Malas Teruk. Give Up Berubah Baik – Cara Atasi Sifat Malas

5 min


Ada satu video IG yang saya tonton. Dia cerita setiap hari dia rasa give up. Bangun je rasa give up. Bangun je rasa give up. Dia ada isu anxiety yang sangat tinggi.

Setiap hari sentiasa rasa give up sampai tak taulah berapa lama dia mampu untuk bertahan. Mentally exhausted.

Dia berperang dengan diri sendiri setiap hari. Walau give up, setiap hari bangkit. Give up lagi, bangkit lagi.

Tapi dia cakap alhamdulillah hari ni masih hidup.

Bercakap pasal anxiety ni, saya pernah rasa gelisah, gemuruh for almost 24 jam. Bila bangun je rasa gelisah, rasa takut dengan masa depan.

Masa depan yang tak tahu rupa dia macam mana – fear of the future.

Mungkin bukan sejenis benda normal a.k.a ada isu mental.

Zaman tu dah bermula berita banyak kedai dah kena tutup, isu ekonomi tapi belum lagi masa pandemik ni bermula.

Saya tak tahu apa career saya pada masa depan walau masa tu ada je kerja tapi saya tak tau apa saya nak jadi kalau ditanya, “5 tahun awak nak jadi apa?”.

Selalu rasa down, bila tengok kejayaan orang lain terutamanya yang lebih muda masa tu.

Mentally and spiritually exhausted.

Kalau nak cakap tentang logic solution, kita tahu semua teori yang power, “macam mana nak berjaya, macam mana jana 5 angka setiap bulan” etc tapi kadang kita tak mampu nak fight our own demon.

Kalau cakap tentang big why, kita pasti ada big why. Kita ada parent, adik-beradik untuk disara, wife dan anak untuk diberi makan minum > jaga nafkah.

But deep inside us sometimes kita tak mampu nak control our laziness, control give up things to wake up.

“Aku ada big why, aku tau siapa aku perlu support, cari rezeki for tapi kenapa aku malas sangat?”

Bila nak cerita kat orang, tak semua orang boleh faham our current mental condition, physical condition, our past things yang buat kita jadi sebegitu teruk malasnya.

“Dengan siapa aku patut cerita tentang ni?”

Tiada seorang pun wajah yang muncul dalam fikiran.

Bila hari mendatang, kadang kita tahu apa kita patut buat pagi tu untuk tabiat yang positif tapi kita tetap sia-siakan masa.

Bila malam hari, kita selalu ada perasaan menyesal sebab patutnya kita buat benda ni pagi tadi.

Ada juga rasa kita ni tak patut buat seperti tugasan tu kena siapkan cepat kerana libatkan orang lain tapi kita tetap tak buat sebab “fighting our own demon”, mungkin sejenis nafsu. Saya pun tak pasti.

Jadi antara perkara yang saya buat adalah talk to Allah atau term saya dulu, Bertanya Allah Dahulu (B.A.D).

Saya tengok rak buku, walau banyak buku pasal habit situ, saya takde rasa nak pick up one.

Jadi lepas solat, saya ambil Al Quran, minta pada Allah supaya berikan sesuatu. Saya tak tahu apa itu sesuatu. Allah lebih tahu.

Bila buka, ini page yang terbuka – Surah Yusuf, 87 – 95.

Bila go through page tu, ini refleksi yang saya dapat untuk diri saya bagaimana nak selesaikan kemalasan yang tiada sebab, yang teruk sampai kadang rasa nak berputus asa nak improve.

 

(Disclaimer: Ini bukan maksud sebenar ayat Al Quran ini diturunkan, saya hanya share refleksi (fikiran dan perasaan) yang saya dapat bila membaca ayat ini. Anda boleh rujuk orang yang lebih pakar untuk memahami maksud sebenar ayat ini)

 

1. “Jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmati Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.” – Surah Yusuf, 87

Kita patut rasa berbahagia sebab kita ada Allah. #AllahOurOnlyHOPE

Berfikir tentang Allah ni selalu buat saya rasa tenang. Walau masa tu ada je masalah dan cabaran tapi berfikir tentang Allah yang ada so unlimited power, bantu buat saya rasa tenang.

Ada quote ni kata,

“Dont depends on other even your own shadow leaves you in the dark.”

Bayangkan, sedangkan bayang-bayang kita pun akan tinggalkan kita bila gelap, apatah lagi something not permanent bila kita attach dengan manusia (ibu, ayah, partner, soulmate, anak, BFF etc).

Jadi apa-apa pun ingatlah Allah dulu berbanding bila dah buntu baru cari Allah.

Allah itu sentiasa ada, cuma kita yang tak selalu adakan Dia dalam hidup. Kita tak selalu jadikan Allah tu sebahagian daripada hidup kita.

Jadi, sentiasalah adakan Allah dalam hidup kita.

Kata seseorang, “bila kita bergantung kepada makhluk, Allah akan uji.”

Jadi pasakkan hanya Allah our only Hope.

Jangan bertanya kepada otak yang terbatas, bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tidak bertepi dan terbatas.

 

2. “Wahai Al Aziz, kami dan keluarga telah ditimpa kesengsaraan … maka penuhilah bantuan (gandum) untuk kami, dan bersedekahlah kepada kami. Sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersedekah.” – Surah Yusuf, 88

Kita juga boleh meminta kepada Allah untuk selesaikan masalah kita dengan asbab amalan baik. Contohnya, kita sedekah, dalam masa yang sama kita berhajat supaya diberi bantuan.

Masa beri sedekah niat dalam hati, “ya Allah, Kau tau isu kewangan yang aku sedang hadapi sekarang. Aku ada anak, isteri, aku mohon bantulah aku. Berikan aku jalan keluar.” > sedekah. Tawakal dan usahakan yang kita mampu.

Saya suka petikan daripada buku Goji Bundy,

“Pesanan aku buat yang putus cinta, cari ketenangan dan biar ketenangan itu hadir pada diri.

Waktu kita kusut/serabut/kecewa/etc, kita mohon daripada Dia pertolongan, bersimpuh berdoa, tapi perasan atau tidak, yang pertama sampai itu bukan jalan penyelesaian tapi ketenangan.

So kalau kita tak cuba bertenang atau biar ketenangan itu hadir, sampai ke sudah tak jumpa jalan penyelesaian.”

Bila kita bercerita dengan Allah, mungkin lepas tu kita tak terus dapat jalan keluar tapi pertama Allah beri dahulu ketenangan dalam hati kita.

Lepas dah tenang tu, insya-Allah akan dapat ilham untuk selesaikan masalah tu.

 

3. “Sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurniaan-Nya kepada kami.” – Surah Yusuf, 90

Setiap hari Allah sentiasa memberikan kita nikmat. Sepatutnya kita malu bila masih berbuat dosa dan maksiat di saat Allah sentiasa memberi nikmat kepada kita.

+ Oksigen sentiasa cukup

+ Makan minum terjaga walau tak sempurna atau terlebih mungkin

+ Ada tempat berteduh, ada rumah yang cukup barang keperluan

+ Ada gajet, handphone untuk berhubung dan menguruskan hal kerja demi mencari rezeki

+ Ada kenderaan untuk ke sana sini

Dan macam-macam lagi.

Walau memang kalau ikut logik sebenarnya banyak perkara yang kita patut untuk mensyukuri dan jadi sebenar-benar hamba kepada Allah, tapi sebagai manusia kita terlalu banyak lemah dan dosanya.

Maka bila saya baca,

“Sesungguhnya barangsiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya, Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang melakukan kebaikan.” – Surah Yusuf, 90

Seolah-olah dialog yang keluar, “Tak apa kalau kau tak mampu nak buat SEMUA perkara yang patut kau buat sebagai hamba. Asalkan ada. Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Tak apa kalau hanya 3 / 24 jam yang kau ada, itu sahajalah waktu kau buat baik, tak mengapa. Sebab Allah takkan sia-siakan usaha yang kau cuba untuk berbuat baik tu.”

Ia memberi harapan kepada saya, buatlah yang paling sedikit kalau itu yang kita mampu. Namun jika mampu buat lebih, buatlah. Yang pasti buatlah yang terbaik yang kita mampu buat.

Kalau tak dapat banyak, sedikit pun jadilah. Bersabar dan teruskan buat. Tawakal untuk hasilnya.

Contoh baru nak berubah jaga solat. Solat semua bagus dah, cuma kadang Subuh gajah, Maghrib tu selalu hampir nak Isyak baru solat supaya boleh terus solat Isyak awal waktu.

Namun bila ada masa, dah terdengar solat Maghrib dan datang perasaan nak solat awal waktu, solatlah terus. Semampu dengan usaha terbaik yang kita boleh buat terutamanya bila sedang fighting with our own demon, nafsu dan sifat malas sendiri.

 

4. “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa).” – Surah Yusuf, 91

Boleh jadi juga sifat malas dan bertangguh yang kita ada adalah kerana dosa dan maksiat yang kita ada sekarang. Setiap kali kita buat dosa, tercalit tompok hitam dalam hati.

Dalam masa 24 jam, tercalit berpuluh, beratus dosa tanpa sedar. Bayangkan bila darab dengan 365 hari, entah berapa banyak agaknya tompok hitam yang ada dalam hati kita sekarang.

Dulu selalu mengaji, jadi malas mengaji.

Dulu lepas solat, berdoanya 5 minit. Sekarang kurang 1 minit.

Dulu sebelum solat, dah mula ambil wuduk. Sekarang sebelum waktu solat seterusnya baru nak solat.

Dulu Jumaat, terlebih selawatnya. Sekarang paling minima. Kadang tiada langsung.

“…mudah-mudahan Allah mengampuni kamu. Dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang.” – Surah Yusuf, 92

Jadi sentiasalah kita minta ampun daripada Allah. Minta Allah ampunkan dosa-dosa kita yang dulu, dosa kita yang akan datang. Minta Allah bersih dan sucikan hati kita supaya lebih “ringan” beribadah dan mengingati-Nya.

Mudah-mudahan asbab hati kita telah semakin bersih, kita jadi lebih ingat pada-Nya dan mudah untuk kita selalu buat perkara-perkara yang baik yang Allah redha dan suka.

Dengan izin Allah, ia berlaku.

Begitulah.

Kita semua ada perjuangan dalaman sendiri. Beri masa kepada diri sendiri. Jangan kejam. Fokus buat apa yang Allah suka, insya-Allah tenang hati dan lega.

Macam kisah video IG yang saya tengok tu, walau setiap hari dia rasa give up tapi dia sentiasa cuba untuk bangkit setiap hari.

Saya tak kata mudah. Susah tapi boleh.

#AllahOurOnlyHOPE

“Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah”


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
5
love
omg omg
0
omg
cry cry
2
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan karya Nota GembiraKlik Sini Untuk Info
+ +