Jika Kita Nak Melihat Dunia Berubah, Mulakan Dengan Mengubah Diri Sendiri.

2 min


Jika kita nak melihat dunia berubah, mulakan dengan mengubah diri sendiri.

Jika kita nak tengok seluruh dunia bahagia, kita dulu kena bahagia. Barulah happiness tank kita penuh dan dapat share dengan orang lain.

Jika kita nak tengok seluruh dunia harmoni, saling bersilaturrahim antara satu sama lain, kita dulu kena harmoni dengan diri sendiri. Tangki harmoni kita penuh baru boleh share dengan orang lain = spread the harmony.

Jika kita nak tengok seluruh dunia sihat, aktif dan fit, kita dulu kena sihat, aktif dan fit. Barulah bila kita ajak orang, orang tengok kita walk the talk sebab kita healthy, active dan fit.

Fundamental bahagia yang saya temui sepanjang 90 Days Challenge To A New Me adalah:

Love yourself > be happy > result extraordinary

Bila kita dah sayangi diri sendiri, kita tengok orang pun kita bahagia.

Orang dapat rezeki lebih pun kita bahagia.

Takde hasad dengki, takde rasa kekurangan, takde comparing diri atau orang sekeliling sebab sayangi diri tu dah buat kita syukur, kita bahagia dengan diri sendiri. Kita bahagia dengan apa Allah beri.

We fall in love with ourself.

Bila kita fall in love with ourself, kalau kita makan unhealthy kita rasa tak sedap, rasa tak best.

Rasa ada self talk, “kita kena berubah la supaya nanti kita lebih sihat, aktif dan fit. Takdelah mengah naik tangga walau baru 3 tingkat.”

Bila perut kita buncit, ada self talk, “ish tak boleh jadi ni. Kena start exercise kempiskan perut. I want to look good on myself.” Bukan untuk tunjuk kat orang tapi lebih kepada personal satisfaction.

Bila muka dah berjeragat, gatal-gatal, ada jerawat, kita akan cepat-cepat cari cara untuk healkan. Apa yang ada dalam dunia dalaman kita, itulah yang akan dipantulkan di dunia luaran kita.

Orang muka cantik ni sebab antaranya jaga pemakanan.

Masuk healthy foods, minum air cukup, tidur pun cukup… muka pun cantik.

Masuk unhealthy foods, muka badan alergik, ruam-ruam.

We are what we eat, think and feelings.

Our personality will change our personal reality.

Personality – dunia dalaman. Thoughts, feelings, desire.

Personal reality – wajah, our fitness dll.

If you want to change the world, start by change yourself first.

Image result for SAYANGI DIRI

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
5
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *