Cara Tinggalkan Pesaing Anda 365 Jam Kehadapan

3 min


Average people bangun pagi jam 6. Anda kena bangun 1 jam awal daripada itu iaitu bangun jam 5 pagi.

Dalam masa 1 tahun = 365 hari, maksudnya anda dah lebih 365 hari daripada pesaing (only if anda manfaatkan masa sebaiknya dalam 1 jam awal itu untuk upgrade diri, bisnes).

Sama juga dalam upgrade diri.
Millionaire, billionaire bangun seawal 3.30 pagi, 4 pagi untuk mulakan rutin pagi mereka. Mereka ada ritual tersendiri untuk mulakan pagi mereka dengan sesuatu yang akan refresh dan upgrade diri mereka.

Kita tak boleh jadi 7 figure man jika sekarang habit kita 4 figure man.
Nak jadi orang 7 angka kena buat habit orang 7 angka even up sket 8-9 angka. Never less.
Demand more from yourself. Orang suruh buat 100%, anda kena buat 200%, 1,000%.
Biar tiada siapa pun hargai. Kita buat sebab kita nak upgrade our value, our net worth.

How you do anything is how you do everything.

Kita nak buat yang terbaik dan the best ever dalam apa juga perkara sebab kita selalu nak be better every day, every hour, every minutes, every seconds.

Okay, itu cerita kalau nak jadi 365 jam ahead daripada orang lain. Kena bangun 1 jam awal daripada average people.
Sekarang kita tengok pula kalau kita jenis bangun lambat, apa akan jadi?

Average people bangun pukul 6 pagi. Kalau kita bangun 1 jam lewat daripada itu? 2 jam lewat? 5 jam lewat?
Katakan kita bangun jam 11 pagi. Dah nak dekat tengah hari baru bangun. Beza 6 pagi dengan 11 pagi adalah 5 jam lewat.
1 tahun ada 365 hari. 365 x 5 = 1,825 maksudnya dalam tempoh setahun, anda dah LEWAT 1,825 jam daripada orang lain.

Wow! Thats a huge different. Shock emoji illustration, Emoji Smiley Emoticon, wow! come to your mouth transparent background PNG clipart | HiClipart

Tidak hairan kenapa rasa macam selow je, macam susah je capai apa yang kita nak sebab terlalu selow melow daripada orang lain.
“5 jam tu banyak sangat.”
Okay kita ambil 1 jam lewat je.
Jika kita bangun lewat 1 jam daripada average people = bangun pukul 7 pagi. Ini bermakna kita dah ketinggalan 365 jam daripada orang lain.

Itu sebab tengok,
“Eh eh 6 bulan kemudian, orang tu dah mampu beli kereta, dengan duit bisnes.”
“Eh hari tu baru start bisnes tapi tengok kehidupan dia dah jauh upgrade daripada dulu.”
2 – 3 tahun kemudian, tengok dia dah ada rumah. Masa tu kita masih di takuk yang sama – income rendah, belum mampu beli itu ini, belum mampu belanja family travel.

Pernah tak ada inspired people yang kita suka tengok perkembangan hidup dia? Setiap hari scroll, update dengan apa yang dia post kat FB, IG.
Dari mula start bisnes, kita follow
Tengok-tengok dah 3 tahun dia mulakan bisnes
Dah ada team, dah ada stokis, ejen, dropship yang ramai
Daripada pejabat kongsi dengan company lain, dah upgrade ada pejabat corner lot
Lagi selesa untuk stokis, ejen, dropship dia datang sharing ilmu bisnes di HQ
“Cepat betul dia naik.”
Masa tu kita tengok diri atas bawah atas bawah.
“Kehidupan dia dah upgrade, bisnes dah upgrade, kereta dah upgrade, rumah dah upgrade. Dah lebih 5 tahun dah follow. Semua getting better. Aku pula macam mana? Apa yang aku buat dalam hidup aku sekarang ni? Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun berlalu.”

Tu yang ada orang kata, “mampu tengok je kejayaan orang lain” tapi sebenarnya boleh je cuma kita je yang tak nak.
Bila kita dah decide satu perkara, kalau kita nak buat, tiada siapa dapat halang, tiada siapa dapat hentikan.
Tapi bila kita kata tak nak buat, orang paksa, orang ugut, orang buat apa pun kat kita, kita tetap tak nak buat.
Bila kita kata YES – Seminar jauh 200km. Takpe, sanggup tempah tiket bas, tidur kat surau semata-mata nak upgrade ilmu, upgrade hidup.
Bila kita kata NO – member sponsor Titan. Lepas 6 bulan, bisnes masih di tahap sama. Sebab owner tak bertindak, tak execute the plan.
Begitulah.

Time is gold. Anda lewat bangun 1 saat daripada average people pun, still = lewat 365 saat daripada orang lain.
Do what matters. Nak jadi 7 figure man, buat habit 7 figure then akan dapat 7 figure worth.
Nak jadi 3 figure man, buat habit 3 figure then you will get only 3 figure worth.

Term “pesaing” di awal post bukan tentang pesaing bisnes sahaja, it can be your older version. Contoh hari ni 24 Julai. Nak jadi diri yang 365 jam better daripada anda 24 Julai hari ini, bangun 1 jam awal.

Kalau saya nak jadi Insyirah yang 365 jam jauh lebih baik daripada sekarang (versi 24 Julai), saya kena bangun 1 jam awal daripada average masa saya bangun sekarang.
Tak perlu bersaing be better daripada orang lain. Cukup be better daripada diri kita yang semalam.

Time is gold. Do what matters. Do it now. Start before ready.

https://startb4ready.onpay.my/

P/s : Anda juga boleh tonton video Insyirah Azhar berkenaan topik ini DI SINI


What's Your Reaction?

cute cute
2
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
3
love
omg omg
1
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan karya Nota GembiraKlik Sini Untuk Info
+ +