Pengalaman Masuk Wad 3 Hari Dan Ini 3 Perkara Yang Saya Belajar

7 min


Hari ini masuk 2 minggu selepas saya operate tangan. Sepanjang 2 minggu tu ada sesuatu yang terkesan pada diri.

Tarikh pembedahan saya diawalkan 1 minggu. Saya dihubungi untuk masuk wad pada pagi hari Jumaat tu yang buat saya perlu beritahu ofis, ada emergency.

Mereka dah tahu yang saya akan ada pembedahan cuma kali ni terpaksa masuk awal. Jadi saya memang total off daripada hal ofis 2-3 hari bila masuk wad.

Saya tak bawa laptop ke hospital. Pada hari Jumaat tu sejak saya admit di wad, saya rasa tenang sangat.

 

#1 – “Ketenangan yang benar-benar tenang hadir bila kita fokus pada masa sekarang.”

Saya rasa hidup saya lebih ALIVE bila saya fokus pada masa sekarang. Sebab bila kita cuti, kadang-kadang ada potensi kita dipanggil untuk siapkan urusan kerja ofis.

Jadi kita macam walau cuti pun, minda kita kena sedia alert jika kita perlu buat kerja ofis masa cuti tu.

So macam tak boleh kalau kita nak total off – tutup fon straight 3 hari tanpa risau kalau ada orang panggil sebab saya salah seorang daripada project leader.

Ada masa tengah malam pun saya kena bekerja untuk perkara adhoc. Just for a few minutes.

Jadi sepanjang di wad, saya tak bawa laptop ke hospital… perasaan tu tenang sangat.

Saya pun tak banyak tengok fon terutamanya bila lepas operate sebab dua-dua tangan tengah sakit – yang kiri kena bedah, yang kanan plak lebam kena cucuk.

 

Pada hari saya nak operate pun sekitar pukul 10 pagi, sebelumnya… saya sangat menikmati hari tu.

Saya rasa bersyukur sangat. Saya syukur dengan rasa ketenangan tu sebab minda, hati, diri saya fokus pada masa sekarang.

+ Saya tak perlu risau kalau ada orang panggil due to saya akan operate hari tu.

+ Saya tak perlu risau kalau ada orang minta buat kerja ofis since tak bawa laptop pun.

Apa yang saya nak tekankan, kenapa ada orang stress dengan diri sebab,

 

1. Dia hidup di masa lalu. Dia masih terikat dengan peristiwa lama.

Mungkin semalam ada sesuatu yang kurang baik berlaku. Dia bawa perasaan negatif tu sampai hari ini.

Jadi hari ni dia tak gembira. Dia sedih kerana masih terikat dengan cerita semalam.

 

2. Dia hidup di masa hadapan. Anda mungkin pernah dengar, baca ayat ni,

“Kebanyakan perkara yang kita risau sebenarnya tak berlaku pun.”

Kisah orang ke-2 ni pula mungkin macam ni, ada orang risau sebab lagi 2 hari ada orang nak datang kat dia untuk kutip hutang.

Masa tu pula duit dia tak cukup. Jadi dia risau sangat dengan apa yang akan berlaku lagi 2 hari.

Dia bangun dalam keadaan resah. Takut sesuatu yang buruk terjadi.

Ini juga sebab kenapa orang tak gembira dengan kehidupan dia.

 

 

Jadi apa yang perlu kita lakukan?

“Hidup masa sekarang.”

Cuba kita bayangkan pada setiap hari kita seolah-olah reset feeling kita, fikiran kita, semua tentang diri kita = takde history.

Jika semalam ada perkara negatif berlaku, hari ni semua tu DELETE (dah takde history negatif).

Jika semalam ada pengutip hutang nak datang lagi 2 hari, hari ni semua tu DELETE (dah takde history negatif). Jadi kita tak risau tentang masa depan.

 

Masa tu kita hanya fokus pada hari ini.

Kita bina feeling yang baru.
Kita bina fikiran yang baru.
Kita bina cara percakapan yang baru.
Kita bina lifestyle yang baru.
Kita renew hubungan suami isteri yang ada sekarang.

Kalau semalam bermasam muka, hari baru, reset benda baru, hari ni happy-happy je. Sayang-menyayang je. Dengan pasangan, dengan jiran, dengan sesiapa sahaja.

Kalau semalam terguriskan hati teammate di ofis, hari ni berbual macam biasa dengan dia. Minta maaf.

Pesan mentor saya,

“Jangan biarkan emosi negatif tu lebih daripada 1 waktu solat.”

Contoh beremosi negatif waktu Zuhur, masa Asar tu reset perasaan tu jadi neutral.

Kata beliau, “Bila kita terus beremosi negatif, ia akan memakan kesihatan rohani dan fizikal kita. Kita jadi lebih penat. Jika berlarutan boleh menyebabkan penyakit.

 

#2 – Jaga diri sendiri. Sayangi diri sendiri.

Selepas 2 malam di hospital hari Ahad tu, saya dapat keluar hospital. Doktor bagi cuti. Saya terkejut tengok mc lama. Saya pun cakap dengan member yang jaga saya sepanjang di wad.

Dialah yang nampak camne saya struggle nak bergerak dengan tangan terhad masa tu. Dia jugalah yang nampak masa nurse tu salah cucuk sampai lebam tangan.

Saya nangis sebab nurse tu agak kasar cucuk air kat tempat jarum tu. Rasa pedih bila air tu lalu kat nadi.

 

Saya tengok surat tu, saya cakap dekat dia.

“Habis tu kerja aku macam mana? Nanti siapa nak uruskan?”

Dia balas, “Kau sibuk fikir kerja. Kau sibuk fikir orang lain. Tengok siapa yang datang lawat kau masa kat hospital? Diorang ada fikir pasal kau?”

Saya terdiam. Fikiran saya tu muncul sebab saya terfikir atas dasar tanggungjawab sebagai project leader.

Memang ada tim dari ofis yang datang namun sangat sedikit.

“Apa-apa pun kau kena pastikan tangan kau sembuh dulu baru kau boleh mula kerja balik. Kalau tangan kau belum sembuh, macam mana nak buat kerja?” suara hati berpesan pada saya.

Dengan penggunaan tangan yang terhad masa tu, saya tak boleh buat banyak perkara. Masa tu baru saya sedar yang fon saya ni sebenarnya berat juga huhu

Saya jadi cepat lenguh dan penat bila pegang lama-lama. 1 Minggu pertama tu memang saya jarang main fon dan laptop.

Saya taip pun pakai shortform dengan sebelah tangan sebab tangan tak kuat lagi untuk fully use.

 

Tulisan ni dibuat pun pakai text-to-speech yang ada kat iPhone. Edit sket-sket.

Kita tak boleh nak salahkan orang bila orang takde empati dengan kita.

Kita tak boleh nak salahkan orang bila orang tak fikir tentang kita.

Kita yang kena jaga diri sendiri.

Kita yang kena berjuang untuk diri sendiri.

Kita yang kena capai segala apa yang kita nak dalam hidup.

Kalau kita pun tak berusaha untuk capai apa yang kita nak, siapa lagi yang akan buat untuk kita?

 

Manusia lebih pentingkan result daripada kita. Tidak kira apa juga kesakitan, tekanan, masalah yang kita lalui masa tu.

Walau yes, Allah pandang setiap zarah usaha kita.

Bak kata mentor saya yang lain,
“Siapa nak belajar, belajar betul-betul. Kalau kau nak jadi malas, nak buat alasan pergi ______.”

You have to struggle for your own self.

Nak jadikan cerita, beberapa hari sebelum saya masuk wad, kami ada dapat mesej di Nota Gembira.

Tim saya inform. Saya pun baca.

“Kenapa saya miskin?”

“Saya tak berharta.”

Dan ada beberapa lagi ayat yang lebih banyak kepada pity herself. Dia persoalkan kenapa dia tak kaya.

Dia cakap dia dah penat.

Selepas beberapa sesi perbualan, akhir textnya,

“Lebih baik saya mati jelah.”

Itu yang saya cakap – stop pity on yourself. Kalau tak suka dengan kehidupan anda sekarang – UBAH.

 

Salahkan orang lain, minta simpati pada orang lain, merungut tidak akan menghasilkan sesuatu.

Hakikatnya, sedikit sekali manusia yang betul-betul care tentang kita.

Ada tapi sedikit sekali. Sebab itu bila kita ada seseorang yang selalu dengan kita, hargai mereka.

Orang lain tak kisah sangat pun dengan usaha kita, kesakitan kita, tekanan kita, apa juga perjuangan yang kita perlu lakukan sepanjang tempoh untuk capai waktu senang, berjaya, orang tak nak tengok.

Yang orang nampak, masa dah ada kereta mewah, dah ada rumah mewah. Itu yang mereka nak – result. Itu yang mereka pandang.

Mereka tak nak tahu berapa banyak kegagalan, pengorbanan, tangisan, kedukaan yang terpaksa dihadapi sebelum capai waktu senang.

Jadi berhenti rasa kasihan pada diri sendiri, pada kehidupan sekarang yang anda mungkin tak suka.

 

You have to wake up, move on. Make decision and go for your dreams!

Sebab akhirnya nanti,

Kita yang kena bertanggungjawab dengan kehidupan sendiri.

Kita yang kena melunaskan komitmen (bil-bil) setiap bulan. Takde orang lain yang sanggup nak lunaskan untuk kita.

Kita yang kena sara keluarga untuk segala keperluan mereka. Kita yang kena bagi nafkah pada ibu bapa, isteri, dan anak-anak.

 

Apabila kita senang nanti,

Kita juga yang gembira sebab dah mampu untuk taja ibu bapa, keluarga pergi umrah.

Kita juga yang gembira sebab dapat besarkan anak-anak dengan keperluan, didikan yang terbaik di tempat yang terbaik.

Kita juga yang akan gembira bila tengok isteri gembira dan rasa beruntung dapat suami bertanggungjawab yang selalu berusaha cukupkan keperluan isteri dan anak-anaknya.

Kita juga yang akan gembira bila dapat tolong orang yang memerlukan dengan kemewahan yang kita ada.

 

Bila kita kaya, ada banyak duit, sudah tentu:

Kita mampu nak sara keluarga pergi mana, beli apa, pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Kita mampu nak bina masjid di mana-mana negara yang memerlukan.

Kita mampu hantar berpuluh lori bantuan ke negara yang perlukan bekalan makanan, minuman, keperluan asas.

Kalau kita bercakap dengan golongan atasan untuk bantu negara pun, kita akan didengari sebab kita ada kuasa.

Cuba kalau kita miskin.

Takde sape yang nak dengar cakap kita. Kalau kita bagi tip berjaya pun orang takkan nak ambil kisah sebab mereka tak nampak result (kaya) tu pada kita.

“Action speaks louder than words.”

Jadi… stop pity yourself. Change yourself to change your life.

 

#3 – Income Replacement

 

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Ingat sihat sebelum sakit. Bila kita sihat mungkin tak perasan dan tak bersedia bila sakit.

Contoh tempoh hari saya emergency terus kena masuk wad. Perlu rest selama 2 minggu untuk membolehkan saya mula buat kerja.

1 Minggu pertama memang sangat kurang saya dekat dengan phone dan laptop. Minggu ke-2 pula baru sket-sket luangkan masa buat kerja ofis walau masih cuti mc.

Ada 1 masa tu disebabkan nak habiskan kerja ofis, tangan saya sampai menggigil sebab tahan penat dan sakit.

Habis je saya terus kena rehat kurangkan penggunaan tangan.

 

Di sinilah pentingnya fikirkan apa yang kita patut buat masa kita sihat ni supaya kita bersedia bila kita terpaksa away daripada buat kerja atau buat bisnes.

Jadi walau kita cuti buat kerja pun, kita masih ada income setiap hari, bulan, tahun.

“Peace of mind.”

Pembedahan saya tempoh hari pun tak dapat claim takaful sebab saya baru je join.

Tak sangka pula sampai kena bedah. Yet alhamdulillah ada subsidi kerajaan hanya perlu bayar RM24 sahaja berbanding jumlah semua sekitar RM3,000++. Hanya untuk bedah sedikit di tangan.

Bayangkan kalau takde subsidi, pembedahan tu pula bukan pembedahan kecil. Anda pula takde simpanan 10% daripada pendapatan.¬†Buat bisnes pula income belum stabil… Allahu Akbar.

Saranan saya mula ambil takaful. Ia bukan sahaja berguna bila sakit, berguna juga bila kita meninggal dunia.

Jangan tinggalkan ahli keluarga atau waris kita dengan hutang. Buat sesuatu supaya bila kita meninggal dunia, ada duit yang lunas semua hutang dan ada lebih bajet pula untuk keperluan keluarga.

 

 

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
14
love
omg omg
0
omg
cry cry
7
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link