1 Perkara Yang Multi Jutawan Ada Yang Buat Anda CONFIRM Capai Apa Sahaja Dalam Hidup

9 min


1 Perkara kebanyakan multi jutawan buat yang confirm buat anda capai apa sahaja dalam hidup.

Setiap orang mesti ada impian.

  • Salah satunya terbayang dapat travel all over the world.
  • Goyang kaki dapat duit. Tak perlu bekerja.
  • Dapat bagi ibu ayah duit minima RM1,000 setiap bulan.
  • Hantar mereka pergi umrah.
  • Dapat bawa satu keluarga pergi travel.
  • Hutang lunas. Zero komitmen.

Ada orang income sampai RM200,000 pun belum tentu cukup.

Ada orang income RM3,000 pun walau dah berkahwin ada anak entah macam mana lebih daripada mencukupi untuk satu keluarga.

Jika kita perhatikan cara hidup multi jutawan, kebanyakan daripada mereka ada attitude yang bagus. Jika kita kaji, pasti mereka BUKAN tergolong daripada:

+ Malas bekerja
+ Malas membaca
+ Malas bangun pagi
+ Malas buat itu ini

Mereka terdiri daripada orang yang ada “SELF DISCIPLINE” yang tinggi. Attitude yang bagus.

 

Tengok 2 Ciri-ciri Ni Untuk Tahu Anda Layak Jadi Usahawan Atau Tak

Che Happy baru tengok ada satu profile IG. Dia seorang billionaire dalam Malaysia. Orang Melayu.

Baru lepas habis pantang 40 hari tapi dah masuk ofis, kerja sampai malam.

Rizal Rashid berkongsi, jika kita nak tahu adakah kita ni ada ciri-ciri usahawan atau tidak, tengok pada 2 perkara ni:

“Adakah kita hanya bekerja ikut HARI dan MASA?”

Maksudnya? Waktu kerja Isnin – Jumaat, 8 pagi – 5 petang.

Balik je kerja kita harap bos, “Tolonglah jangan ganggu hidup aku kecuali bila dah masuk ofis esok!”

Sebab kita nak rehat (kononnya).

Hari minggu pula, bos kacau lagi.

“Nantilah, Isnin saya buat. Tengah cuti kan?”

Rasa annoying dan geram bila diganggu.

Namun hakikatnya kenapa orang multi jutawan, billionaire semua ni buat kerja macam orang gila walaupun dah kaya raya?

Ia adalah tentang “SELF DISCIPLINE”.

Kata Puan Billionaire tu,

“Self discipline adalah bermaksud kita buat kerja tu tanpa ikut mood suka atau tak. Apa pun berlaku, kita komited buat #sampaijadi.”

Mereka juga buat kerana mereka passionate, mereka obses, mereka cinta dengan apa yang mereka buat. Tapi adakah bermakna kita kena cari benda yang kita LOVE baru kita proceed benda tu?

Tak. Kita kena LOVE apa sahaja yang kita buat dan kita takkan pernah rasa kita kena buat KERJA. Since it is already become something yang kita LOVE nak buat.

Perasaan SUKA, SAYANG, CINTA ni semua kita boleh bangunkan.

Contoh macam Che Happy ada bela hamster. Che Happy takde pun sayang hamster sebelum ni.

Ada la dulu tapi dulu-dulu.

Bila dah ada seekor, lama-lama main dengan dia selalu, tengok dia selalu jadi suka, sayang dengan dia.

Jika anda ada kucing pun terutamanya kalau yang jenis suka bela kucing terbiar yang tetiba datang rumah,
memula pun mesti anda tak sayang dia.

Disebabkan dia selalu datang ke rumah, anda bagi makan > lama-lama sayang pula.

Jika kita bernikah dengan pasangan atas dasar keluarga pun, takkan kita terus nak bercerai sebab kita sangka kita tak suka?

Mesti kita akan hidup dulu dengan dia. Kita akan berusaha mencintainya.

Nak mencintai Allah pun sama juga. Macam mana kita nak cintakan Allah dan Rasulullah SAW kalau Al Quran, hadis pun tak pernah baca.

Tak pernah kenal Allah, baca kisah-kisah Nabi kita.

Jika kita ada crush pun, mesti sayang, suka tu muncul sebab kita kenal dia tentang sesuatu.

Mungkin dia tu budak atlet ke, seorang yang rajin, budak pandai top-top dekan dekat kampus ke 😀

Jadi, cintalah apa yang kita buat sekarang.

Dalam surah Al Insyirah, ayat 5 – 6

“Setiap kesulitan ada kemudahan.”

Walau kita rasa kerja yang kita buat sekarang kita tak suka, cubalah untuk kita rasa LOVE membuatnya. Cuba kita cari 1 point best dalam kerja yang kita buat sekarang.

Pasti ada. Kalau takde tu maksudnya anda tak nak pun terima yang sebenarnya kerja yang anda buat sekarang tu ada sesuatu yang best untuk anda LOVE.

Takde orang boleh tolong kita melainkan kita sendiri tolong diri sendiri.

 

Allah Takkan Ubah Nasib Kita Melainkan Kita Yang Ubah Sendiri

Jadi beri peluang kepada diri sendiri untuk membenarkan diri mencari 1 point untuk kita rasa LOVE dengan kerja yang kita buat sekarang.

…and we will never feel like work the rest of our life.

Bila kita ada SELF DISCIPLINE, kita akan dapat capai apa sahaja impian dalam hidup kita.

Self discipline ni kita buat je sama ada suka atau tak. Buat tanpa fikir, tanpa tapi, tanpa nanti, tanpa henti:

+ Bila kita pasang alarm bangun Subuh, kita takkan snooze. Kita akan terus bangun dan solat Subuh. Yang penting, bangun dan terus ambil wuduk > solat.

Sebab bila kita snooze banyak kali > solat lewat > terbinalah sikap yang suka bertangguh dalam kerja > apa kerja pun susah nak siap on time.

Alarm bunyi > bangun > ambil wuduk > solat Subuh > terbinalah sikap yang akan percepatkan tugasan siap ontime atau lebih awal.

+ Bila kita kata nak usahakan tabiat membaca, kita akan usahakan baca minima 1 page.

Tak dapat 1 page, kita baca 1/2 page. Tak dapat 1/2 page, kita baca 1 perenggan. Tak dapat 1 perenggan, kita baca 1 ayat > 1 huruf. Yang penting buat.

Tak baca buku > takde input baru > takde idea baru > tak tau nak tulis apa > takde content berkualiti > kalau tulis content pun > tarik customer / orang tak berkualiti > tak dapat jualan > income bisnes drop > bisnes mati.

+ Bila kita kata nak sedekah Jumaat RM100, kita buat. Kita buat tanpa tapi, tanpa nanti.

Sebab biasanya kalau kita bagi diri kita masa berfikir masa nak sedekah, confirm syaitan goda > tak jadi nak sedekah RM100. Sedekah RM10 je.

+ Bila kita set nak bangun awal pagi supaya boleh bantu ibu buat sarapan untuk keluarga, bila bangun je, kita terus tolong ibu. Kita berkorban tak tidur balik lepas solat Subuh. Aku mesti buat!

+ Bila kita set nak kurus minima 3kg bulan September, coach dah bagi jadual meal, kita ikut dengan patut dan taat. Tengok makanan sedap, kita usahakan tahan nafsu.

Tak kisahlah sampai kita counter jogging 3 round sebab nak tahan nafsu makan benda sedap. Yang penting, self discipline kena jaga.

+ Bila kita set nak baca Al Quran 1 page / hari, tak kisah masa bila > kita baca minima 1 page sehari. Tak mampu 1 page, 1 ayat. Tak mampu 1 ayat > 1 huruf.

 

 

Cara Kaji Halangan Untuk Capai Impian Dan Bagaimana Nak Selesaikan

Che Happy yakin dan sangat percaya, bila anda mula je baca Al Quran walau memula niat baca 1 huruf je, terjadilah lebih daripada 1 ayat.

Yang jadi isu sebab kita TAK MULA!

Stop wishing, start doing.

Kita banyak sabotaj diri. Kita tak muhasabah diri kenapa kita sabotaj diri sendiri.

Kita terlalu sibuk nak capai itu ini. Tak pernah nak ada 1 sesi dengan diri sendiri > kaji dan selesaikan apa halangan untuk capai impian itu ini?

Contoh, “macam mana aku nak bina tabiat membaca?”. Kenapa malas sangat?

“Rasa takde masa.”

“Cuba list out apa yang kau sibuk sangat buat dalam sehari?
Berapa masa yang kau perlukan untuk baca 1 page buku.”

“5 Minit.”

“So? Tetapkan dalam sehari tu bila ko nak spend 5 minit je minima untuk baca 1 page buku.
Kalau kau tak dapat juga, baca je 1 perenggan.

Kalau tak mampu 1 perenggan, 1 ayat.

Kalau tak mampu 1 ayat, 1 huruf pun jadilah.
Asalkan kau baca.”

“Okey.”

Kata Warren Buffett,

“Read 500 pages every day. That’s how knowledge works. It build up like compound interest.”

Bila kita banyak membaca:

> banyak input masuk
> banyak idea baru akan datang
> content kita pun akan baru
> jadi berkualiti
> menarik readers yang berkualiti

Readers yang berkualiti
= attitude, mindset berkualiti
= ready to buy anything valueable things yang kita offer.

Readers yang berkualiti ni ada attitude, mindset yang berkualiti.

Mereka bukan orang yang jenis banyak komplen.

Bila kita deliver value
> orang nampak kita bagi valueable content berkualiti tinggi,
> orang pun akan tahu kita serius dan suka sukinya spend bucks pada kita.

Macam mana nak dapat valueable content? Bermula dengan membaca. Barulah insya-Allah dapat lebih banyak idea gempak-gempak.

Itu bergantung kepada apa yang kita baca?

Apa yang kita fikir, rasa, cakap, buat kan DOA :DIRI

Semua ni tentang self discipline yang akan bentuk diri kita sendiri.

Sebab tu kalau kita tengok businessman tu walau dah kaya raya tak hengat dunia, tak habis 7 keturunan harta dia pun,

+ Dia akan tetap berusaha, rajin turun padang.

+ Dia akan tolong orang lain capai impian mereka. Bila kita bantu capaikan impian orang lain, pasti Allah akan capaikan impian kita.

+ Macam Facebook. Mark Zuckerberg dah jadi billionaire dah tapi kita selalu tengok Facebook ni ada je update. Dia tak pernah “selesa, comfort zone” dengan apa yang dia ada sekarang. Dia sentiasa berusaha update Facebook to another new level.

+ Google pun, selalu ada je update. Mereka ada kalendar event penting untuk setiap negara. Thats how they bring values.

Mereka pun walau dah ada berapa ofis gergasi dengan kemudahan kreatif yang sangat menarik, mereka tak pernah berasa selesa.

Ada je update terbaru daripada Google.

This is all so called self discipline. Mereka akan buat sama ada suka tau tak. Tak kira hari dan masa.

Bukan bermakna mereka tak de rehat. Mereka ada. Cuma mereka FALL IN LOVE with whatever that they are doing sampaikan tak kisah soal hari dan masa.

Mereka buat, buat dan terus buat. Improve every day.

Mereka bekerja, mereka berusaha lebih daripada kita.

Sebab itu mereka layak dapat apa yang mereka dapat.

 

Cara Bina Self Discipline

Jadi persoalannya macam mana nak bina self discipline?

Sebelum mulakan apa-apa perubahan, kena tahu dan faham perkara paling basic.

Skil yang mahal adalah konsisten. Ramai orang tak berjaya ubah hidup sebab tak konsisten.

1 Bulan perform jaga diet. Bulan ke-2, 3 habis cheat day selamatnya.

Ingat. Kejayaan bukan destinasi. Ia satu perjalanan. FEEL success before success.

Daripada proses capai apa yang kita nak tu lagi, kita kena ada FEEL SERONOK dan HAPPY dengan apa yang kita buat.

Barulah along the way, kita dah rasa kita dah dapat capai apa sahaja impian yang kita nak capai.

 

1. Biasakan diri buat perkara-perkara kecil

Gunung-ganang terdiri daripada perkara-perkara kecil. Setiap perkara ada proses, ada level by level.

Al Quran jadi 30 juzuk pun ada peringkat dia.

Manusia jadi dewasa dari bayi pun ada prosesnya. Ada peringkatnya.

Bukan dari bayi terus jadi manusia dewasa.

Kita pun masuk kampus bermula dengan tadika > sekolah rendah > sekolah menengah > kampus.

Semua ada proses.

