Dengan Izin Allah, 2 Amalan Ini Bantu Suami Isteri Jemput RM27,000 Ke Dalam Bank Dalam Masa 48 Jam

2 min


Suatu ketika dulu saya pernah buat event di Facebook iaitu Kempen ____(A)__ 1000x. Penyertaan adalah percuma. Buat di tempat masing-masing.

Ia hanya sebuah event yang saya buat untuk inspirasikan orang lain untuk sentiasa ber___(A)___. Pada akhir entri ini anda akan tahu apakah 2 amalan itu.

Baca sampai habis. (AMARAN: Jangan skip!)

 

Ini testimoni beliau:

Nak share dengan adik tentang ___(A)___ 1000x.

Waktu saya tengah dalam kesusahan sebab dapat telefon daripada anak yang ambil medic di universiti di Mesir. Anak saya ditawarkan pinjaman JPA tapi duitnya belum masuk lagi.

Universiti tak benarkan pelajar yang belum bayar yuran pengajian untuk ambil peperikan akhir tahun. Anak saya beritahu pada hari Ahad dan dia akan exam pada hari Isnin.

Saya kena sediakan RM27,000 urgent pada hari yang sama. Duit di bank adalah tapi cuma ada beberapa ribu sahaja.

Suami tebalkan muka jumpa kawan dan telefon adik-beradik yang ada duit tapi yang seorang rakan baru saja beli tanah. Akak suami pula baru saja bayar bank RM30,000 sebab anaknya nak kena lelong dengan bank.

Tiada ikhtiar lain. Saya ambil wuduk dan solat ____(B)____  dan teruskan membaca ____ (A)____  1000x sebab teringat apa yang dipesan adik Insyirah.

Alhamdulillah. Keajaiban berlaku. Tiba-tiba terlintas seorang hamba Allah yang mungkin boleh bantu. Saya mesej dia dan dia tanya nak berapa RM? Esoknya pagi-pagi dia masukkan RM27,000 terus ke akaun.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana menggerakkan hati untuk menolong. Hanya Allah juga yang membalasnya.

Segalanya dengan izin Allah. Begitulah keajaiban menyandarkan pertolongan kepada Allah dengan amalan A dan B.

Kadang-kadang kita ni, bila jumpa jalan buntuk guna jalan logik akal, baru kita mencari jalan Allah. Baru kita datang kepada Allah.

Mengapa tidak kita teruskan kepada minta Allah dahulu, meminta pertolongan daripada Allah dulu sebelum yang lainnya? Kan senang.

Bagai masuk kereta, terus pasang Waze > ikut jalan yang Waze tunjuk > insya-Allah sampai. Berbanding masuk kereta.

Tak tengok Waze, memandai-mandai jalan sendiri, akhirnya sesat. Buang masa banyak dan tak sampai. Kalau sampai alhamdulillah.

 

Apakah amalan A dan B?

A – Istighfar 1000x

B – Solat Hajat

 

Apa yang dikongsikan baru 5% daripada eBook 2 Amalan Jemput Rezeki RM27,000 Ke Bank daripada 55 mukasurat. Baca FULL VERSION eBook ini dengan dapatkan di sini — 2 Amalan Jemput Rezeki RM27,000 Ke Bank

 

Penafian: Tiada jaminan apabila anda buat dan praktikkan apa yang dikongsi dalam entri ini dan eBook akan buat anda dapat jumlah yang sama dalam durasi yang sama. Entri dan eBook hanya perkongsian penulis berdasarkan pengalaman pembaca dan pengamal Istighfar 1000x


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
1
angry
love love
12
love
omg omg
0
omg
cry cry
2
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *