Sebab Mengapa Perlunya Jadi Diri Yang Positif Dan Pilih Circle Positif?

1 min


The importance of positive circle and positivity

Dalam 1 kelas, speaker panggil sorang peserta ke hadapan. Dia nak buat test kekuatan tangan.

Peserta tegakkan tangan kanan ke depan. Speaker test kekuatan peserta tu dengan tekan tangan dia ke bawah.

Kemudian, minta peserta sebut, “Saya Hakim.” (bukan nama sebenar)

Kalau nama dia betul Hakim, tangan dia akan kuat menahan.

Okay sekarang sebut, “Saya Fazli”. Oleh sebab nama dia bukan Fazli, tangan dia jatuh bila ditekan.

Kekuatan telah diuji. Masa untuk eksperimen.

Senario 1

Peserta diminta sebut ayat positif macam “Saya hebat, saya kuat” dalam hati.

Speaker pula minta peserta lain sebut perkataan negatif dan tuju kepada dia (dorang sebut dalam hati je).

Sambil tu speaker test tangan.

Jatuh.

.:. Diri Positif + Circle Negatif = Negatif

Senario 2

Peserta diminta sebut ayat negatif macam “Saya hopeless, saya useless” dalam hati.

Speaker pula minta peserta lain sebut perkataan positif dan tuju kepada dia (dorang sebut dalam hati je).

Sambil tu speaker test tangan.

Jatuh.

.:. Diri Negatif + Circle Positif = Negatif

Senario 3

Peserta diminta sebut ayat positif macam “Saya hebat, saya kuat” dalam hati.

Speaker pula minta peserta lain sebut perkataan positif dan tuju kepada dia (dorang sebut dalam hati je).

Sambil tu speaker test tangan.

Tak jatuh. Dia berjaya maintain walau speaker tekan tangan dia.

.:. Diri Positif + Circle Positif = Positif

*****

Senario 1 – begitulah bila kita ada circle negatif. Susah kita nak maju dan grow. Walau dorang cakap dalam hati je tapi terbukti memberi impak kepada penerima. Apatah lagi bila sebut pada mereka.

 

Senario 2 – begitulah bila kita nak anak-anak, partner, kawan, ahli keluarga jadi sukses, genius, cemerlang. Kita penat bagi semangat tapi dia tak berubah-ubah.

“Kita hanya boleh bantu orang yang mahu dibantu.”

Senario 3 – Itulah yang terjadi bila kita nak berubah dan orang sekeliling kita support untuk sama-sama berubah dan grow lebih luar biasa hebat. Hasilnya 200% positif.

Begitulah kepentingan kita jadi positif dan ada circle yang positif.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
4
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *