Kaya Lepas Kahwin – Gadis Ini Berkongsi Amalan Menjemput Rezeki Bersama Pasangan Yang Mengubah Hidupnya!

2 min


Allah janji siapa yang bernikah, Dia akan beri kekayaan.

Hari ni genap dua bulan jadi bini orang dan dalam dua bulan ni, saya dapat banyak sangat rezeki yang tak diduga hadir satu persatu.

Terima kasih ya Allah.

Bersyukurlah walaupun sekecil-kecil nikmat, jangan miskin dengan “rasa cukup”

Sebelum kahwin saya ada buat side income jadi ejen, tapi sebab busy nak kahwin, makin lama makin tinggal, tak sempat nak buat.

Tapi, bila dah kahwin, tetiba ada je sales masuk tiba-tiba.

Ada customer lama repeat, customer rekemen kawan, shopee yang selalunya sendu masuk order, page FB yang dah dua bulan tak update pun boleh ada lagi ramai yang tanya pasal produk saya jual.

Alhamdulillah, sales masuk mudah sangat, sama juga dengan suami.

Suami buat bisnes sendiri, dan lately suami selalu dapat sales yang tak diduga.

Tiba-tiba check akaun, ada payment masuk.

Janji Allah itu pasti, sangat hebat. Siapa yang tak bernikah lagi, samada korang dah ada pasangan atau belum, cepat2 kahwin okay?

 

Risau Tak Cukup Duit Nak Kahwin

Dulu saya pun risau duit tak cukup nak kahwin, tapi saya silap, saya pertikaikan yang Maha Kaya.

Bulan Mac 2018 saya main booked je tarikh kahwin dengan dewan, dengan masa tu baru nak mula buat saving kahwin, padahal ada masa 7 bulan je lagi!

Dalam hati rasa boleh ke nak kumpul ni, sempat ke? Sempat, yakin je Allah nak bagi, pasti ada jalan Allah tunjuk.

Amalan Menjemput Rezeki Bersama Pasangan

Dan untuk yang dah berkahwin, apa yang saya praktikkan dengan suami:

Setiap pagi sebelum keluar rumah, peluklah suami/isteri, sambil peluk, doalah

“Ya Allah ampunkan dosa suami/isteriku, berikan dia rezeki yang tidak diduga, yang melimpah ruah, rezeki yang akan buat dia lebih dekat dengan Kau ya Alllah.

Tingkatkan produktiviti kerja isteri/suamiku ya Allah, mudahkan urusan dia, lindungi dia ya Allah, tambahkanlah rasa kasih sayang diantara kami hanya kerana Engkau.”

Dan doa ni subjektif, ubahlah ikut keadaan korang yer. Bila dah doa, cakap terima kasih sama-sama.

Sebelum kami gerak bekerja, dalam kereta, kami akan sama-sama baca:

  • Bismillah
  • Selawat
  • Tasbih
  • Baca ayat kursi
  • Baca Bismillahi Tawakkaltu ‘Alallah, Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah

 

Dan setiap malam, waktu baca doa tidur, korang baca sekali ayat kursi, selawat, lepas tu paling penting mintak maaf dengan suami/isteri kalau ada buat salah.

Dan masa tu jugak, maafkan semua orang, cakap kat suami/isteri, “saya maafkan awak” walaupun korang tak rasa pasangan korang ada buat salah.

Dan sebelum tidur tu cakaplah dengan suami “jadi suami/isteri yang soleh/solehah yer, sayang awak”.

Kalau ada masa solat sama-sama, jangan solat jemaah, rajin pergi majlis ilmu sama-sama, buat kerja rumah sama-sama, okay?

– kiriman sahabat ^_^

 

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah An Nuur: 32)


What's Your Reaction?

cute cute
5
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
12
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *