Nak Buat Kebaikan Tak Perlu Tunggu Sempurna. Just Do It!

4 min


Meaningful: Quantity x Quality

Dalam kita nak perbaharui hidup ni, ada perkara kita kena mulakan dengan kuantiti, nanti makin lama kita sendiri akan mencari kualiti dalam apa yang kita buat sekarang.

Contoh, masa kecik-kecik ayah suruh solat, kita solat.

Ayah suruh ngaji, kita ngaji.

Kita tak tahu kenapa kita kena solat, kena ngaji. Masa kecik-kecik bila tanya kenapa solat, ibu bapa hanya cakap — sebab Allah suruh.

Budak-budak masa kecik kan curiosity tinggi. Kadang-kadang persoalkan soalan yang orang dewasa pun tak dapat nak jawab.

Allah tu siapa?
Kenapa mama pakai tudung?
Kenapa kena takut kat Allah?

Jem jugak nak jawab semua ni huhu

Bila masa kecik-kecik tu, kita tanya, ada juga ibu bapa yang marah — aishh kenapa nak tanya kenapa kena solat? Sebab Allah suruh. Buat jelah. Jangan banyak tanya.

Ada seorang member ni dia hidup dalam keluarga yang pentingkan agama. Alhamdulillah jaga solat semua. Pergi kelas agama.

Masa dia kecik-kecik, dia selalu tertanya kenapa kena solat? Ayah dia hanya jawab sebab Allah suruh. Kita kena buat.

Jadi dia follow je. Yet bila makin dewasa, dia mula mencari meaningful to be a muslim.

Dia pergi kelas-kelas agama, join circle soleh solehah.

Dalam 1 kelas tu, sekian lama, baru dia dapat jawapan kenapa kena solat.

Speaker yang buat talk masa tu adalah seorang mualaf, dia bagi jawapan lebih kurang macam ini,

“Bila anda nak pergi ke sesuatu lokasi, kita mesti guna Waze kan? Masa kita guna tu, berapa kali kita tengok Waze? Kenapa kita tengok?”

“Banyak kali. Supaya kita tahu kita tengah lalu jalan yang betul. On track.”

“Yes. Macam itu juga solat. Kita nak Allah. Jadi kita kena selalu tengok Waze kita supaya kita on track. Dengan solat, akan buat kita on track.”

Dalam erti kata lain, kita nak rahmat Allah. Kita nak Allah sentiasa sayang kita.

 

Kalau kita bercinta dengan jutawan, mana mungkin kita dibiarkan miskin.
Apatah lagi bila kita bercinta dengan yang “buat” jutawan tu, mesti apa pun kita boleh dapat hatta seluruh dunia ni.

Kita masuk syurga pun sebab rahmat Allah. Jadi apa sahaja perkara yang kita buat, kita kena sentiasa buat untuk Allah, buat yang menuju redha dan rahmat Allah.

Buat banyak-banyak yang Allah suka. Mudah-mudahan Allah beri rahmat ke atas kita.

Dari situ, orang tu dapat jawapan kenapa kena solat. Ia memberi nafas baru untuk dia to be a better muslim.

Apa yang speaker tu cakap driven dia untuk sentiasa solat.

Orang kata, ikhlas dulu baru sedekah.

Kita nak berubah jadi lebih baik. Kita sedekah dulu, nanti ikhlas akan datang.

Pakai tudung bila dapat hidayah. Kita beli tudung je dulu. Pakai nanti. Memula mungkin on off.

Nanti lelama insya-Allah on terus.

Macam ada mualaf wanita tu, memula dia saje je pakai tudung. Dia suka tengok diri dia pakai tudung, pakai jubah bila keluar.

Jadi dia buat je. Lama-lama, Allah bukakan dia hidayah untuk dia terima Islam. Alhamdulillah.

Menuju sempurna.

Buat dulu, nanti ia akan driven kita untuk jadi a better muslim. Kita sendiri akan cari meaningful menjadi seorang muslim.

Kalau dulu dari kecik buat sebab disuruh.
Dah besar ni, kita cari sendiri macam mana jadi a better muslim. Meaningful one.

So that bila solat tu khusyuk rasa. Kita tak lagi solat macam lipas kudung.

Bila zikir tu, rasa Allah dekat.

Bila istighfar tu, rasa tenang.

Bila selawat tu, rasa rindu pada Rasulullah SAW.

Buat dulu, nanti ikhlas akan datang.

//
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

– Surah Al Asr: 1-3
//

Kalau rasa kerja tak best, minta kat Allah,

“Ya Allah, sahaja aku pergi kerja, cari rezeki kerana-Mu ya Allah. Aku mohon, aku minta kebahagiaan daripada-Mu dalam kerjayaku ya Allah.

Aku nak rasa happy bila buat kerja sebab Kau, Allah. Aku nak have a meaningful life.

Mudah-mudahan Kau terima setiap apa yang aku buat ketika aku kerja ni Allah sebagai ibadah, dapat pahala, dapat rahmat Kau, buat Kau sayang pada aku, ya Allah.”

Saya namakan ni Bertanya Allah Dahulu, nak sebut Talk to Allah pun boleh. Nak sebut doa kat Allah pun boleh. You can name it anything.

Quantity ni pun Rasulullah SAW buat.

Maknanya tak salah pun bila kita nak buat based on quantity. Tak perlu sempurna.

Kena betul-betul rasa menyesal, bertaubat untuk mohon ampun dengan Allah, baru istighfar. Allahu.

Tak perlu. Buat je dulu. Nanti meaningful akan datang insya-Allah.

//
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:

“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.

[Riwayat al-Bukhari (6307)]

//

Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum tu pun istighfar 70x, apatah lagi kita pendosa yang selalu buat dosa, silap setiap hari.

//
The Power of Istighfar

Diriwayatkan setiap kali ada masalah, Imam Ibn Taimiyyah akan beristighfar sebanyak 1000 kali. Dengan izin Allah, masalahnya pun akan hilang.

Imam Ibnu Taimiyah berkata:

Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang sampai membuatku merasa “buntu” dan seakan terkunci pemecahannya bagiku, maka aku pun langsung beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih atau kurang, sampai Allah membukakan dan memecahkannya untukku.
//

Nota kecik:

1. Tak perlu tunggu sempurna. Jalan dulu, nanti meaningful akan datang.

2. Menuju sempurna

Sedekah dulu, nanti ikhlas akan datang.

Istighfar dulu, nanti rasa kesal dengan dosa tu akan datang.

Selawat dulu, insya-Allah rasa rindu pada Rasulullah SAW tu akan datang.

Hidup bagaikan mengayuh basikal — untuk buat basikal tu bergerak, kita kena kayuh guna dua-dua kaki. Lama-lama lancarlah ia menuju destinasi.

 

P/s : Saya kongsikan full version, step by step apa yang saya buat untuk bina self image yang baru dengan kejayaan kecil yang membawa kepada kejayaan besar dalam ebook terbaru “90 Days To A New Me”. <— klik sini

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
1
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link