Polisi Privasi Nota Gembira

Keselamatan dan Pendedahan

Nota Gembira menghormati hak setiap individu untuk privasi. Laman web ini diurus penuh oleh syarikat Insyirah Creative Solution (SA0245969X). Nota Gembira (“Nota Gembira”, terma yang merangkumi syarikat Insyirah Creative Solution, dan apa sahaja yang terlibat dengan laman dan brand Nota Gembira).

Bagi tujuan Notis ini, penggunaan ‘kami’ dan ‘kita’ adalah merujuk kepada Nota Gembira dan Insyirah Creative Solution.

Halaman ini memberitahu anda tentang dasar kami mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data peribadi apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami dan pilihan yang anda kaitkan dengan data tersebut. Peruntukan notis ini terpakai kepada bekas pelanggan, pelanggan dan pemohon.

Kami menggunakan data anda untuk menyediakan dan meningkatkan Perkhidmatan. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat mengikut dasar ini.

Tarikh kemaskini: 21 Mei 2018

 

1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Dalam penglibatan anda bersama kami dan semasa pendaftaran ahli, kami akan meminta anda memberikan data peribadi dan maklumat tentang anda dan/atau keluarga anda (“Data Peribadi”) bagi membolehkan kami melakukan transaksi dengan anda dan/atau menyampaikan perkhidmatan dan/atau produk yang diperlukan berhubung dengan perniagaan kami.

Data Peribadi termasuk maklumat seperti nama penuh di kad pengenalan anda, nama panggilan pilihan, nombor kad pengenalan, umur, nombor telefon, alamat, e-mel, tarikh lahir, jantina, pekerjaan, maklumat pihak ketiga seperti nama, tarikh lahir, sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, ahli keluarga anda dan maklumat lain yang anda memilih untuk menghantar kepada kami.

Tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Nota Gembira secara langsung, Nota Gembira juga mungkin mengumpul Data Peribadi daripada sumber berbeza, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

a. sebarang media sosial Nota Gembira seperti Facebook;

b. sebarang borang dan/atau dokumen bercetak atau elektronik yang dihantar ke Nota Gembira melalui sebarang platform elektronik atau alatan mudah alih;

c. semua borang dan/atau dokumen yang dihantar atau dikumpul oleh Nota Gembira seperti borang pendaftaran dan permohonan melalui online atau sebaliknya;

d. sebarang acara, kaji selidik, pertandingan dan/atau peraduan yang dianjurkan atau ditaja oleh Nota Gembira secara online atau sebaliknya;

e. sebarang pesanan dan/atau komen yang dihantar atau dikumpul oleh Nota Gembira secara online atau sebaliknya;

f. sebarang laman web Nota Gembira (“Laman Web“) termasuk cookies yang digunakan dalam Laman Web dan/atau platform elektronik lain; dan

g. sebarang sumber awam yang boleh didapati seperti direktori.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan persetujuan nyata daripada mana-mana pihak ketiga sebelum memberi Nota Gembira mana-mana Data Peribadi pihak ketiga.

Dengan memberikan sebarang Data Peribadi pihak ketiga kepada Nota Gembira, anda telah mengesahkan persetujuan telah diperolehi bagi tujuan mengumpul, memproses, guna dan simpanan Data Peribadi menurut Notis ini dan apabila anda memberi kepada Nota Gembira sebarang Data Peribadi mengenai dan bagi pihak ketiga, anda telah mengesahkan bahawa anda adalah individu yang mempunyai tanggungjawab bagi pihak ketiga ini dan anda bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan penyimpanan Data Peribadi mengikuti Notis ini.

2. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Pengumpulan Data Peribadi adalah relevan berhubung dengan proses perniagaan kami, pelaksanaan, termasuk penghantaran perkhidmatan dan/atau produk dan pengurusan hubungan klien/pelanggan dan untuk menawarkan perkhidmatan yang paling sesuai kepada pelanggan individu tertentu dan/atau ahli-ahli apabila mereka melayari Laman Web kami.

Nota Gembira mungkin mengumpul, mengguna dan memproses Data Peribadi yang anda berikan bagi tujuan perniagaan dan sebarang aktiviti Nota Gembira termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut:

a. penghantaran perkhidmatan atau produk dan pemasaran bagi perkhidmatan atau produk tersebut pada masa ini atau masa depan kepada anda;

b. prosedur pengurusan hubungan ahli atau pelanggan;

c. tujuan yang diperuntukkan bagi sebarang perkhidmatan tertentu atau produk yang kami tawarkan;
d. menjalankan pemasaran dan/atau aktiviti profil klien/pelanggan berhubung dengan perkhidmatan dan produk yang berkaitan;

e. penyimpanan rekod dalaman kami;

f. memenuhi sebarang undang-undang atau keperluan peraturan berkenaan dengan peruntukan perkhidmatan dan produk kami dan bagi melakukan pendedahan yang diperlukan dibawah sebarang undang-undang yang tertakluk, peraturan, arahan, perintah mahkamah, by-law, garis panduan, pekeliling, kod yang relevan kepada kami atau mana-mana ahli syarikat Nota Gembira;

g. untuk membolehkan kami berkomunikasi dengan anda dengan menghantar maklumat melalui e-mel, medium telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi pihak ketiga yang terpilih yang kami jangka menarik minat anda;
h. bagi tujuan sebarang peraduan, kaji selidik, aktiviti penebusan atau promosi yang dijalankan oleh Nota Gembira;

i. untuk menjawab pertanyaan, komen dan maklum balas daripada anda;

j. untuk berkomunikasi dengan mana-mana pihak ketiga supaya pihak ketiga tersebut dapat melaksanakan sebarang peranan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh Nota Gembira;

k. program keahlian termasuk berkomunikasi dengan ahli-ahli kami mengenai berita, aktiviti dan perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami; dan

l. bagi sebarang tujuan lain yang berkaitan dengan dan/atau bersampingan dengan mana-mana pernyataan di atas.

dan anda bersetuju dan membenarkan Nota Gembira mengguna dan memproses Data Peribadi seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini dan Nota Gembira mungkin menghubungi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas melalui sebarang jenis komunikasi yang sedia ada termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem pesanan ringkas, kiriman, media sosial dan e-mel.

3. ISU BERBANGKIT AKIBAT KEGAGALAN MEMBERI DATA PERIBADI
Sekiranya anda gagal memberi Data Peribadi yang mencukupi atau Data Peribadi yang wajib diperlu kepada Nota Gembira atau Data Peribadi yang diberikan dianggap tidak mencukupi oleh Nota Gembira, Nota Gembira mungkin:-

a. tidak dapat menawarkan anda dengan perkhidmatan dan/atau produk yang diminta termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaksanaan sebarang tujuan yang dinyatakan dalam perkara no.2 Notis ini;

b. tidak dapat memaklumkan anda berkenaan produk dan/atau pelancaran terkini;

c. tidak dapat memproses penyertaan anda berhubung dengan sebarang peraduan, promosi atau aktiviti penebusan yang dijalankan oleh kami; dan

d. tidak dapat melaksanakan sebarang tanggungjawab di bawah sebarang perjanjian berkemungkinan atau sedia ada dengan anda.

4. PENDEDAHAN
Data Peribadi yang anda berikan kepada kami akan secara amnya disimpan secara sulit tetapi anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk menyampaikan, memindahkan atau mendedahkan Data Peribadi kepada sebarang syarikat berkaitan Nota Gembira, di dalam dan luar Malaysia, termasuk yang ditubuhkan dan diperbadankan pada masa depan dan/atau kepada sebarang pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perkara no.2 Notis ini dan/atau sebarang pihak ketiga yang dilantik oleh Nota Gembira untuk melaksanakan fungsi bagi pihak Nota Gembira (secara kolektifnya, “Pihak Ketiga”). Pihak Ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. sebarang individu yang mana kami diwajibkan atau diperlukan berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai wakil mana-mana agensi

b. rakan niaga kami dan ahli gabungan online yang memberikan perkhidmatan atau produk berkaitan dengan perniagaan kami;

c. agensi kerajaan, pihak berkuasa dan pengawal selia industri;

d. juru audit, penasihat, akauntan, peguam atau mana-mana penasihat kewangan atau professional;

e. atau pembekal produk atau perkhidmatan atau penaja perniagaan sebagaimana yang ditentukan perlu atau sesuai;

f. sebarang pembekal perkhidmatan pihak ketiga dalam dan luar Malaysia yang membekalkan perkhidmatan secara langsung atau tidak kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada firma penganalisis data, syarikat penganjuran web, pemprosesan data dan operasi rangkaian; dan

g. sebarang pihak ketiga yang melaksanakan peranan atau perkhidmatan seperti yang diperlukan Nota Gembira berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan atau produk untuk anda atau bagi tujuan mengekalkan atau meningkatkan perkhidmatannya atau untuk pembangunan dan perkembangan produk dan perkhidmatan kami atau untuk menjalankan sebarang kontrak dengan anda.

Sekiranya berlaku sebarang penyerahan, penjualan, pemindahan atau pelupusan yang berpotensi, bercadangan atau sebenar, terhadap sebarang perniagaan, aset, perkongsian dan/atau kepentingan Nota Gembira termasuk sebarang perolehan penyatuan atau gabungan (“Transaksi Korporat”), Data Peribadi yang anda berikan mungkin perlu didedahkan dan/atau dipindahkan kepada atau diakses oleh Pihak Ketiga atas alasan Transaksi Korporat dan dengan ini anda dengan nyata bersetuju dan membenarkan sebarang pendedahan dan/atau pemindahan atau akses bagi Pihak Ketiga tersebut.

5. PERLINDUNGAN
Kami akan menyimpan dan memproses Data Peribadi yang anda berikan secara selamat. Kami berusaha, di mana dapat dipratikkan, untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan pelindungan dan prosedur yang sesuai dan munasabah selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan yang tidak disengajakan atau kemusnahkan atau kerosakan Data Peribadi.

Adalah difahamkan bahawa penghantaran Data Peribadi melalui Internet bukanlah 100% selamat. Oleh itu, dalam hal ini, kami tidak dapat memberi jaminan bahawa keselamatan bagi sebarang Data Peribadi yang dihantar melalui Internet dalam apa jua keadaan, sama ada aliran masuk data ke Nota Gembira atau aliran keluar Nota Gembira kembali kepada anda.

6. PEMINDAHAN DATA & PERKONGSIAN
Sekiranya kami anggap perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau penawaran sebarang perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami mungkin memindah Data Peribadi yang anda berikan kepada perkhidmatan pihak ketiga di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan pelindungan yang serupa.

Anda dengan ini memahami dan bersetuju bagi pendedahan tersebut dan/atau pemindahan Data Peribadi seperti yang telah dinyatakan.

7. COOKIE & PAUTAN
Cookie adalah data fail kecil yang akan dikumpul dalam pelayar web anda bagi tujuan menjejaki maklumat laman yang telah dilayari. Jadi apabila anda melayari Laman Web kami pada masa depan, pelayan (server) akan mengecam laman yang telah dilayari sebelum ini dengan serta-merta.

Kami menggunakan cookie bagi menyediakan Laman Web tersendiri berdasarkan pengalaman pengguna.

Cookie bukan program yang akan memusnahkan sebarang fail dalam komputer tetapi ia digunakan untuk mengesan maklumat seperti penjejak laman yang telah dilayari oleh pengguna, laman yang mana pengguna biasanya mula dan berhenti, dan kekerapan melayari sesuatu laman web, dsb. Kami tidak menggunakan cookie untuk mengesan identiti sebenar pengguna, jadi cookie hanya akan memaklumkan jika komputer tersebut pernah melayari Laman Web kami pada masa lalu.

Manfaat Cookie:
1) Menilai jumlah pengunjung. Pelayar berlainan mempunyai kegunaan cookie yang berbeza yang boleh mengenal pasti sama ada pengunjung adalah ahli atau tidak. Maklumat ini berguna untuk mempamerkan iklan bertepatan dengan audiens sasaran, menilai kecenderungan pengguna dan corak penggunaan internet mereka.

2) Memeriksa frekuensi penggunaan atau corak pelayaran. Penjejakan cookie membantu kami memahami karakter dan tabiat pengguna. Tambahan pula, ia membantu kami mempertingkatkan perkhidmatan, kandungan dan corak periklanan kami termasuk aktiviti promosi yang ditawarkan dalam Laman Web bagi memenuhi keperluan individu yang paling sesuai.

Cookie tidak akan mengumpul maklumat peribadi seperti nama atau alamat e-mel. Bagaimanapun, jika anda tidak mahu cookie wujud dalam komputer anda, anda boleh konfigurasi pelayar web untuk menghalang cookie. Sila ambil perhatian, jika anda melumpuhkan semua cookie, anda mungkin tidak dapat menggunakan perkhidmatan yang tertentu di dalam Laman Web.
Laman Web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web luaran. Nota Gembira tidak bertanggungjawab bagi polisi privasi laman web luaran tersebut.

8. HAK AKSES & PEMBETULAN ANDA
Anda berhak untuk meminta akses kepada dan pembetulan pada Data Peribadi tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh;

a. menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan membuat permintaan terhadap akses bagi Data Peribadi tersebut;

b. meminta agar kami membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini;

c. meminta kami untuk menghadkan atau melupuskan Data Peribadi tertentu tentang anda atau menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi tersebut;

d. meminta kami mentakrif atau menjelaskan polisi dan prosedurnya berhubung data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;

Anda boleh berhubung dengan kami melalui emel di notagembira@gmail.com untuk mengendalikan permintaan bertulis bagi akses Data Peribadi atau pembetulan Data Peribadi atau untuk menghadkan atau melupuskan Data Peribadi tentang anda atau menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi atau untuk maklumat berkenaan polisi dan prosedur dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan.

Nota Gembira berhak untuk mengenakan bayaran yang ditetapkan bagi akses Data Peribadi anda dan menolak permintaan akses anda dan/atau melakukan pembetulan terhadap Data Peribadi setakat dibenarkan oleh undang-undang.

9. KEBENARAN
Dengan memasukkan dalam sebarang kontrak dengan Nota Gembira, menggunakan perkhidmatan Nota Gembira, membeli sebarang produk daripada Nota Gembira, menyertai sebarang aktiviti, promosi, kaji selidik, peraduan, pertandingan dan apa saja acara yang dijalankan atau ditaja oleh Nota Gembira, pemberian dan komunikasi sebarang Data Peribadi kepada Nota Gembira sama ada melalui online atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada “menyukai” (“like”) dan/atau memberi “komen” (comment) pada laman Facebook Nota Gembira, dan/atau “menyukai” (“like”) dan/atau memberi “komen” (comment) pada laman-laman tersebut, dan/atau mengekspresi indikasi kecenderungan anda yang sama terhadap Nota Gembira, anda bersetuju anda telah membaca Notis ini dan memberi kebenaran kepada Nota Gembira untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi yang telah anda berikan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Notis ini.

 

 

POLISI PRIVASI GDPR UNTUK PLUGIN SUPER SOCIALIZER

1. Social Login

We collect your public profile data only from your consent that you grant before initiating Social Login, from the social network used to login at our website. This data includes your first name, last name, email address, link to your social media profile, unique identifier, social profile avatar. This data is used to create your user profile at our website. You can revoke this consent at any time by sending us an email.

2. Facebook Comments

We embed Facebook Comments plugin to allow you to leave comment at our website using your Facebook account. This plugin may collect your IP address, your web browser User Agent, store and retrieve cookies on your browser, embed additional tracking, and monitor your interaction with the commenting interface, including correlating your Facebook account with whatever action you take within the interface (such as “liking” someone’s comment, replying to other comments), if you are logged into Facebook. For more information about how this data may be used, please see Facebook’s data privacy policy: https://www.facebook.com/about/privacy/update

3. GooglePlus Comments

We use GooglePlus Comments widget at our website for you to be able to comment at our webpages using your GooglePlus account. From this interaction Google automatically collects and store certain information in server logs like IP address, device event information such as crashes, system activity, hardware settings, browser type, browser language, the date and time of your request, in accordance with their data privacy policy: https://policies.google.com/privacy

4. Disqus Comments

We use Disqus Comments widget at our website for you to be able to comment at our webpages using Disqus commenting system.

Disqus may collect information about you when you register for and use the Service. Such information may include “Personally Identifiable Information” which means information that identifies you as an individual, such information may include, but is not limited to, your name, email address, telephone number, username or account ID, and “Non-Personally Identifiable Information” which means information that does not identify you as an individual. Non-Personally Identifiable Information may include, but is not limited to, information about your browser, your IP address, device ID, what pages you visit on our Partner Sites, which website you came from, what advertisements you clicked on, whether on our Partner Websites, the Service or other third party websites, and other information about your online activity that does not identify you as an individual, in accordance with their data privacy policy: https://help.disqus.com/terms-and-policies/disqus-privacy-policy

5. Facebook Comments Moderation

We collect the data related to the Facebook Comment you post, only from your consent that you grant before posting Facebook Comment at our website. This data includes your Facebook account name, unique Facebook account identifier, unique identifier associated to the posted Facebook comment, unique open graph object identifier of the webpage at which you posted the comment, unique identifier associated to the parent comment if you reply to an existing comment. This data is used to show recent Facebook Comments made all over our website and/or to show the old comments made at non-SSL webpages before we moved our website to SSL. You can revoke this consent at any time by sending us an email.

6. Facebook Comments Notifier

We send the Facebook Comment you post, to page/post author and/or website administrator via automated email, only from your consent that you grant before posting Facebook Comment at our website. This data includes just the Facebook comment posted by you.

7. Social Analytics for Sharing

We use Google Analytics to track social shares made at our website. Google automatically collect and store certain information in their server logs which includes device event information such as crashes, system activity, hardware settings, browser type, browser language, the date and time of your request and referral URL, cookies that may uniquely identify your browser or your Google Account, in accordance with their data privacy policy: https://policies.google.com/privacy

7. Facebook Like, Facebook Recommend, Facebook Share official buttons

We embed a Facebook widget to allow you to see number of likes/shares/recommends and “like/share/recommend” our webpages. This widget may collect your IP address, your web browser User Agent, store and retrieve cookies on your browser, embed additional tracking, and monitor your interaction with the widget, including correlating your Facebook account with whatever action you take within the widget (such as “liking/sharing/recommending” our webpage), if you are logged in to Facebook. For more information about how this data may be used, please see Facebook’s data privacy policy: https://www.facebook.com/about/privacy/update

8. Twitter Tweet official button

We use a Twitter Tweet widget at our website. As a result, our website makes requests to Twitter’s servers for you to be able to tweet our webpages using your Twitter account. These requests make your IP address visible to Twitter, who may use it in accordance with their data privacy policy: https://twitter.com/en/privacy#update

9. GooglePlus, GooglePlus Share official buttons

We use a GooglePlus widget at our website. As a result, our website makes requests to Google’s servers for you to be able to share our webpages using your GooglePlus account. These requests make your IP address visible to Google, who may use it in accordance with their data privacy policy: https://policies.google.com/privacy

 

 

PERUBAHAN NOTIS INI
Nota Gembira berhak untuk meminda, mengubah, dan/atau mengemaskini terma yang terkandung dalam Notis ini pada bila-bila masa dengan menyatakan apa-apa pindaan, perubahan dan/atau penyelenggaraan di dalam Laman Web atau dengan menghantar notis kepada anda.

Berikutan sebarang pindaan, perubahan dan/atau penyelenggaran seperti yang dinyatakan di atas dengan penglibatan secara berterusan dan berurusan dengan Nota Gembira anda dianggap telah menerima pindaan, perubahan dan/atau penyelenggaraan tersebut.

 

Sebarang pertanyaan tentang notis ini boleh hubungi kami di notagembira[@]gmail.com