Ditimpa Ujian Bertubi-Tubi? Yakinlah Allah Adalah Solusinya

3 min


“Jangan tengok apa yang kau hilang. Tengok apa yang ada depan mata.”

– Icha dalam Ejen Ali The Movie.

Ada member cerita, lets call her Rina… dia cerita so much negative things happen to her. Macam ayat tu, “Sudah jatuh ditimpa tangga.”

Tapi dia ni bukan ditimpa tangga je, siap luka berdarah, kena rawat. *contoh senario je tapi nak kata bertimpa-timpa ujian yang datang

Dia baru nak ada rezeki lebih untuk simpan minimum 10% income bulan lepas namun disebabkan ada isu kewangan family, dia terpaksa spend 30% daripada income yang dia dapat untuk bantu family.

Dia punya komitmen je dah 50%. So boleh kira berapa balance yang dia ada lepas tolak semula.

She was so effected emotionally back then. Masa tu pula gajet dia nak rosak yang perlukan spend some hundreds untuk repair.

Dalam 1 bulan, all this things happen in one shot. She cry when facing the problems.

Luckily dia ada sahabat susah senang beside her that can support her emotionally. Ada 1 moment yang dia ada self talk to herself.

She kept tell herself, “Allah juga boleh buat rezeki ni pergi. Allah boleh buat rezeki ni datang. What have you lose?”

Dia sebut 2 kalimah syahadah to make her faith to Allah to become stronger. To only trust and believe yang Allah tempat dia bergantung. She have nothing to lose. Allah boleh beri, Allah boleh tarik balik and give back even more unlimited.

On the other side, there is also her self talk,

“Rina, did you remember your financial condition few years ago? Kau tak ingat ke masa tu kau tak berapa nak mampu beri rezeki lebih (basically in term of money) kepada ibu. Tapi sekarang you are much way better dear.

Walau Allah uji kau dengan bertubi-tubi kau kena bantu your family tapi tidakkah kau sedar yang kau mampu sekarang? Kau boleh bantu family kau. Allah bagi kau privilege tu. Allah bagi peluang kau jadi perantara rezeki tu.

Berbanding sebelum ni, dah la kau tak dapat bantu even some hundreds tapi sekarang semua kau mampu lunaskan? Tidakkah kau patut bersyukur?”

Sebab sebelum ni same moment happen to her family. Tapi masa tu dia tak mampu nak tolong and do nothing due to dia pun financial very tight.

Namun sekarang alhamdulillah. Dia bukan sahaja dapat lunaskan sebahagian daripada isu kewangan family dia malah SEMUA. Yang mungkin Rina tak sedar pun.

Masa tu Rina cerita, “Aku rasa bersyukur weyh. Walau Allah beri aku ujian, masa tu aku ada rezeki lebih untuk bantu family aku. All of them. Alhamdulillah. Walau rezeki duit aku mungkin berkurang tapi aku happy aku dapat tolong family aku.

Berbanding dulu, aku rasa loser, hopeless, useless bila aku tak dapat bantu family aku masa diperlukan. Rasa tak berguna gila. Tapi sekarang alhamdulillah much way better. Terima kasih Allah.

Walau plus dengan gajet aku pun hampir rosak tapi still boleh lagi la guna untuk keperluan hidup, untuk kerja. Di sebalik kesusahan ada kesenangan.

Memang surah Al Insyirah tu boleh jadi penenang hati sebab Allah mention 2x tentang ayat tu = kau percayalah ayat ni. Susah macam mana pun, ada kesenangan yang Allah bagi.”

“Sebab tulah Allah hadirkan aku jadi kawan kau. Kau happy kan sekarang sebab akulah Insyirah (kegembiraan) kau,” balas saya.

Lepas tu dia gelak haha. Saya happy la untuk dia. Kisah dia ni memang menjentik hati saya. Bagi saya ia suatu pengajaran yang mahal.

Sebelum Allah beri masalah, Dia dah beri dah pun solusinya.

Cuma kita je yang tak dapat “baca” solusi nya Allah. Kita tak memahami dan mencari connection jawapan daripada Allah. Kita tidak mencari Allah.

Icha pesan, “Jangan tengok apa yang kau hilang. Tengok apa yang ada depan mata.”

Di sebalik ujian yang kita ada saat ini, kita tak sedar, alhamdulillah…

Kita masih hidup, sihat walafiat mental dan fizikal, sempurna mental fizikal. Begitu juga ahli keluarga kita, orang kesayangan kita.

Ada orang tuan puan… hari ni kena warded di hospital sebab kena potong kaki. Hari tu masa saya kat hospital ada satu kisah mak cik ni dia kena potong kaki.

Ada 1 moment dia accident. Kaki kena potong 1. Suami dia pula meninggal. Dia sangat down. Beberapa tahun kemudian kena potong lagi 1 kaki sebab kencing manis. Lagi dia down. Anak dia cerita dia macam dah berputus asa nak hidup.

Saya dengar tu rasa macam Allahu. Bila dengar tu terbit rasa syukur dengan apa adanya saya sekarang — cukup sifat, sihat mental fizikal.

Hari ni kalau anda tengok treatment LASIK pun minimum RM3k. Ada yang sampai RM11k. Mata ni nikmat sangat bila tak rabun.

Ada orang ada isu kulit wajah yang teruk kena buat treatment berpuluh ribu untuk pulihkan semula.

Senang cerita, apa pun yang kita hilang atau berkurang hari ini, tengoklah apa yang ada di depan mata sekarang.

Di sebalik kesulitan ada kemudahan
Di sebalik kesusahan ada kesenangan

Itu yang Allah pesan 2x dalam surah Al Insyirah.

Begitulah.

“Jangan tengok apa yang kau hilang. Tengok apa yang ada depan mata.”

Image may contain: one or more people and text


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
5
love
omg omg
1
omg
cry cry
5
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *