Masa Lampau – Depresi atau Inspirasi?

3 min


“Dah nasib aku macam gini, nak buat macam mana? Hmm…”

“Aku miskin pun sebab keturunan aku memang miskin.”

“Jangan salahkan sikap baran aku ni kalau dah memang keturunan keluarga kita macam ni kan?”

Cop! Cop! Mesti kita pernah berada dalam situasi merungut seperti di atas kan? Situasi yang seperti menyalahkan takdir.

Namun, dalam tak sedar, kita sebenarnya sedang menyalahkan takdir Allah. Adakah dengan menyalahkan takdir kita dapat mengubah takdir tersebut?

Adakah Allah sendiri berkehendak kita berada dalam kesusahan? Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.

Baca dulu kisah di bawah untuk perolehi sedikit kefahaman.

 

Seorang Hebat, Seorang Merempat

Ini kisah dua orang adik – beradik yang dikenali ramai. Mereka tinggal di sebuah pekan kecil di pinggir kota New York.

Seorang penagih dadah dan pemabuk manakala seorang lagi ialah hakim mahkamah tinggi dan dermawan terkenal yang dihormati dan disanjungi masyarakat di bandar tersebut.

Orang ramai terkejut apabila mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya adalah adik – beradik; daripada ibu dan bapa yang sama serta dibesarkan di rumah dan di persekitaran yang sama.

Suatu hari, seorang wartawan ingin menulis mengenai dua beradik yang bertentangan identiti ini.

Ia bertanya kepada si penagih dadah dan pemabuk itu,” Mengapakah awak menjadi begini? Awak penagih dadah dan pemabuk serta dilaporkan selalu memukul anak dan isterimu. Apakah yang mendorong kamu menjadi begini?”

Lantas dia menjawab,”Ayahku.”

“Kenapa dengan ayahmu?” tanya wartawan tadi.

Kemudian dia membalas, ”Ayahku seorang penagih dadah, pemabuk, garang dan panas baran. Aku, abangku dan juga ibu kami selalu kena pukul. Dia sangat kedekut.

Semua mahu dibolotnya. Apa lagi yang kamu rasa akan jadi kepadaku? Itulah diriku! Aku terpengaruh dengan apa yang ayah aku lakukan.

Semuanya dalam darah daging aku. Jangan salahkan aku.

Semuanya berpunca daripada ayah aku!!”

Kemudian wartawan itu pergi bertanya pula kepada yang si abang; hakim dan dermawan yang disanjungi masyarakat sekitar. “Tuan, tuan seorang hakim yang berjaya, seorang dermawan dan dihormati ramai.

Manakala, adik tuan pula seperti yang semua ketahui adalah seorang yang bermasalah.

Siapakah pendorong tuan?”

Jawapan yang diberikan amat mengejutkan mereka.

“Ayahku,”

“Bagaimana pula?” soal wartawan tadi kebingungan.

“Semasa saya masih kecil, ayah kami seorang penagih dadah dan pemabuk. Seingat saya dia tidak pernah memberi wang kepada kami.

Semuanya daripada ibu. Bukan itu sahaja, malah ayah selalu memukul saya, adik saya dan ibu kami.

Dia asyik pulang lewat malam dalam keadaan mabuk, buat bising dan marah – marah. Kami sentiasa dalam ketakutan apabila dia pulang ke rumah.”

“Tetapi, mengapa tuan menyatakan bahawa dia sebagai pendorong tuan?” tanya wartawan itu lagi benar – benar ingin tahu.

Hakim itu menjawab.“ Saya telah membuat keputusasn yang saya tidak mahu menjadi macam ayah saya.

Saya mahu jalani kehidupan yang lebih aman dan berjaya. Saya bersumpah pada diri, saya tidak akan menjamah minuman keras atau berjudi.

Saya menaruh satu azam untuk belajar bersungguh – sungguh, menjaga ibu saya dan menjadi orang yang berjaya seterusnya boleh berbakti kepada masyarakat kelak.”

Dua bersaudara yang mempunyai pendorong yang sama, namun mempunyai watak yang berbeza!

Untuk berjaya, seseorang itu harus bersikap positif terhadap apa – apa yang berlaku keatas dirinya semalam, hari ini dan esok. Bersikap positif atas setiap yang berlaku kepada kita hari ini dan esok, mungkin mudah difahami.

Namun, mungkin ramai yang bertanya bagaimana kita boleh bersikap positif sekiranya apa –apa yang telah berlaku keatas diri kita bersifat negatif.

Sikap itulah yang dimiliki oleh siabang tadi. Sementara adiknya mudah menyalahkan si ayah, namun si abangnya pula melihat watak ayahnya sebagai sesuatu yang perlu dihindari. Atas sebab itulah, ia bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan ayahnya.

Dia belajar dari pada sejarah negatif hidup ayahnya dan mengubahkannya menjadi positif untuk dirinya.

Kredit to : Klinik Motivasi

 

Nah, apa yang anda belajar dari kisah di atas?

Takdir boleh diubah. Jangan sebab kita terlalu memandang kesalahan dan kesilapan masa lampau kita, kita menutup pintu kejayaan yang sedia terbuka untuk kita. Jangan salahkan orang lain kalau kita yang taknak berubah.

Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka.”

(Surah Ar-Rad: 11)

Justeru, nak hidup berubah kepada yang lebih baik, berdoalah! Berusahalah! Semuanya atas izin-Nya. Allah takkan mengubah kehidupan kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya.

Masa silam itu adalah pengajaran, bukan hukuman.

Dan siapa yang tiada masalah, hidupnya biasa-biasa sahaja. Yang ada masalah hidupnya luar biasa hebat. Sebab bila ada masalah, dijadikannya inspirasi, namun ada juga yang menjadikannya depresi.

Anda yang mana?

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
5
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *