Rasa Serabut? Tak Fokus? Ini Tips Untuk Jadi Lebih Baik Setiap Hari

5 min


Bismillah. Be better everyday

Yang sebaiknya setiap hari kita bangun dalam keadaan yang getting better daripada yang semalam.

Kita perlu bangun dengan diri yang baru yang better than before.

Jika bangun pagi masih dalam keadaan serabut, antara yang boleh dilakukan have your own “me time”.

Me time, only yourself.

Antaranya dengan buat meditasi. You can name it anything, tafakur, muqarabah, muhasabah. Anything

And have it in your own way.

+ Solat 2 rakaat > duduk rilex > tulang belakang tegak > zikir
+ Duduk diam. Bersila > tutup mata > istighfar
Etc.

Daripada segi saintifik meditasi akan declutter yourself.

Declutter ni = dia akan remove / eliminate anything unnecessary (negative) thoughts, feelings in yourself.

Meditasi akan bantu kita untuk bebas tekanan sebab ia ajar kita untuk bertenang, being present moment, laser focus.

Setiap hari we are struggling. Setiap hari kita spend our energy + time kepada orang lain, kepada company yang kita kerja, kepada keluarga, pasangan.

How much time we spend for ourself?

Malah kita tak sempat bersyukur pun. Tak sempat nak pause hidup kita jap untuk beberapa minit and bersyukur.

Dalam Al Quran even told about – sedikit sekali hamba-Ku yang bersyukur.

As well yang kita tahu Al Quran dah turun thousand years ago = perkara kurang bersyukur ni memang akan berlaku.

Its average things yang happen dekat society, everybody.

When we become chosen person yang able to gratitude = we are different people from those yang dimention tentang yang “sedikit” sekali hamba-Ku yang bersyukur.

Gratitude antara benda yang anda boleh lakukan in your meditation. Sebut, zahirkan apa yang anda syukuri.

//

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

– Surah Adh-Dhuha, 93:11-

//

Image result for syukur

Ingat orang tersayang yang masih hidup, Allah beri mereka kesihatan mental dan fizikal, kesempurnaan mental dan fizikal.

Just imagine kalau kita pun dah meninggal, our beloved / our parent dah meninggal, how much tears yang kita keluarkan.

Sekarang zaman mental illness, how much medicine kalau orang ada masalah kesihatan mental?

How much sessions untuk datang sebelum totally pulih? Ada orang boleh pulih alhamdulillah, ada orang takes decades untuk pulih.

Adapun orang yang tak dapat pulih daripada mental illness.

Dulu saya pernah treat klien yang ada isu mental. I know the struggle to take care of them. Kepada pasangan, kepada ahli keluarga.

It takes a lot of effort physically and mentally.

Bukan sahaja struggle kepada orang sekeliling, diri sendiri pun struggle untuk heal, untuk behave seolah-olah macam sihat walafiat.

As we familiar the quote in Joker,

“The worst part of having a mental illness is people expect you to behave as if you don’t.”

That’s exactly happen in the society.

Yang family boleh jaga dan support, alhamdulillah. Yang family rasa orang macam Joker ni membebankan, they (orang yang ada isu mental) will felt abandoned.

So be gratitude pada setiap nikmat yang Allah beri. Walau sekecil apa pun. Terutamanya nikmat yang kita sering terlepas pandang yang kita tak pernah doa pun.

+ Oksigen
+ Keluarga sihat walafiat, sihat mental fizikal, sempurna mental fizikal
+ Ada duit dalam poket, bank

Dll.

.
.
.

Selain daripada aktiviti bersyukur yang anda boleh buat dalam meditasi, be grateful to yourself.

Cakap terima kasih kepada diri. Terima kasih mata, kening, rambut, telinga. Yang utama sekali kepada jantung.

Dia tak pernah amik MC, tak pernah bercuti. Kalau dia bercuti, kita pun bakal pergi.

We say thanks to people but how much we thanks ourself?

Terima kasih kepada tangan, kaki yang mudahkan kita uruskan dan pergi ke mana sahaja kita nak pergi.

As we know bila kita mati nanti semua anggota badan ni akan bercakap untuk apa amalan yang kita buat.

So be kind to ourself. Love yourself. Anda yang kena jaga diri, jaga kesihatan, jaga mental dan fizikal.

.
.
.

Kalau ada peluang tinggal hospital, dari situ boleh tengok berapa ramai yang datang lawat. Berapa ramai yang hargai diri anda?

Kalau ramai alhamdulillah, tapi kalau ada 200,000 followers, 5,000 FB friends, 50 office team, majikan… yang datang lawat pun takde, its hurt but its the reality.

Dari situ anda akan sedar — you spend so much time, energy kepada orang lain but how much you take care of yourself, how much you spend time and energy for yourself?

How much?

Dari katil hospital tu anda akan sedar —

…siapa yang patut anda jaga dulu sebelum orang lain. Its yourself.

Dari katil hospital tu anda akan sedar —

…siapa yang ada masa anda dalam kesakitan dicucuk jarum, siapa yang akan jaga anda lepas operate masa ada limitation guna anggota badan. Sanggup tidur atas kerusi sebab teman anda warded di hospital.

Dari katil hospital tu anda akan sedar —

…siapa yang sanggup tunggu anda masa operate, jaga your stuff.

Last but not least.

Dari katil hospital tu anda akan sedar —

…berapa ramai yang lawat anda masa di hospital, boleh jadi itulah amount yang datang masa pengebumian (bila sampai ajal).

Its hurt but its the reality. Benda yang patut fikir dan mula sayangi diri sendiri. Hargai diri sendiri. Take a good care of yourself, say thanks to yourself.

.
.
.

Bagi “makan” pada diri benda-benda yang elok, baik, halal, sihat. Barulah akan hasilkan output, result yang positif, luar biasa.

Being extraordinary start from doing simple, boring and ordinary things.

The different is, you are doing it consistently, properly.

Makan benda sihat, tak sedap tapi bila kita jaga makan –> tubuh badan sihat dan fit.

Bangun awal pagi, mengantuk tapi bila kita bangun awal pagi –> banyak benda boleh siap.

Otak lebih tenang hadap Tuhan. Feelings rasa lebih protected over the day from negativity sebab dah lock +ve thoughts and feelings pagi-pagi lagi (tahajud, dll).

Sedangkan orang lain jam 6am baru kabut nak bangun bersiap, gosok baju, hadap jem dll

Solat awal waktu, rasa berat tapi bila kita solat awal waktu –> FEEL masa tu berkat, banyak, berkembang. Rasa panjang je masa, banyak benda boleh siap. Bila lewatkan solat, rasa tak sempat nak siapkan semua benda.

.
.
.

Selain daripada gratitude dan self love therapy, yang paling powerful, visualization.

Ia juga adalah exercise minda untuk kuatkan otot-otot minda.

Mental exercise juga penting in order to take care of your mental health.

Meditasi tu pun salah satu mental exercise. Secara saintifik, ia terbukti mengurangkan tekanan.

Visualization ni salah satu teknik untuk rewire the brain. Bahasa mudah sel-sel otak berhubung.

Bila kita selalu buat sel-sel otak kita berhubung, dari situ kita boleh replace our bad and old belief system.

Bila kita bersyukur pun sebenarnya kita buat mental exercise. We are rewiring the brain.

Selalu buat mental exercise akan mengurangkan potensi untuk ada penyakit lupa, nyanyuk, Alzheimer.

Sebab selalu gunakan otak untuk berfikir = being active mentally.

Otak ni behaviour dia memang autopilot. Dia nak kerja senang. Bila kita buat tabiat baru, dia akan rasa susah, banyak sel-sel otak kena berhubung sebab kena belajar benda baru.

Tu orang cakap, alah bisa tegal biasa.

Memula rasa susah sebab sel-sel otak ni baru nak berhubung. Nanti dah lama, selalu buat barulah autopilot.

Yet kita kena pastikan selalu growkan kepala otak ni supaya aktif. Ada grow mindset.

Ada grow mindset, barulah hidup pun grow.

Kalau 30 tahun buat benda sama, sel-sel otak pun boleh reput sebab tak getting connected all the cells.

Sel-sel otak pun kena bersilaturahim (getting connected), barulah rezeki masuk.

Kita pun kalau bersilaturahim dilapangkan rezeki.

//

Siapa yang nak dilapangkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, hendaklah dia menyambung silaturahim.

– HR Bukhari Muslim –

//

Jadi bila sel-sel otak bersilaturahim (saling berhubung)
–> otak jadi aktif
–> ada grow mindset
–> income, hidup, bisnes pun akan growing

Bukan kita je kena bersilaturahim, sel-sel otak pun perlu tau 😂

Maka, begitulah. Be better everyday.


What's Your Reaction?

cute cute
1
cute
lol lol
1
lol
angry angry
1
angry
love love
16
love
omg omg
4
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: