Selalu Rasa Tak Cukup? Selalu Merungut? – I Am Enough

2 min


Baru-baru ni saya tengok video talk Marisa Peer tajuk “i Am Enough” maksudnya saya cukup. Ramai orang suka complain sebab mereka tak rasa hidup mereka cukup. Ada je nak cari benda untuk dirungutkan.

Dia rasa tak cukup ada rumah kecik. Dia nak rumah besar.

Dia rasa tak cukup ada suami. Kalau boleh dia nak suami macam gini, macam gitu, suka bagi dia hadiah macam apa yang dia tengok suami orang lain buat kat wife dia di media sosial.

Dia rasa tak cukup dengan rumah yang dia tinggal sekarang. Dia nak rumah lagi besar.

Kalau boleh, nak ada 10 bilik walau tak guna pun semua tu.

Tupperware kecik, dia nak lagi besar. Lagi banyak.

Muka dah elok, dia nak lagi putih kalau boleh macam putih tepung. Orang kata, macam tepung gomak.

Orang yang rasa tak cukup ni akan selalu compare hidup dia dengan orang lain.

Atas sebab tu, dia akan cari dan dapatkan apa yang akan buat dia rasa cukup (kononnya).

Tapi realitinya apa yang jadi adalah semakin dia dapatkan apa yang dia rasa akan cukupkan dia tu, semakin dia rasa tak cukup. Macam makin minum, makin haus. Makin minum, makin haus.

Contoh case study klien Marisa Peer. Apa yang special pasal Marisa Peer ini adalah cara dia terapi orang hanya menggunakan perkataan.

Bak kata dia, “Word shape reality”. Apa yang kita sebut, itu yang akan jadi realiti. Sebab tu kita selalu dengar, baca tentang “apa yang kita cakap, fikir, rasa adalah doa”. Semua tu betul.

Tapi yelah, kadang kita tahu je tapi susah nak praktik. Kan?

Klien Marisa Peer ni bukan calang-calang. Ada artis, selebriti, orang kenamaan kira top-top la. T20 pun termasuk juga. B40, M40 pun ada. Maksudnya memang semua golongan akan pergi terapi dengan Marisa Peer ni.

Jadi Marisa ni ceritalah… ada artis tu sebelum dia famous, artis tu cakap, yang bila dia famous nanti dia akan rasa disayangi sebab dia ramai fan. Dia jadi lebih kaya.

Sebelum tu, artis ni takdelah kaya mana. Dia rasa kurang kasih sayang. Tu sebab dia aim untuk jadi famous supaya dia dapat rasa kasih sayang tu.

Tapi apa yang jadi lepas dia dah capai semua populariti tu, dia tak rasa benda yang dia sangka dia akan rasa… macam dia sangka dia akan rasa lebih disayangi, rasa lebih kaya.

Infact dia rasa lagi tak cukup. Rasa tak disayangi walaupun dia dah ada ramai gila fan. Macam birthday artis kan biasanya artis dapat hadiah. So artis ni samalah, dia dapat hadiah banyak gila tapi still dia rasa tak cukup.

So dia jumpalah Marisa Peer. Antara terapi perkataan yang Marisa ni bagi adalah sentiasa sebut affirmation “i am enough”. Saya sentiasa cukup.

WORD SHAPE REALITY.

Apa yang kita selalu sebut someday akan jadi realiti.

Bila artis tu balik rumah, dia buat la apa yang Marisa ni suruh. Dia selalu sebut “i am enough”. Mula sayangi diri. Ada lah praktis sayangi diri yang dia buat yang Marisa suggest.

Beberapa minggu lepas tu, dia bagitaula Marisa yang sekarang dia rasa lebih cukup. Dia rasa lebih bahagia bila dia mula sayangi diri. Dia tak lagi seeking for attention orang lain.

Dia just fokus pada diri dia, sayangi diri dia dan selalu praktikkan affirmation “i am enough”.

Begitulah impak perkataan dalam hidup kita. Word shape your reality. Apa yang kita sebut akan jadi realiti. Jadi jaga apa yang anda sebutkan setiap hari.

Topik “i Am Enough” ini juga ada dikongsikan oleh network penulis saya dalam ebook Magik 7. Klik sini untuk info lanjut:

https://startb4ready.onpay.my/order/form/4/emelnotagembira


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
4
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan karya Nota GembiraKlik Sini Untuk Info
+ +