Keberkatan Membaca Bismillah – Duit Mak Cik Ni Dijumpai

2 min


Che Happy ada seorang sahabat. Apa-apa je dia buat, mesti dia sebut Bismillah. Kadang-kadang bila makan, dah berapa kali pun sebut juga Bismillah huhu

Takde apa pun cuma macam kagum je sebab dia jarang lupa nak sebut Bismillah.

Lepas tu Che Happy usik la sket,

“Kau nak makan, buat apa-apa sebut Bismillah. Doa lepas makan kau baca?”

“Tula tu,” dia gelak je. hoho

Sebab kita ni ada masa memula je ingat Allah. Dah dapat apa yang kita nak, takde pun cakap Terima kasih, Syukur pada Allah.

Jadi Che Happy nasihatkan diri sendiri juga, sambil-sambil ingat baca Bismillah di awal perkara yang kita nak buat tu, ingat juga untuk ucap Alhamdulillah.

Ni pula Che Happy nak kongsi antara kisah keajaiban tentang orang yang selalu sebut Bismillah dalam apa sahaja yang dia nak buat.

 

Kisah Perempuan Tua Yang Selalu Sebut Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata,

“Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wan\g yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.”

Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
“Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.”

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya.

Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

 

So guys! Apa kata kita amalkan juga baca Bismillah dalam hidup kita. Kalau nak baca panjang, boleh baca doa panjang. Kalau pendek baca Bismillah pun okey.

Lepas dah siap buat sesuatu tu, sebutlah Alhamdulillah atau Terima kasih Allah ^_^ Contoh macam lepas kita makan ke, minum ke even lepas buang air besar.

Doa keluar tandas kan ada. Itu pun sebenarnya salah satu cara bersyukur.

Yela, ada orang sembelit berminggu-minggu tapi alhamdulillah kita lancar je.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
40
love
omg omg
3
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *