“Murahnya Rezeki Dia…” – Ini Resipi Kenapa Ramai Orang Cakap Dia Macam Tu

2 min


Kadangkala kita lihat hidup seseorang tu kaya raya, mewah tapi sentiasa rasa tak cukup, rasa kurang.

Namun ada pula sebaliknya. Walau hidupnya biasa-biasa sahaja dan serba kekurangan, namun bukan sahaja untuk dirinya, malah rezekinya berlebihan untuk diagihkan kepada orang lain.

Apakah rahsianya?

Baca artikel di bawah nukilan Khairul Hakimin Muhammad untuk tahu lebih lanjut.

Semalam, saya pergi jumpa kawan lama. Beliau ada banyak bisnes tak popular. Contohnya beli hartanah dan sewakan di sana sini. Facebook beliau pun berhabuk tak ada update.

Saya tanya dia 2-3 soalan tentang murahnya rezeki dia. Kerja tak sampai 10 tahun, namun selepas berhenti, terus buat bisnes, kencang bukan main.

Dia beritahu saya beberapa benda sahaja yang dia buat.

1. Hadiah buat isteri

Setiap minggu (setiap hari jumaat) dia akan transfer / bank in duit ke isteri dia sebagai hadiah. Buatlah belanja atau nak simpan. Apa-apalah.

Masa kerja gaji RM1,600 dulu. Dia hanya boleh beri RM70 sahaja seminggu.

2. Hadiah buat ibu bapa

Dia juga buat benda yang sama untuk emak ayah dia dengan jumlah duit yang sama (waktu itu).

Dia pegang pada pesanan gurunya, hadiah kepada yang tersayang dan terdekat ini akan memurahkan rezekinya sendiri.

3. Beli lebih untuk agihan

Sentiasa beli lebih untuk agihkan kepada orang lain. Asal dia beli nasi untuk sarapan di pejabat, dia akan beli 2-3 lebih. Letak di pantry dan tulis ‘siapa cepat dia dapat’. Kadang-kadang beli kuih.

4. Lakukan solat sunat 2 rakaat

Masuk surau, masjid, mesti solat dua rakaat. Mesti. Jika nak ke tandas sekalipun, ambil wuduk, dan pergi solat sekejap. Biasanya itu adalah jemputan Tuhan. Waima masa nak ke tandas, kebetulan terjumpa surau / masjid.

Dan kemudian, letaklah duit di tabung.

5. Wakafkan buku

Setiap bulan, beliau beli 2 naskhah buku dan poskan ke sekolah-sekolah yang beliau cari alamat di sosial media. Belasah sahaja hantar atas nama perpustakaan.

6. Belanja keluarga dan sahabat

Setiap kali keluar makan dengan keluarga dan kawan-kawan, dia kata dia akan berusaha pergi bayar. Melainkan masa itu memang tak berduit.

7. Tak boleh berkira

Awal bisnes, jika job yang dapat itu semurah RM50, ambil. Pelajaran lagi besar nilainya dari duit. Dulu, RM50, sekarang dah naik berpuluh kali ganda.

8. Husnudzon dengan Allah SWT

Baik sangka dengan Tuhan. Sekiranya ada sahaja ujian yang melibatkan habisnya wang. Ingat balik, adakah bulan / minggu / hari tersebut ada yang termiss beri hadiah atau sedekah.

9. Meminta-minta dengan Allah SWT

Meminta-minta dengan Tuhan. Ini wajib. Mintalah setiap hari. Tak boleh jemu, tak boleh biar, tak boleh malas. Minta minta minta.

Hari ini, beliau ada 4 buah kedai 3 tingkat yang disewa. Setiap satunya dapat dalam RM16,000/bulan.

Kemudian ada beberapa rumah juga dijadikan sewaan.

Nak kata beliau kaya raya, tidak juga. Masih ada hutang bangunan yang belum selesai. Namun, hutang peribadi dengan bank semua dah tak ada.

Ada lagilah bisnes beliau yang nampak biasa-biasa dan tidak popular.

Hari ini, pagi-pagi hantar anak sekolah, kemudian pergi minum dengan orang rumah. Cuti-cuti balik kampung tengok keluarga.

Rasa cemburu pun ada. Pesan beliau kepada saya:

“Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat. Mana kita tahu dia tak makan kerana tak ada duit, dan datang kerja setiap hari hanya minum air kosong.

Aku pernah rasa semua itu. Jadi aku buat semula kepada orang lain. Dan hari ini, Allah balas satu demi satu dengan cukup tersusun dan bergaya. Alhamdulillah.”

Tulisan,
Khairul Hakimin Muhammad
Syukurnya.

 

Masha—Allah, walau pada mata kasar kita semua pemberian itu nampak kecil sahaja, namun tidak pada mata Allah, Yang Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.”

– Surah al-Zalzalah : 7-

Justeru, sekiranya ada terdetik di hati kita untuk buat sesuatu kebaikan walau hanya membuang ranting di jalan, maka lakukanlah.

“Asal namanya kebaikan, buat.”

Biar sikit kebaikan yang kita buat, asalkan ia berterusan. Bukan masalah sikit atau banyak , tapi yan berterusan tu yang kita mahukan.

Semoga setiap perbuatan baik yang kita buat kerana-Nya diterima Allah SWT. Aamiin ^_^


What's Your Reaction?

cute cute
7
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
37
love
omg omg
0
omg
cry cry
9
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: