“Aku Malu Bila Seekor Makhluk Allah Memandangku Sedang Makan Namun Aku Tak Memberinya Makanan.”

2 min


“Ish takpela Man, ko dah banyak tolong aku. Cukup-cukuplah ni,” kata Iqbal (bukan nama sebenar) kepada sahabatnya, Aiman.

“Eh jangan macam tu. Masa aku susah dulu ko lah sahabat aku yang bantu aku kan.” balas Aiman.

“Tapi aku malu…” jawab Iqbal

“Apa nak dimalukan Iqbal. Ini rezeki bahagian kau. Aku sebagai perantara je.” jawab Aiman tersenyum.

 

Nah.

Pernahkan anda berada dalam situasi seperti di atas?

Anda pernah membantu seseorang dengan ikhlas, dan bila anda dalam kesusahan, dialah yang menghulurkan tangannya untuk menolong anda?

Mungkin ada dan mungkin tidak kan?

Tapi apa signifikannya dengan tajuk di atas?

Baca dahulu kisah di bawah ^_^

 

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

“Adakah anjing ini kepunyaan kamu?”

Jawab lelaki itu,

“Bukan.”

Ditanya kembali oleh Umar,

“Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?”

Dia menjawab,

“Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan.”

Umar bertanya lagi,

“Kamu hamba atau merdeka?”

Lelaki itu menjawab,

“Hamba milik seorang Bani Asim.”

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

“Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu.”

Lelaki itu berkata,

“Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini.”

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

“Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?”

Dia berkata,

“Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepadaNYA ”

 

Subhanallah. Allah Maha Besar Lagi Maha Pemurah.

“Orang-orang yang pemurah, dikasihi oleh Allah yang Maha Pemurah. Kasihanilah orang yang di bumi, nescaya kamu akan dikasihi yang di langit.”

– Riwayat Tirmidzi –

Asbab seorang hamba ini bermurah hati berkongsi rezekinya dengan seekor anjing, maka Allah memerdekakan lelaki ini dengan menghantar Saidina Umar bin Ubaidulllah sebagai perantara.

Dan asbab rasa malunya atas pemberian Allah itu, maka dia langsung mewakafkan semua kurnia Allah kepada orang yang memerlukan.

Sama juga seperti kisah Aiman dan Iqbal, bila mana kita pernah menolong seseorang kerana Allah, maka Allah lantas menghantar sesorang membantu hamba-Nya itu.

Justeru, sentiasalah berbuat baik dan bersifat pemurah terhadap semua hamba Allah kerana Dia pasti akan menghantar kebaikan kepada kita tanpa langsung kita sangka.

Kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Baik. ^_^

 

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
15
love
omg omg
2
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *