Bagaimana Self Love Therapy Bantu Anda Berhenti Hina Diri Dan Lebih Mencintai Diri Sendiri

3 min


Setiap orang dikurniakan 24 jam yang sama. Namun, dalam masa 24 jam, berapa lama kita spend untuk diri sendiri.

Suatu ketika dulu, pernah join session terapi diri. Pepagi buat grounding di tasik – berjalan atas tanah. Selepas itu sama-sama buat sesi syukur.

Kita pegang anggota badan sendiri dan syukuri setiap satu anggota badan yang Allah beri.

Bermula dengan kepala,
“Terima kasih Allah kerana memberi aku otak, akal untuk berfikir. Terima kasih otak kerana selama aku hidup, kau berkhidmat untuk aku.

Mengerah diri untuk berfikir menyelesaikan masalah, mengurus segala hal diri. Terima kasih otak.”

Kemudian mata,
“Terima kasih Allah kerana memberikan aku mata dan nikmat penglihatan. Terima kasih mata kerana berkhidmat untuk aku.

Kalau kau tidak terbuka, mana mungkin aku dapat melihat dunia. Hanya pada waktu ku tidur kau rehat. Terima kasih mata.”

Kemudian hidung, mulut (+ lidah), telinga, tangan dan sehinggalah ke kaki.

Kita selalu sibuk, serabut dengan hal selain daripada diri sehingga diri kita sendiri terabai. Kita tahu perasaan bila diabaikan oleh orang kesayangan, tapi kita tak sedar kita sendiri banyak mengabaikan diri.

 

Saya pernah tengok video eksperimen beras – ada botol Love, Hate, Ignore.

Botol Love sentiasa diberikan kata-kata positif, caring, yang best-best.

Botol Hate diberikan kata-kata negatif, maki hamun, yang teruk.

Botol Ignore hanya diabaikan. Tanpa beri sedikit pun perhatian.

Antara ketiga-tiga botol ni, tertanya botol Ignore yang paling teruk rupanya selepas dibiarkan selama 3 minggu.

Botol Ignore yang paling busuk, kotor dan buruk rupanya.

 


(sumber : google)

 

Nah! Bayangkan pula bila diri kita diabaikan sebegitu rupa.

Minda adalah hasil kompilasi apa yang kita lihat dan dengar. Badan adalah hasil daripada apa yang kita makan dan minum.

Jika kita benar-benar sayangkan diri, makanlah makanan minuman yang sihat.

Asas makan minum yang sihat adalah ia akan memberikan kita tenaga, membuat kita lebih bersemangat, empowerment terhadap diri untuk capai apa yang kita nak capai.

Tapis apa yang kita tengok dan dengar.

Kenapa? Why does it matter?

Daripada apa yang kita tengok dan dengar, itulah yang akan diproses yang menghasilkan pemikiran dan tindakan.

Baik apa yang kita tengok dan dengar maka eloklah pemikiran dan tindakan kita. And vice versa.

Asas makan minum yang sihat adalah ia akan memberikan kita tenaga, membuat kita lebih bersemangat, empowerment terhadap diri untuk capai apa yang kita nak capai.

Bila kita respect diri sendiri, orang akan respect pada kita. Bila kita sayangi diri sendiri, orang akan tertarik untuk turut menyayangi kita.

Tapi bila kita tak sayangi diri sendiri, walau 1,000 orang cakap, jerit “I love you” kat kita pun, kita takkan bother. Kita takkan percaya atau hargai.

Sebab? Kita pun tak sayangi diri sendiri.

Bila kita ada duit, baru kita boleh bagi duit kata orang.

Bila kita ada cinta (love yourself), baru kita boleh bagi cinta pada orang. Mereka akan rasa perasaan cinta tu walau kita tak sebut.

Love Yourself First And Everything Else Falls İnto Line. You Really Have To Love Yourself To Get Anything Done İn This World.

So yeahh… love yourself. Start loving yourself, fall in love with yourself.

Teknik paling simple love yourself adalah bila kita dah accomplished atau capai sesuatu perkara, tepuk bahu kiri dengan bahu kanan dan ucap,

“Good job, <nama>”

Senyum dan teruskan kepada tugasan lain.

Insya-Allah kita akan rasa happy. Jangan percaya, buat je. Nanti share what is your experience doing this method of love yourself.

#LifeCrafter

 

P/s: Jika nak tahu whole structure bagaimana saya membina self image yang baru dan kekalkan momentum tabiat baru boleh baca full version Ebook 90 Days To A New You <— klik sini


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
11
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link