Cara Tingkatkan Energi Cinta Bersama Orang Tersayang Yang Mampu Membuat Orang Terharu

1 min


Cinta adalah anugerah terindah daripada Allah SWT. Apabila kita bercinta, semuanya nampak indah walau hakikatnya kita sedar kelemahan orang yang kita cinta atau sayang.

Apabila anda buat tip ini nanti, dengan izin Allah energi cinta tu akan seperti rasa lebih fresh dan baru. Evergreen.

Tip ini tidak terhad kepada pasangan (halal) sahaja. Ia juga boleh digunakan dengan sesiapa sahaja yang kita sayang – sahabat, ibu bapa, adik-beradik, sepupu dan lain-lain.

 

Caranya adalah dengan sebutkan selalu,

“Saya sayang awak kerana Allah”

 

Saya yakin dan percaya bila sebut “kerana Allah” boleh rasa tingginya energi kasih sayang itu.

Deep lagi boleh meremang bulu roma dan sayu rasa bila sebut.

Dalam masa yang sama, kita sentiasa perbaharui kasih sayang yang kita ada tu, kita sandarkan kepada yang memegang tiap hati manusia – Pemilik Agung Hati Setiap Manusia, Allah.

Sesungguhnya Dialah yang telah memberikan sedikit daya kasih sayang-Nya – ya Rahman, ya Rahim kepada kita supaya kita saling menyayangi.

 

Bayangkan dunia ini apabila dikelilingi dan tersebarnya kasih sayang sesama saudara. Masya-Allah maka damailah bumi ini.

Katakan kepada pasangan halalmu,

“Abang sayang sayang kerana Allah.”
“Sayang sayang abang kerana Allah”
“Saya sayang awak kerana Allah”

Katakan kepada sahabatmu,
“Saya sayang awak kerana Allah”
“Aku sayang kau kerana Allah”

Katakan kepada ibu bapamu,

“Tasya sayang ibu kerana Allah”
“Tasya sayang ayah kerana Allah”

 

Seperti dalam lagu Deen Assalam:

Seluruh bumi ini akan terasa sempit
Jika kita hidup tanpa toleransi
Namun jika hidup dengan perasaan cinta
Meski bumi sempit kitakan bahagia

Secara tidak langsung bila sebut “sayang awak kerana Allah”, kita sebenarnya mohon doa, minta kepada Allah supaya dijagakan orang kesayangan kita ni.

Sesungguhnya Dialah Ya Hafiz Ya Muhaimin yang dapat memelihara dan mengawasi orang kesayangan kita.

Fi amanillah (semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah)
Kita minta Allah yang jaga dia.

Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu)
Kita doakan kesejahteraan kepada orang yang kita beri salam.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
8
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selalu rasa tak cukup lepas spend duit?
Muatturun Ebook PERCUMA Terapi Dompet Berisi!
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa.
close-link