“Rasa Macam We Really Need Something, But We Don’t Know What It Is.” Kenapa ya?

2 min


Someday, kita akan reach this breaking point.

Rasa tak tenang.

Rasa incomplete.

Rasa tergantung.

Rasa macam we really really need something, but we don’t know what it is.

Rasa kosong.

Rasa hopeless.

“Kenapa aku diciptakan?”

“Apa yang aku nak sebenarnya?”

“I am really alone. Is there ever anyone who still love me?”

Bro, Sis

Sujudlah,

Sujudlah,

Sujudlah.

Itu je.

Kadang-kadang kita tak sedar, kita tak melakukan dosa besar pun, kita tak melakukan maksiat besar pun, tapi kita terikat dengan dosa-dosa kecil.

Bila buat dosa kecil, hati berlari-lari kecil meninggalkan Allah, larian-larian kecil inilah yang kita tak sedar.

Larian yang menjauh dari Allah.

Sampai suatu masa, sebenarnya larian kecil ini dah menjadi jarak yang sangat jauh dari Allah.

Tuhan bukan dia meninggalkan.

Dia hanya mendekatkan,

Sampaian rindu agar hamba-Nya merintih,

Sampaian rindu agar hamba-Nya kembali.

Kita berjarak sedikit, terus Dia panggil.

Kita lalai sedikit, terus Dia menyentuh.

He missed you dude. Get back to Him.

Qiamulail, solat sunat dua rakaat. Nak nangis, nangislah.

Nak mengadu kat Allah cakap dunia ni penat, mengadulah.

He would raise your burden.

Wallahi.

Level ni,

Allah hadirkan rasa rindu kita pada Dia, sampai buat kita menangis. Serious.

Fa’inni Qaribb

Maka, sungguh Aku dekat.

Moga Allah himpunkan kita semua di syurga.

Moga Allah redha.

Kredit to : Seorang hamba Allah yang bahagia yang tidak diketahui siapa penulisnya.

 

Rezeki Ramadhan Kareem pada 03 – 04 Julai 2017 tahun lepas. Alhamdulillah dipilih oleh Allah untuk menghadiri seminar ESQ Special for Ramadhan for the first time secara free.

Terima kasih kepada hamba Allah yang sponsor. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan atas izin-Nya.

 

Ini sebuah kisah yang diceritakan dalam 1 sesi  :

Albert Einstein pernah ditemuramah oleh seorang wartawan. Beliau ditanya :

“Sekiranya kau diberi peluang untuk bertemu dengann Tuhan, apa yang kau akan tanyakan pada Dia?”

Lalu dia menjawab,

“Aku ingin bertanya bagaimanakah Dia mencipta alam semesta raya ni.”

Diam seketika sebelum menyambung

“Sekiranya aku diberi kesempatan untuk bertemu dengan Tuhan, aku ingin bertanya mengapakah Dia menciptakan alam semesta raya ini.”

“Mengapa kau menukar jawapanmu?”

“Kerana jikalau aku menanyakan bagaimana alam ini dicipta, itu boleh dikaitkan dan dicari melalui sains. Namun aku ingin mengetahui mengapakah alam semesta raya ini dicipta dan mengapakah aku dicipta.”

(Dialog di atas mungkin berbeza sedikit dengan versi yang asal )

 

Dari kisah tersebut, justeru persoalannya – mengapa kita diciptakan?

Siapa kita?

Dimana kita?

Kemana kita?

 

Ramai yang berdoa meminta dunia dari akhirat walhal dunia itu palsu, dan akhirat itu pasti.

Perasaan kosong yang hadir adalah atas kehendak Allah, dan dengan izin-Nya juga, Dia boleh menghilangkan perasaan tersebut.

Justeru, berbaliklah kepada Allah kerana setiap kejadiannya, setiap apa yang berlaku pasti akan kembali kepadanya.

“Dari Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita dikembalikan.”


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
20
love
omg omg
0
omg
cry cry
16
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link