Kejayaan Sebenar Bermula Dengan Solat

2 min


“Barangsiapa mendahulukan Allah daripada segalanya, maka Allah akan mendahulukannya.”

-Ibn Qayyim Al-Jauziyya-

Solat lima kali sehari adalah suatu ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah ke atas manusia sebagai sebagai tanda untuk kita sentiasa mengingati-Nya dan tidak melupai-Nya dalam setiap perkara.

Firman Allah bermaksud:

“Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”

(Surah Thahaa : 132)

Namun, apa yang dimaksudkan dengan kejayaan bermula dengan solat?

Allah menjelaskan,

 

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

(Surah Al-Mukminun : 1,2 & 9)

Untuk menjadi umat Islam yang berjaya, kita tidak boleh mengabaikan solat terutamanya solat-solat fardu.

Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang BERJAYA.

Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak.

Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.

Namun Allah berjanji siapa yang jaga solat, dia adalah orang yang berjaya – di dunia dan di akhirat.

Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia.

Kerana dengan solatlah memudahkan segala urusan dunia kita.

Sesungguhnya janji Allah itu PASTI! Bukan seperti janji manusia yang bisa dimungkiri.

Tetapi, ada pula sesetengah orang yang walau dia tidak solat, namun dia tetap dikurniakan kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah. Kenapa begitu?

Itulah istidraj.

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Nauzubillahiminzalik.

Walau kita dikurniakan rezeki yang banyak, namun Allah semakin jauh dari kita, adakah kita akan bahagia? Adakah itu kejayaan sebenar?

Walau kita berjaya, namun kita lupa yang memberi kejayaan itu adalah Allah S.W.T. Adakah itu juga kejayaan sebenar?

حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ

Marilah menunaikan solat.

Marilah menuju kejayaan.

Di dalam panggilan azan itu sendiri, sudah ada kalimat,

“Marilah tunaikan solat untuk sama-sama menuju kejayaan.”

Justeru, apa yang membuatkan kita merasa berat untuk melakukan solat? Untuk memperoleh kejayaan yang sudah dijanjikan?

Sama-sama kita pegang janji Allah dan tunaikan suruhan-Nya, utamakan Dia dalam segala perkara, in shaa Allah kejayaan pasti milik kita – di dunia dan di akhirat.

Aamiin.


What's Your Reaction?

cute cute
2
cute
lol lol
2
lol
angry angry
2
angry
love love
86
love
omg omg
12
omg
cry cry
28
cry

One Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Perkongsian yang bermafaat buat seseorang yang ingin mencari motivasi hidup. Semoga penulis mendapat keredhaan Allah s.w.t