone sekali borong. Saya tengok dia tetap pakai phone biasa.

Sedangkan dia boleh je colek satu iPhone X daripada bisnes dia tapi dia tak buat. Katanya, “takde keperluan nak pakai iPhone mahal.”

I was like, “Patutlah orang kaya semakin kaya. Dorang kedekut dan sangat behave dalam hal kewangan.” Berlainan dengan orang-orang biasa yang acah-acah kaya tapi sebenarnya papa.

 

2. Tertekan sebab duit

Ada satu masa, sekitar setahun tertekan teruk sebab duit. Masa tu korek segala duit yang ada untuk digunakan. Bila habis, mula tertekan. Dalaman mula “goyang”.

Apatah lagi masa tu pula terdesak, ada nak guna duit. Macam-macam berlaku dalam satu masa yang perlukan duit. Rasa macam seorang losers ketika itu.

Bila kita tertekan sebab duit > emosi negatif > merosakan tubuh > menjauhkan diri daripada rezeki.

Cuba tengok semut. Bila kita hulur gula, rilex je semut tu datang. Sebab tu kena tenang bila nak jemput rezeki. Rezeki lebih mudah dijemput berbanding dicari.

Caranya ada dalam Sistem Menjemput Rezeki 😉

 

3. Mindset dan attitude simpan 10% yang tak berubah

Ada orang pernah cakap, “attitude tak boleh diubah.” Saya skeptikal. Baru-baru ini saya sertai satu kelas.

Secara ringkasnya, kelas tu adalah tentang bagaimana nak kuasa kehidupan kita.

Setelah tamat kelas tu, apa yang saya boleh ringkaskan,

“Bila kita ubah mindset, kita akan dapat ubah sikap kita terhadap sesuatu.”

Katakan simpan 10% tu terlalu banyak. Anda boleh simpan 5%. Kalau rasa 5% banyak, boleh simpan 1%. Asalkan simpan.

Ada satu matlamat > buat apa perkara terkecil yang anda boleh capai untuk capai matlamat tu.

Ini adalah cara untuk “hack” diri kita supaya buat dan tak rasakan perkara itu sesuatu yang besar.

RM100 sebulan terlalu besar, letakkan RM50. Kalau rasa besar, letak RM5. Kalau rasa RM5 besar, letak RM1 simpan sebulan.

Mungkin anda akan cakap, “baik tak payah simpan RM1.” Tujuan kita buat macam tu supaya kita rasa seronok nak bina tabiat baru.

Bayangkan anda dah 30 tahun tak pernah simpan 10%, mana mungkin boleh ubah tabiat tu dalam masa 1 hari?

Sebab tu kena peringkat demi peringkat. Seronok akan datang bila kita buat.

Bila kita dah rasa seronok dengan mulakan simpan walau RM1 sebulan, lepas tu pasti kita nak simpan lebih sebab rasa sedikit sangat RM1 tu.

Itulah cara nak “hack” diri buat benda yang susah supaya apa-apa pun kita mesti buat dan selesaikan tugasan tu.

Belajar simpan 10% dengan Sistem Menjemput Rezeki, muatturun di sini —> Ebook Sistem Menjemput Rezeki


What's Your Reaction?

cute cute
2
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
23
love
omg omg
4
omg
cry cry
4
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link