Membangun Keyakinan Diri Dengan 2 Kalimah Syahadah

3 min


Isu keyakinan diri adalah isu yang kritikal dalam diri seorang manusia. Apabila rasa tidak yakin pada diri – impian sukar dicapai, rasa diri tak mampu nak selesaikan sesuatu masalah sendirian.

2 Kalimah Syahadah adalah rukun pertama dalam Rukun Islam. Ia adalah satu kalimah yang meyakini Allah adalah satu-satunya Tuhan kita dan Rasulullah SAW adalah pesuruh Allah.

Ia sebenarnya tersirat satu kalimah tauhid yang apabila kita hayati, boleh jadi satu kekuatan untuk diri.

 

2 Kalimah Syahadah

Selepas sertai ESQ, salah satu inovasi yang saya dapat adalah cara bagaimana nak bangunkan self esteem dengan 2 kalimah Syahadah.

Andai dihayati, 2 kalimah Syahadah itu boleh jadi kekuatan pada diri.

  • Pada Allah adanya sumber kekuatan – Ya Qawiy ya Aziz ya Matin
  • Pada Allah itulah adanya sumber kekayaan – Ya Razzaq ya Ghaniy ya Mughniy
  • Pada Allah adanya sumber kekreatifan – Ya Khaliq ya Musawwir
  • Segala-galanya ada pada Allah – Ya Malik

Kerana sejak kita di dalam rahim lagi, kita sudah naik saksi bahawa Allah adalah Tuhanku.

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”

Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”.

(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” – Surah Al Araf: 172

 

Rasulullah SAW Sebaik-baik Teladan

Seseorang pernah berkongsi…

“Jika saya ada masalah, apa yang saya akan buat adalah berfikir – apa yang Rasulullah SAW akan buat saat ini? Lepas tu saya akan buat perkara itu.”

Insya-Allah pasti bertemu solusi apabila mengikut gaya Rasulullah SAW dalam menyelesaikan apa juga masalah.

 

Bagaimana nak lakukan?

1. Tenangkan diri dahulu

Jangan tergesa-gesa ucap 2 kalimah Syahadah. Jika kita nak memenangi pertandingan berlari, kita kena lari selaju-lajunya.

Namun jika nak dapatkan kekhusyukan, kita kena buat perlahan-lahan (untuk meghayati setiap bacaan).

 

2. Sebutlah satu per satu kalimah itu

Asy haa du… (sebut terus 2 kalimah syahadah sampai habis).

Sebut sehingga rasa kekuatan maknanya – Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Ulang berkali-kali.

Apakah makna di sebalik pengakuan ini?

Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah. Allah lah yang menguasai segalanya di muka bumi ini

Maka pasti, Dia lebih daripada mampu menyelesaikan masalahku dan segala kesulitan.

Sesungguhnya aku ini hanya hamba-Nya yang Dia bebas untuk berikan ujian atau apa sahaja

Aku ini hanya HAMBA Allah SWT
HAMBA, HAMBA, HAMBA

Lalu renungkanlah bagaimana kehidupan seorang hamba jika ada tuannya? Patuh dan taat tanpa sebarang rungutan.

Walau apa yang tuannya suruh, pasti dilakukan dengan sempurna dan sebaik mungkin.

 

Saat kita ucapkan:

(sebutkan bahagian jawi sahaja)

Rasakan kita mengerdilkan diri kepada Allah. Kita datang kepada Allah

“Ya Allah, aku datang kepada-Mu ya Allah. Aku perlukan Kau. Aku perlukan Kau untuk menguruskan segala hal aku. Aku tak mampu ya Allah.

La hawla wala quwwata illa billah. Bantulah aku ya Allah. Tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan-Mu.”

Saat Allah kata Kun, maka terjadilah ia. Bila kita down, kita cari manusia untuk bantu comfortkan. Tapi saat tu Allah tak beri daya-Nya kepada manusia itu, lalu kita pun pulang dengan rasa kecewa.

Kita mencari bahu untuk menangis, tapi Dia mahu kita cari Dia untuk bersujud. Kita datang kepada-Nya. Sejadah dihamparkan. Solat ditunaikan. Selesai solat, kita masih di atas sejadah. Lalu 2 kalimah Syahadah diucapkan dengan perlahan-lahan.

Saat menyebutnya, mengalir air mata. Titisan itu jatuh di atas sejadah. Titisan air mata yang merendahkan dirinya sebagai hamba lalu datang kepada Tuhannya.

Dengan izin-Nya, bagai ada satu kuasa kekuatan, dan keyakinan datang ke dalam hati. Terasa kebahagiaan hakiki apabila hamba ‘bertemu’ Sang Pencipta. Bertemu dengan rasa hati

Bertemu dengan mengakui keterbatasan diri lalu diadukan kepada Tuhannya. Lalu dirinya terasa kuat. Terasa ringan daripada beban emosi. Dia rasa gembira.

 

Untuk part ke-2 pula, saat kita ucapkan:

(sebutkan bahagian jawi sahaja)

Hayati kalimah itu dengan merasakan Rasulullah SAW itu adalah sebaik-baik teladan. Bukti bagaimana seorang hamba Allah yang dekat dengan-Nya.

Pelbagai cabaran yang telah dilaluinya tetapi baginda tak pernah putus rahmat daripada Allah. Tetap terus teguh dan utuh mengeesakan Allah. Tiada Tuhan selain Allah SWT.

p/s: Cara ini adalah cara peribadi saya. Lain orang lain cara. Andai rasa bermanfaat, praktikkan dan kongsikan feedback di komen.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
32
love
omg omg
0
omg
cry cry
8
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link