“Saya Hanya Ada RM8,000 Sahaja Untuk Menikah Masa Pinang Misz Nina.” – Noh Hujan

2 min


Dunia seni terlihat mewah dan popular. Namun hanya ahlinya sahaja yang tahu kisah sebenar di sebalik tabir. Kita mungkin sangka semua artis, kaya, hidup senang.

Hakikatnya ada sekelompok terlihat paling popular, bestselling artist (selalu dapat job), ada pun yang sedang diuji kehidupannya.

Antaranya tentang kisah Uji Rashid yang digesa keluar rumah sewa kerana sudah lama tangguh bayaran sewa.

Kali ini Che Happy nak kongsikan kisah artis popular yang juga pernah lalui tempoh sulit dalam kehidupan ketika ingin menikah namun dicukupkan Allah, dipermudahkan Allah untuk menikah.

Pasangan yang saya maksudkan adalah Noh Hujan dan Misz Nina. Kita sedia maklum 2 individu ini bukan calang-calang namanya. Sangat terkenal.

Sama ada di dalam dan luar negara. Namun ia bukan tiket untuk lepas daripada ujian kehidupan.

Noh Hujan berkongsi bagaimana dengan duit yang terhad, akhirnya dia dapat berkahwin dengan Misz Nina yang merupakan anak kepada orang hebat.

Misz Nina Terima Lamaran Noh Hujan Walau Masa Tu Noh Hanya Ada RM8,000 Untuk Menikah

Noh Hujan dalam satu slot motivasi :

“Saya tak berpeluang belajar di IPTA. Tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian. Rezeki ikut musim.

Ada permintaan, ada duit. Ada hari,hanya makan nasik lemak pagi. Tengahari dan malam “berpuasa”.

Pernah pinangan ditolak sebab takde duit. Kemudian niat dalam hati, “Ya Allah aku tak kutip harta yang haram.

Aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal. Aku tidak buat benda-benda haram. Mudahkanlah urusan aku.”

Kemudian Allah buka pintu rezeki..masih merangkak.

Kemudian saya berjumpa Misz Nina. Saya pinang dia. Alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat.

Dalam poket hanya ada RM8,000 genap. Saya ulang, RM8,000 genap sahaja dalam akaun untuk menikah. Saya katakan pada Nina,

“Girl, if u want to marry me, I’m a nothing. I have nothing.

I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” dan Nina terima.

Sekarang alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah.

Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up, baju nya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.

Semuanya, LILLAHITA’ALAA.. so ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise Islam, do not let him go, marry him.

– Noh Hujan

Kredit: Azfar Mohd

 

Siapa yang datang mengangkat tangan, dan berdoa kepada Dia, pasti Dia takkan biarkan kita dengan tangan kosong. Cepat atau lambat itu terserah kepada Allah bila nak bagi.

Yang penting, kita mintalah hanya pada Dia.

Dengan kisah ini, Che Happy yakin dan percaya, insya-Allah ia akan memberikan nafas, semangat dan keyakinan baru kepada pasangan yang nak dan bakal menikah.

Yakin Allah akan cukup dan permudahkan dengan duit halal yang telah kita kumpulkan untuk menghalalkan perhubungan.

Mungkin anda rasa mustahil nak kahwin dengan kos RM8,000 di waktu sekarang. Apatah lagi kalau ada impian bernikah dengan somebody.

Namun, jadikanlah kisah ini sebagai kisah inspirasi untuk kita:

+ Berdoa dan berharap hanya kepada Allah

+ Minta Allah bagi permudah urusan niat kita untuk menikah

+ Minta Allah bukakan pintu rezeki supaya perjalanan sebelum, semasa dan setelah menikah pun dipermudah

Asbab niat Noh Hujan dari awal menikahi Misz Nina kerana Allah, alhamdulillah sekarang Misz Nina sudah berhijab malah sudah sering terlihat dalam program dakwah.

Mustahil bagi manusia, mudah bagi Allah.

Walauapapun yang orang lain buat, sentiasa bersederhana dalam berkata-kata.

Mungkin hari ini kita tengok orang tu buat maksiat, buat dosa, tak tutup aurat, namun boleh jadi di akhir usianya, dia meninggal dalam keadaan husnul khatimah.

Masa tu kehidupan dia (sehingga meninggal dunia)jauh lebih baik daripada kita. #janganmembawang #janganmengata hoho

 


What's Your Reaction?

cute cute
1
cute
lol lol
1
lol
angry angry
1
angry
love love
19
love
omg omg
1
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: