Bagaimana Nak Berhenti Buat Maksiat Dan Gandakan Pahala?

1 min


Tip ini sesuai untuk orang yang nak berhenti buat maksiat, mengurangkan dosa dan gandakan pahala.

 

Caranya adalah dengan memanipulasi dosa.

Macam mana?

 

Contohnya kita buat satu dosa seperti mengumpat.

Lepas buat kita rasa bersalah. Kita sedar kita silap.

 

Apa yang kita perlu buat adalah tiap kali lepas buat maksiat atau dosa, kita counter balik dengan gandakan pahala.

Contohnya lepas mengumpat, kita denda diri kita istighfar 3,000 kali.

 

Jadi, setiap kali mengumpat, rasa bersalah denda diri kita istighfar sebanyak 3,000 kali.

Jika ada buat dosa besar lain, denda diri dengan baca surah Al Waqiah / surah Yasin / surah Al Mulk 30x.

 

Nama pun denda kan…

Nak denda setiap kali buat dosa, sedekah RM100 pun boleh.

 

It can be anything.

 

Formulanya adalah selepas buat je maksiat / dosa, denda diri kita buat amalan yang baik.

 

Dengan ini syaitan pun fikir banyak kali bila nak goda kita buat maksiat / dosa sebab dia tahu,

“Kalau aku goda dia nanti dia baca Al Quran / sedekah pada anak yatim / buat kebaikan.”

 

Contoh maksiat / dosa:

– Tengok video lucah

– Berzina

– Mengumpat

– Memfitnah

– Komen negatif di wall orang lain

– Menipu

– Ambil hak orang lain tanpa izin

– Terima rasuah

 

Idea denda:

– Solat Taubat 12 rakaat

– Solat Tahajud 4 rakaat

– Baca Al Quran 30 pages

– Sedekah RM100 kepada anak yatim

– Beri ibu nafkah extra RM500 tiap kali buat dosa

– Cuci tandas masjid

– Belanja kawan makan

 

Kredit: Ustaz Adnin, modify by SA Insyirah

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
16
love
omg omg
2
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link