Kenapa Ramai Orang Makin Tertekan Bila Banyak Hutang? Sebab Dan Cara Atasinya..

3 min


Keperluan asas manusia – makanan, minuman, tempat tinggal, kenderaan, pakaian.

Ramai orang bergelumang dengan hutang, sebab kos gaya hidup.

Dah ada keperluan yang cukup, ada kehendak lagi yang melebihi kemampuan. Akhirnya belanja berlebihan.

Anak orang lain ada gajet canggih, nak ikut juga – beli installment > bagi anak main. Sedangkan tahu akibat negatif anak selalu main gajet.

Bila bergelumang dengan hutang, stress. Kereta kena tarik. Duit tak cukup dll… salahkan Tuhan.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

– Surah Asy Syura, 30

Buang punca, asbab akan hilang.

Jika bukan kita yang buat hutang tu, kita takkan ada isu hutang disebabkan kehendak yang berlebihan.

Hidup senang, hati tenang.

Melainkan kita jadikan hutang tu sesuatu yang akan beri kita keuntungan berganda macam G20 selalu buat – use Other People Money (OPM).

 

Mereka buat hutang bukan semata untuk beli kehendak tapi tambah kekayaan yang ada. Hati makin happy.

G80 buat hutang untuk kepuasan sementara dan tambah beban kehidupan. Hati makin tertekan.

Prevent is better than cure.

Yet orang akan lebih ambil pengajaran bila dah pernah buat kesalahan, jatuh terduduk. Ingat sampai bila-bila.

Pengalaman adalah guru yang keras tapi sangat berkesan membuat manusia belajar daripadanya.

Pengurusan kewangan dan pengurusan nak kembangkan aset kena ada ilmu. Pergi belajar. Cari mentor. Jangan ikut orang.

Impak ikut orang, nanti installment pun tak mampu nak bayar. Orang lain buat duit, anda terduduk nak kena fikir macam mana nak bayar installment setiap bulan.

 

Macam XXX, kalau pergi jumpa ejen cepat je dia nak suruh anda sign up. Dia dapat komisyen.

Dia tak kisah dan tak bother pun camne anda akan lunaskan installment setiap bulan asalkan dia tahu – orang tu dah sign up > dia dapat komisyen.

Bila nak terminate, ejen pun tak layan. Whatsapp, call tak balas sebab kalau anda berhenti, terhentilah komisyen mereka.

Pengurusan kewangan dan pengurusan nak kembangkan aset kena ada ilmu. Pergi belajar. Cari mentor. Jangan ikut orang.

Kena belajar say NO pada perkara yang tak perlu.

 

Ada salah seorang mentor kewangan saya dia buat strategi DIE-DIE.

Kalau pergi makan dengan keluarga pun, 1 telur dadar kongsi 7 orang. Minum air suam je semua. Jika anak dia nak air sedap, tak boleh makan.

Its either:
1. Minum air sedap, tak boleh makan sedap
2. Minum air suam, boleh makan sedap

Itu cara dia didik anak dia supaya belajar bukan senang nak dapat duit. Yet how much aset yang dia ada?

Walau nampak kedekut teruk, dia dah ada saving, simpanan gold bar untuk anak dia. Dia dah mula buat pelaburan untuk anak dia.

Hutang dia mula selesai 1 per 1. Alhamdulillah. Selepas 3 tahun buat strategi tu, baru dia akan upgrade kereta mewah macam Mercedes. Tapi itu pun katanya dia hanya beli 2nd hand.

Takde cara yang betul atau salah. Dia ada sebab untuk buat macam tu. Jadi jangan ikut orang. Make sure you know what and why you do it.

 

Saya sendiri pun selalu kongsi 1 bungkus nasi dengan kawan. Kami bahagi 2.

Kalau rasa haus sangat, baru order 1 minuman. Itu pun kongsi juga. Selagi rasa haus biasa-biasa, tunggu balik rumah > baru minum air.

Tak cukup? Not sure tapi takat ni kami buat, alhamdulillah walau nasi tak banyak pun kami rasa kenyang. Mungkin berkat sharing ke wallahu alam.

Kami ada kefahaman kewangan yang sama frekuensi jadi sebab tu tak kisah kongsi, bahagi 2. Kami ada target kewangan yang kami nak capai.

Sekarang ni kalau makan minum ke mostly kongsi. Sebab bila makan 1 bungkus nasi, rasa senak perut. Rasa penuh. Lifestyle kami jenis makan sedikit tapi banyak kali.

Alhamdulillah, jika dapat pasangan yang sama alignment tentang pengurusan kewangan. Jimat duit, lebih banyak simpanan dan perkembangan aset dapat dibina.

 

Oleh sebab itu, bila belajar pengurusan kewangan, anda dah berkahwin ajak suami / isteri belajar sama.

Biar sama-sama terbuka minda dan bertindak ke arah kebebasan kewangan, untuk tambah kekayaan sedia ada.

Kalau dia tak nak berubah, anda berubah dulu nanti bila mereka nampak hasil pasti akan terikut.

Untuk tergolong dalam G20, anda kena TINGGALKAN lifestyle G80.

Ketahui rahsia bangkitkan potensi “MONEY MAGNET” untuk menarik keberlimpahan rezeki, kekayaan emas dan duit dengan sangat mudah dan cepat!

Klik sini untuk belajar sekarang


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
1
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link