Kenapa Anda Patut Bangun Awal Pada Jam 4.30 Pagi Setiap Hari?

6 min


Dalam satu temuramah bersama Jocko Willink, bekas USA Navy SEAL, wartawan tu tanya kenapa Jocko masih bangun seawal 4.30 pagi setiap hari.

Che Happy ringkaskan perbualan tu… dan modify dengan ayat sendiri.

 

Kenapa kita kena bangun seawal 4.30 pagi adalah kerana masa itu takde orang yang dah bangun. Ia memberi kita peluang untuk buat apa yang perlu disiapkan untuk diri kita. Antaranya workout.

Kan best bila pukul 4.30 pagi kita dah bangun dan pada pukul 7 pagi, kita dah siap workout, kita dah siapkan beberapa kerja yang kita kena siapkan dan kita ada masa nak spend time dengan anak-anak sebelum mereka pergi sekolah.

 

Ia lebih baik daripada masa pukul 6.45 pagi kita baru nak bangun, lepas tu dah kena siapkan anak untuk hantar pergi sekolah.

Macam kita tak bersedia untuk hari itu. Ia akan buat kita rasa tak best.

Jika kita jenis berazam nak workout tapi rasa takde masa, atau perlukan alternatif sesuatu yang hanya ambil masa yang singkat… sebenarnya workout tak perlu lama.

Anda boleh gunakan apps seperti 7 Minute Workout yang akan bantu anda workout maksimum selama 7 minit sahaja.

Che Happy pernah buat. Walau hanya 7 minit, berpeluh jugalah 1 badan – head to toe. Ini akan gunakan keseluruhan tubuh. Bagi wanita, anda boleh muatturun Workout For Women. Kalau nak sekejap 7 minit sehingga 20 minit.

Nak lebih lama boleh ulang-ulang set senaman yang disediakan dalam apps. Percuma je.

 

Jika anda jenis kerja shift dan tak dapat commit untuk bangun pukul 4.30 pagi, atau tak nak bangun jam 4.30 pagi, tak perlu pasak. Hanya amalkan gaya hidup yang sihat.

Dapatkan tidur yang cukup. Yang penting, cuba bangun pada waktu yang sama setiap hari.

Pilih je satu masa dan bangun pada waktu itu setiap hari. Itu yang terbaik. Kalau 4.30 tak boleh, bangun pukul 6.30 pagi, 7 pagi. Jangan paksa untuk cuba ikut jadual hidup orang lain. Have your own wake up habit kerana anda lebih kenal diri sendiri.

Yang penting, Jocko sarankan tidur awal. Lagi awal kita tidur, lagi bagus untuk tubuh.

“Jika anda nak ada kebebasan dalam hidup, anda perlu lebih berdisiplin. Jika takde disiplin, anda akan berakhir dengan takde kebebasan.” – Jocko Willink, US Navy SEAL

Anda akan jadi hamba kepada orang lain. Semua perkara tu akan terjadi bila anda takde disiplin dalam hidup. Bila anda semakin berdisiplin pada banyak perkara, lebih banyak kebebasan yang anda akan dapat.

 

Mulakan Hari Dengan Tabiat Kemaskan Tempat Tidur

William McRaven, US Navy Admiral berkata,

“If you wanna change the world, start off by making your bed.”

Jika anda nak ubah dunia, anda kena mulakan daripada tempat tidur.

Bila kita mengemas tempat tidur, maksudnya kita telah berjaya siapkan 1 task kecil yang pertama sekali kena buat selepas bangun tidur = 1 small goal unlocked.

Anda akan rasa berpuas hati dengan diri sendiri dan itu akan galakkan anda siapkan task yang lain.

 

Tanpa sedar, daripada 1 task kecil yang berjaya disiapkan pagi itu, buat anda berjaya siapkan lebih banyak task.

Snowball effect: Task-task kecil yang berjaya disiapkan akan menghasilkan task besar yang telah berjaya disiapkan.

Mengemas tempat tidur ni menunjukkan betapa pentingnya perkara kecil dalam hidup kita.

Bila kita dapat siapkan task kecil, kita juga akan dapat siapkan task besar dengan jayanya. Kalau task kecil pun kita tak dapat buat, kita takkan dapat accomplish task yang besar.

Jika satu hari tu kita balik dalam keadaan bad mood sebab ada benda tak best berlaku, pasti kita akan kembali ke tempat tidur kita.

Kalau masa tu tempat tidur kita kemas, setidak-tidaknya kita rasa good mood tentang itu. Berbanding bila kita balik, tempat tidur bersepah, selimut tak lipat, bantal entah ke mana. Perasaan akan jadi lebih serabut dan rasa tak best.

 

 

Kenapa orang susah nak bangun pagi?

Kata Dr. Joe Dispenza, the neuroscience specialist,
“Anda susah bangun pagi sebab anda dah jangka apa yang akan berlaku dalam hidup anda.

Contohnya, hari ni hari Isnin, “Kerja lagi. Malasnya nak pergi kerja. Boring,”

Tapi perasankah anda ketika anda masih kecil, anda excited bila nak pergi mana-mana. Ibu bapa belum bersiap, anda dah bersiap. Sanggup bangun awal sebab tak sabar nak pergi trip.

Anda tak tahu apa yang akan berlaku. Itulah sepatutnya yang kita buat dalam hidup kita.”

 

Kita kena bangun pagi dengan excitement. Kita happy dengan hari yang akan datang. Kita happy dengan hari ini, kita happy dengan masa kini.

Ada satu masa saya terbaca satu quote,
“There is no monday blues. It just your job ****.”

Sebenarnya tidak ada istilah Monday Blues. Katakan anda mula bekerja hari Ahad, jika anda tak suka dengan kerja tu pasti anda akan tukar, “Sunday Blues.”

Nampak macam tak kena kan? Namun apa yang saya nak tekankan adalah its how your feeling towards your job.

Ada orang dia suka dengan kerja dia. Jadi there is no such things as “Monday Blues”. Dia bahagia bila buat kerja.

 

Jadi macam mana nak buat hari kita adalah setiap hari yang penuh dengan kejutan dan buat kita excited untuk hidup?

Jawapannya: Kita kena berusaha untuk jadikan hari kita adalah hari yang best, indah untuk kita. Kehidupan adalah tentang pilihan jadi pilih apa yang terbaik untuk diri anda.

Kita boleh jadi optimis dengan anggap hari ini hari yang paling bahagia, hari yang paling bertuah.

Optimis ni bersangka baik dan positif. Contoh anda dah buat plan A, rasa macam boleh pergi jauh. Jualan boleh cecah 6 angka.

Sayangnya, bila dah all out untuk plan tu, di pertengahan jalan, 5 angka pun susah nak capai.

Sebenarnya kita juga kena jadi realistik bila apa yang kita harap tak jadi seperti yang kita nak.

Kalau plan A tak jadi kita masih ada lagi 25 huruf yang tak digunakan: Plan B, C, D dan seterusnya.

 

Apa Yang Jadi Kepada Diri Anda Bila Anda Suka Snooze Alarm?

Mel Robbins menerangkan apa yang terjadi kepada diri anda bila anda suka snooze alarm mengikut kajian dan sains.

Bagaimana kita bangun pagi sangat berkait dengan kebahagiaan, produktiviti, kemampuan untuk kawal diri sendiri, cara berfikir dan mood sepanjang hari tu.

Dia menenerangkan sains tentang tidur, cara anda berfikir dan bagaimana anda bangun pagi untuk bina diri yang berfikiran positif, sangat bagus untuk kawal diri sendiri , mood dan produktiviti yang paling positif yang anda patut dapat.

 

Ini mengingatkan saya dengan kisah guru saya bagaimana dia nak elakkan diri dia supaya snooze alarm adalah dengan dia akan letak telefon atau alarm dia dekat bilik sebelah.

Jadi bila alarm tu berbunyi, nak tak nak dia terpaksa bangun > pergi ke bilik sebelah dan tutup alarm tu. Alarm dia jenis bising dan bunyi dia kuat.

Dalam perjuangan mengubah tabiat, kita memang akan TERPAKSA buat perkara seperti itu.

Mood otak memang dia suka buat apa yang dah biasa dia buat supaya ia tak memerlukan energi yang banyak untuk buat – ini yang saya pelajari daripada speaker TED yang dah buat kajian tentang bagaimana otak bekerja.

Jadi sebab itu kita kena ubah routine kita untuk mengubah tabiat kita.

 

Ada 3 perkara asas untuk ubah tabiat: Reminder, Routine dan Reward.

Tony Robbins berkata,

“Use the same reminder but different routine to break your bad habit.”

Jika sebelum ini bila anda rasa boring, anda akan buka Facebook, Instagram atau apa juga media sosial selama berjam-jam, tukar routine kepada membaca selama minimum 30 minit.

 

Kata Mel Robbins lagi, anda perlu buat handphone tu jauh daripada anda supaya anda tak snooze alarm kemudian baca update di media social yang akan buat anda rasa tertekan dan gementara.

Bila kita snooze alarm, ia akan memberi impak kepada otak kita dan bagaimana ia berfungsi.

Perasan kan bila kita suka snooze alarm, expect bangun lagi 10-15 minit, bila bangun kita rasa longlai, tak semangat. Rasa layu dan malas je nak bangun terutamanya bila kena bangun awal pergi kerja.

Apa yang terjadi kepada otak masa tu adalah bila kita snooze alarm, ia akan buat otak kita berada dalam kitaran tidur selama 75-90 minit.

Kalau masa tu cuti… mungkin rancang bangun awal, tapi sebab kita tahu kita sedang bercuti jadi bila alarm tu berbunyi, kita tekan snooze > tidur balik (lalui kitaran tidur 75-90 minit) > tekan snooze lagi > lalui lagi kitaran tidur.

Bila nak bangun pun masih rasa malas, tak semangat, cepat penat selepas beberapa kitaran tidur.

 

Apa yang terjadi kepada orang yang bangun sebelum alarm dia berbunyi, minda dia akan berada dalam state “bersedia untuk bangun”. Jadi dia akan rasa refresh, best, semangat.

Dia lebih bersedia untuk melalui hari tu dengan cara berfikir yang positif dan energetik.

Orang yang selalu tekan snooze alarm, dan expect akan bangun lagi 10-15 minit akan tenggelam dalam kondisi “kitaran tidur” – rasa ngantuk, tak semangat, cepat penat yang akan hilang hanya selepas 75-90 minit!

Dalam sains, term perubatan dipanggil Sleep Inertia – snooze alarm > expect bangun 10-15 minit, yang akan menyebabkan mode otak anda berada dalam “kitaran tidur”.

Tu sebab orang yang tidur daripada 12 tengah malam, tidur lepas Subuh sampai kadang-kadang Asar baru bangun, mereka biasanya bukan jadi makin cergas tapi jadi makin lemah dan longlai.

Harap dapat tidur yang cukup jadi terlebih sebab kondisi Sleep Inertia.

Anda memerlukan sekitar 4 jam untuk pastikan anda kembali cergas selepas bangun daripada tidur (yang bila anda tekan snooze alarm).

 

Apa Impak Sleep Inertia?

Kajian menunjukkan bila anda mengalami Sleep Inertia, ia akan memberi impak pada kelajuan anda proses data, kemampuan untuk fokus, dan kemampuan untuk anda berfikir secara strategik.

Macam mana nak atasi?

Cara tercepat yang berkesan untuk kejutkan diri anda daripada Sleep Inertia adalah dengan mandi air sejuk.

Jadi bila anda terpaksa bangun pagi tapi masih rasa dalam mood nak tidur, cara nak “kejutkan” diri anda supaya segera cergas adalah dengan mandi air sejuk.

Ia seolah-olah akan bantu “gegarkan” otak anda anda dan buat anda keluar daripada kondisi sleep inertia.

 

Baca lagi: Cara Sediakan Mandian Ais (no.6)

 

 

*****

Jika setiap hari anda ada extra 1 jam untuk upgrade diri anda, untuk capai impian anda… bermakna dalam masa 1 tahun, anda ada 365 jam untuk capai impian anda.

Apakah alasan anda untuk tak mencapainya?

Perkara ni takkan berlaku sekiranya anda bangun lambat. Jadi anda kena bangun lebih awal supaya ada masa untuk buat perkara yang mendekatkan anda dengan matlamat anda.


What's Your Reaction?

cute cute
2
cute
lol lol
2
lol
angry angry
0
angry
love love
22
love
omg omg
1
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link