Rule #1 Sebelum Menjadi Kaya: Ini Sebab Kenapa Masih Belum Kaya

2 min


Dalam 1 kelas kewangan, para peserta ditanya,
“Kaya tu senang ke susah?”

Speaker tanya setiap seorang daripada peserta kelas dalam 30 orang.

Ada yang cakap senang. Ada yang cakap susah.

Lalu dia tanya pada yang jawab “Susah.”

“Kehidupan awak sekarang kaya atau belum kaya?”

“Belum kaya,” kata peserta itu.

Dia pergi kepada yang jawab kaya itu “Senang.”

“Kehidupan awak sekarang kaya atau belum kaya?”

“Kaya dan sangat kaya,” kata peserta itu.

Lalu speaker berdiri di depan.

“Apa yang awak cakap itu semua betul. Tiada yang salah.”

“Apa yang awak rasa tentang kehidupan awak itu betul,” dia menyambung.

Dia senyap seketika. Memandang setiap wajah peserta yang membawa harapan untuk mengubah taraf kewangan masing-masing.

“Tapi… awak takkan pernah jadi kaya bila awak masih ada mindset – kaya itu susah.”

Semua bagaikan terdiam. Senyap satu kelas. Bagaikan terhiris dengan kata-kata yang menggambarkan realiti.

Zappp…

Ramai orang nak jadi kaya tapi dia selalu “zikirkan” (ulang-ulang) kehidupan yang buat dia rasa “kaya itu susah”.

Apa yang kita fikir, rasa, cakap berakar daripada dalam diri kita yang ada dalam minda bawah sedar kita.

Apa yang ada dalam minda bawah sedar kita – itulah yang akan kita selalu fikir, rasa, cakap. Diulang-ulang yang membentuk kehidupan.

Kata Tony Robbins,

“What you focus on, expand.”

 

Potensi minda bawah sedar dalam kehidupan kita adalah sebanyak 90%.

Bayangkan bila kita dah fikir, rasa, cakap “kaya itu susah” = kita sedang memancarkan energi / gelombang kepada alam bahawa “kaya itu susah”.

Kita yakin dan percaya “kaya itu susah”. Maka, buatlah apa sahaja, betul – kaya itu susah.

Walaupun anda dah buat 101 cara, jumpa 101 mentor, buat 101 sistem, bila anda ada pemikiran yang tak betul tentang menjadi kaya, sampai bila-bila anda takkan pernah jadi kaya.

90% diri anda kata kaya itu susah. Bila anda yakin 90% “kaya itu susah”, buatlah apa pun pasti yang terjadi adalah – kaya itu susah.

Anda susah dapat duit.
Anda susah nak berubah untuk tambah kekayaan.
Anda susah nak keluar daripada comfort zone.
Anda susah nak tukar circle yang biasa-biasa kepada luar biasa.

Semuanya susah-susah-susah. Buat bisnes apa pun tak jadi.

Segalanya berpunca dan bermula daripada pemikiran.

Sebab itu sebelum berimpian menjadi kaya, pasakkan mindset anda:

1. Menjadi kaya itu mudah.
2. Saya kaya dan kekayaan saya meningkat setiap hari.
3. Duit datang kepada saya dengan mudah.
4. Saya simpan 10% dengan mudah. 

Apabila 90% mindset telah set “kaya itu mudah”, “saya kaya”, “segala apa yang saya buat adalah untuk menambah kekayaan sedia ada”… maka itulah yang akan anda pancarkan kepada alam dalam bentuk energi.

Fikiran mempunyai frekuensi tertentu. Apabila kita berfikir, sebenarnya kita sedang menghantar gelombang untuk menarik apa yang kita fikir.

Semakin lama kita berfikiran negatif, semakin kuat gelombang negatif dipancarkan. Hasilnya, mereka akan kekal negatif buat selama-lamanya.

Apabila anda sentiasa berfikir, “aku belum kaya, aku nak jadi kaya”, selagimana anda kekal berfikiran begitu, dalam tak sedar sebenarnya anda sedang berdoa “aku belum kaya” dan sampai bila-bila anda takkan pernah dapat jadi kaya.

Selama-lamanya juga anda akan KEKAL dalam zone “NAK…” jadi kaya.

Namun apabila anda tukar cara berfikir kepada “saya kaya, kekayaan saya semakin meningkat setiap hari”, hasilnya frekuensi kekayaan itu akan meningkat setiap hari.

Itulah doa anda – kekayaan saya semakin meningkat setiap hari. Tanpa sedar anda juga akan mula menukar dan memancarkan aura kekayaan. Semakin lama, semakin kuat dan besar.

Pada saat itu bermulalah “dunia dalaman membentuk dunia luaran”.

Jadi, jika anda nak jadi kaya, mula ubah cara fikir kepada – saya kaya, kekayaan saya semakin meningkat setiap hari.

Rasakan mulai saat ini, anda adalah seorang yang kaya. Segala apa yang anda buat adalah untuk menambah kekayaan sedia ada.

 

#EbookSpiritualMarketing: Strategi yang terbukti berkesan untuk menarik jualan yang banyak dari dunia dalaman kepada dunia luaran


What's Your Reaction?

cute cute
1
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
25
love
omg omg
0
omg
cry cry
2
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *