“Kau Tak Faham! Kau Tak Rasa Apa Yang Aku Rasa..”

2 min


Lain orang lain nikmatnya.

Lain orang lain ujiannya.

Lain orang lain sisi kehidupannya.

Seringkali kita merasa hidup ini tidak adil.

Orang lain hidupnya gembira, senang dan berjaya.

Tapi, diri sendiri begitu susah untuk menuju ke puncak kejayaan.

Jangan dibanding kehidupan kita dengan orang lain.

Setiap orang itu punya jalan hidup yang berbeza, justeru ujian hidupnya juga berbeza, sesuai dengan kemampuan seseorang.

Harus diingat, Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Kejayaan seseorang itu mungkin hadiah dari Allah asbab kesabaran mereka dalam menghadapi ujian hidup yang lepas.

“Kenapa Allah beri aku ujian ini?”

Nukilan ini aku dapat daripada seorang kenalan yang berkongsi di ruang status Whatsapp-nya.

Walaupun coretannya pendek, tetapi setiap bait katanya benar menyentuh hatiku dan ingin sekali aku coretkan di sini untuk dijadikan tatapan buat semua yang membaca.

Aku kreditkan nukilan ini pada penulis asalnya walaupun aku tidak tahu siapa. Semoga ada manfaatnya nukilan ini.

“Setiap orang ada masalah tersendiri. Ujian tersendiri. Setiap orang diuji berbeza oleh Allah mengikut kemampuan masing-masing. Tiada seorang pun yang terkecuali.

Kita menangis, mengeluh dan terjatuh seketika.

Apabila rakan kita cuba bantu dan nasihat kita, kita kata,

“Kau tak rasa apa aku rasa. Pergilah kau!”

Tika itu, kita rasa bagai dunia ini gelap gelita tiada jalan keluar.

Hati ini bertanya, “Kenapa Allah beri aku ujian ini?”

Kerana…

“Allah nak kita mengadu setelah lama kita lupakan dan jauhkan diri daripada DIA!

 

Carilah Allah. Kembalilah kepada DIA!

DIA tak kejam terhadap hamba-Nya. DIA bagi masalah, DIA juga yang bagi jalan keluar.

Allah… terlalu sayang kepada kita!

DIA mahu kita sedar daripada kelalaian kita sendiri.

Tidakkah kau sedar itu, duhai teman?

Tapi apa yang kita buat?

Kita malah menyalahkan Allah!

Kita buat maksiat untuk hapuskan tekanan (tension) kita!

Kita buat apa yang Allah larang!

Sedangkan, Allah sentiasa menanti kita, siang malam untuk meluangkan masa dengan DIA… ”

 

Lihatlah bait kata-katanya. Allah uji kerana Allah sayang.

Allah tidak pernah zalim kepada kita.

Jadi, janganlah kita menzalimi diri kita sendiri.

Bangun perlahan-lahan daripada jatuh kita, dan kembalilah kepada-Nya.

Bina kembali keyakinan, kebergantungan dan kepercayaan kita pada Allah.

Biar makan masa hati ini diubati, asalkan kita tidak pernah putus asa dan tidak henti berusaha untuk terus berjalan menuju-Nya.

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

– Surah Yusuf: 87 –

Dan percayalah, setiap yang terjadi dalam hidup kita, semuanya ada cerita tersendiri.

Tiada sesuatu yang diberikan pada kita kosong dan tidak bererti apa-apa.

Semuanya terselit hikmah yang begitu bermakna buat diri.

Teruskan berdoa dan teruslah yakin kepada Allah.

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu.”

– Surah Mukmin: 60 –

Kredit to : iLuvislam

 

Senyumlah saat di uji, kerana setiap ujian itu ada hikmahNya.

Allah tidak pernah menguji hambaNya melainkan tentu ada nikmatNya,

Senyumlah agar syaitan kecewa dengan senyuman itu, ia mengharapkan kamu gugur dan rebah.

Namun kamu kan bangkit dengan kekuatan doa itu, meminta dan mengharap kepada Allah yang menyediakan syurga bagi mereka yang bergayut dan bergantung harap hanya kepadaNya..

Senyumlah!!..

Agar ujian ini menjadi indah..

Dan bantulah saudara dan sahabat kita yang sedang dilanda ujian.

Supaya mereka tidak merasa keseorangan.

Supaya mereka sentiasa rasa diperlukan.

In shaa Allah.

 


What's Your Reaction?

cute cute
14
cute
lol lol
2
lol
angry angry
2
angry
love love
65
love
omg omg
4
omg
cry cry
82
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan karya Nota GembiraKlik Sini Untuk Info
+ +