Keajaiban Gembirakan Ibu – Macbook Air Boleh Guna Dengan Baik Dan Lancar Walau Lebih Setahun Tak Servis

2 min


Sudah berapa tahun sejak beli Macbook Air 13″. Itulah Macbook pertama yang saya beli dan guna. Semuanya hasil titik peluh sendiri.

Itupun terpaksa beli baru kerana laptop sebelumnya sudah sampai ‘tempohnya’.

Alhamdulillah, Allah ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki) ya Ghaniy (Yang Maha Kaya) ya Mughniy (Yang Maha Memberi Kekayaan) kurniakan daya dan kemampuan untuk mendapatkannya.

Terima kasih Allah. Macbook itu saya beli secondhand di Mudah.my

Mungkin sudah rezeki, segalanya dipermudah daripada proses cari sehingga Cash On Delivery (COD). Tuan Macbook itu pun seorang yang sangat menjaga Macbooknya dengan baik.

Jadi kondisi Macbook ketika saya beli memang tip top 9/10. All is well. #alhamdulillah

 

Laptop Baru – Asus E202SA 11″

Setelah menggunakannya sekian lama, satu masa saya perlu mendapatkan laptop Windows. Lalu saya beli yang baru. Ia adalah laptop Asus E202SA 11″. #alhamdulillah

Specification laptop ini agak rendah yang membuatkan tak dapat install Adobe Photoshop yang saya kerap gunakan. Tapi tak mengapa, salah satu manfaatnya — mudah nak bawa ke mana-mana sebab ia kecil.

Bila saya dah ada laptop ni, saya beri ibu saya guna Macbook Air 13″ tu.

Al kisah sebelum saya beri ibu saya guna, HDD Macbook tu pernah rosak. Habis semua data. Tak sempat backup.

Masa tu saya buka Macbook, tak dapat nak guna. Adalah keluar error here and there. Pergi hantar kedai komputer untuk check.

Orang tu kata HDD rosak kena baiki. Daripada hanya perlu bayar RM100, masa tu saya kena lunaskan sekitar RM1000++ untuk baiki HDD sahaja.

Katanya kipas penuh dengan habuk buatkan HDD jadi panas sebab tak dapat pengaliran udara yang baik.

 

First Time Experience Bersihkan Kipas Macbook

Sampai masanya, saya kena tinggal dan kerja luar Negeri Sembilan. Masa tu dah ada laptop Asus E202SAjadi saya gunakan sahaja laptop tu

Bila teringatkan kisah HDD, rasanya status Macbook masa tu sudah lama tak servis ataupun bersihkan kipas. Agak cuak juga.

Pengalaman adalah guru yang keras dan paling berkesan dalam mengajar manusia daripada mengulangi kesilapan.

Namun ditawakalkan sahaja di bawah jagaan ibu walau ibu hanya gunakan ia untuk tonton drama Melayu.

Selama saya tinggal di luar N9, asyik delay sahaja untuk servis Macbook tu. Biasanya saya yang buatkan.

Delay punya delay, sudah lebih 6 bulan tak hantar servis. Yet, dalam pada itu ada juga saya sendiri buka Macbook tu untuk bersihkan kipas dengan bimbingan Cikgu Youtube hoho.

Saya beli alat yang diperlukan dan buka sendiri. Dapatlah keluarkan habuk setengah inci dua.

Alhamdulillah berjaya. Syukur semuanya berjalan lancar, Macbook pun boleh guna lepas saya buka Macbook tu.

Sedangkan cuak juga. Tak pernah buat, Macbook pula tu.

 

Ibu Gembira, Macbook Tahan Lebih Lama (Walau Dah Lebih 6 Bulan Tak Servis)

Bila teringat sudah lebih 6 bulan tak servis, saya baru teringat — its amazing! Sebab sebelumnya HDD rosak walau berapa bulan tak bersihkan kipas.

Tapi bila ibu pakai, alhamdulillah all is well. Ada juga saya tanya ibu — laptop tu okey ke?

Ibu cakap, okey. Saya lega #alhamdulillah. Satu perkara saya perasan bila saya bagi ibu saya guna Macbook Air, laptop canggih sedangkan saya laptop biasa je — perasaan happy tu jadi lain.

Mungkin juga sebab gembirakan ibu. Sebab saya terfikir, kalau saya bawa Macbook tu, ibu nak guna laptop apa.

Di rumah tiada PC ataupun laptop lain. Macbook tu juga akak saya perlukan untuk buat kerja. Itu antara sebab mengapa saya beralah bagi ibu pakai. Akak pun tumpang pakai.

“Rasulullah SAW pesan orang yang paling berhak kita berbakti kepadanya adalah ibu sebanyak 3x. Kemudian baru ayah.”

Buatlah baik kepada ibu ayah. Insya-Allah ada keberkatan dan kebahagiaannya.


What's Your Reaction?

cute cute
5
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
21
love
omg omg
1
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *