Keajaiban Surah Al Insyirah – Mahukah Kamu Urusan Hidup Yang Mudah?

2 min


Semua orang boleh jadi somebody yang mereka mahu. Ada syaratnya.

Mahukah kamu urusan hidup yang mudah?

Lazimilah baca surah Al Insyirah. Jadikan zikir di bibir. Insya-Allah setiap hari urusan kan dipermudah Allah.

“Jangan diminta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah. Jangan minta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan iman.” – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Hari ini, saya hanya tidur 12-2am. Sampai sekarang belum dapat tidur secukupnya melainkan tertidur sebentar dalam tren.

Ada task yang perlu disiapkan pagi ini juga.

Di sebalik menjadi seorang penulis adalah menjadi seorang pemikir yang hebat, perlu menjadi seorang yang genius, ideator yang dapat hasilkan pelbagai idea berlimpahruah yang berkualiti tinggi dengan segera.

Ada seorang guru berkata,

“Cuba kau tidur jam 10pm. Bangun jam 2am. Tengok apa jadi.”

Saya skeptikal.

“Mesti ngantuk.”

“Cubalah.”

“Baik.”

Memang ngantuk. Tetapi kejadian hari ni memberi saya pengajaran. #lessonlearnt

Saya tak pernah sangka saya mampu bertahan tidur 2 jam, sampai sekarang (7.50pm) masih mampu bertahan.

Kepala memang dalam proses pulih daripada ting tong sebab tak cukup tidur, tapi ceritanya alhamdulillah bertahan.

Masa siapkan task pun, alhamdulillah, di saat akhir dan memerlukan, semuanya dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan (diri sendiri tetapkan).

Apa petuanya?

 

#1 – Baca Surah Al Insyirah

Jadikan zikir di bibir. Disebabkan nama saya Insyirah maka seorang guru pesan – banyakkan baca surah Al Insyirah.

Sejak itu saya terkesan dengan ayatnya lalu saya jadikan zikir selain zikir seperti istighfar, selawat dll.

 

#2 – Sandarkan Diri Pada Tuhan

Sebenarnya #1 ni berbalik kepada #2 juga.

Cuma yang nombor #2 ini saya tekankan kepada – jangan bertanya kepada otak yang terbatas. Bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tidak bertepi dan terbatas.

Manusia hanya jadi berkuasa, luar biasa hebat apabila mengakui dirinya kosong dan yang satu, yang berkuasa itu hanya Allah SWT.

Yang ada hanya Allah.

Di saat kita mengakui diri kosong, ketika itulah pertolongan Allah akan tiba. Berbalik kepada kalimah La hawla wala quwwata illa billah.

Perasan kan kadang-kadang dah kunci jam pukul 4.30am. Nak bangun. Tapi ceritanya bila alarm bunyi, kita tutup dan tidur semula.

Adapun apabila disandarkan dengan Allah a.k.a #SWOTje, kita berdialog dengan Allah mohon dikejutkan, mohon dibangunkan – alhamdulillah bangun dengan mudah.

Saya pernah terbangun tanpa alarm. Itulah magika sentiasa Switch On dengan Tuhan ( #SWOTje )


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
2
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link