Kita dapat habiskan makanan 1 pinggan pun bermula dengan 1 suap.

Kita belajar berlari dengan mula berjalan.

1,000 miles start with 1 mile.

Mula hari ini, kerapkan diri kita buat sekecil-kecil perkara yang kita mampu buat.

Kita kena faham kita buat semua perkara kecil tu nanti bukan untuk orang lain tapi untuk kita nak ubah diri sendiri.

Contohnya,

+ Lepas habis makan > terus basuh pinggan. Jangan tinggal dalam sinki atau harap orang lain basuhkan.

+ Bila bilik kita kotor, kita ambil penyapu > sapu.

+ Jika makan di fast food restaurant > kemaskan apa yang kita makan > buang di tong sampah > letak dulang makan di tempat yang disediakan.

Ini bukan nak cerita, “nanti orang tu takde kerja lah.” Kita nak ubah diri sendiri. Antaranya dengan cuba biasakan diri buat benda-benda kecil.

Kenapa kena buat benda-benda kecil ni? Anggap macam anda sedang capai impian-impian kecil.

Impian anda pasti besar-besar kan?

Nak bawa parent pergi umrah, itu perlukan duit. Mana nak cari duit?

Buat bisnes boleh, dropship ke, jual servis ke.

Nak buat semua tu kita perlu buat kerja kan?

Kalau benda-benda kecil ni anda MALAS nak buat, asyik bagi alasan nak buat sedangkan walau hanya basuh pinggan je, macam mana anda nak capai impian-impian besar?

Impian-impian besar semua tu memerlukan energi yang besar. Kerajinan yang besar.

Jika anda buat bisnes, jual something pun anda kena RAJIN promote. Rajin baca, rajin study tentang produk.

Kalau basuh pinggan lepas makan pun malas, agaknya anda akan rajin ke untuk baca buku, study produk?

Sebab itu kita kena biasakan diri kita untuk buat benda-benda kecil. Kita siapkan tugasan kecil.

Barulah lama kelamaan nanti energi kita makin besar, nak buat tugasan besar pun takde masalah. Sebab kita dah biasa.

Kita dah belajar ada self discipline yang lebih baik daripada sebelum ni.

Buat je apa-apa perkara kecil dan remeh untuk kita biasakan diri dengan laksanakan tugasan kecil.

Apa yang kita dapat? Kita akan rasa puas hati dan gembira.

 

2. Kita listkan dalam kertas atau buku apa achiement kita pada hari tu

Kenapa kena tulis dalam kertas atau buku? Tulisan memainkan peranan besar dalam minda bawah sedar.

Bila kita tulis achievement2 kecil tu dalam keadaan happy, setiap kali kita baca tulisan tu, pasti kita akan FEEL perasaan happy tu.

Perasaan seronok, happy bila dapat capai banyak achievement kecil setiap hari.

Contohnya, alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini…

+ Saya telefon ibu ayah di kampung. Saya luangkan masa bercakap 5 minit dengan mereka sebelum pergi kerja. Saya minta mereka doakan saya. Rasa happy, tenang dapat berbual dengan mereka. Mereka pun sihat.

+ Saya lipat kain selepas sahaja saya angkat dari jemuran. Sebelum ni saya bertangguh 2-3 hari sebelum ada mood nak lipat. Yeayy ^_^

+ Saya buang sampah di tong sampah. Masa tu saya di pantry. Saya tolong buang bungkusan teh dalam tong sampah.

+ Saya buang makanan dan minuman saya lepas makan, minum di Burger King. Saya mudahkan staff di situ.

+ Saya matikan putung rokok dan buang di tong sampah. Sebelum ni saya buang merata.

+ Saya hadiahkan kawan saya ais krim Vanilla Burger King. Saya happy tengok dia happy dapat makan ais krim tu. Since pepagi je tengok dia macam stress tapi saya gembira bila tengok dia senyum lepas saya hadiahkan ais krim tu.

+ Saya buatkan air teh kegemaran ayah untuk sarapan paginya. Jarang saya bangun pagi buat breakfast untuk ayah tapi alhamdulillah tadi saya rasa berpuas hati dapat siapkan breakfast untuk ayah sebelum pergi kerja.

+ Saya cium dahi ibu malam tadi sebelum saya tidur. Saya rasa tenang bila buat macam tu.

Ini namanya senarai syukur.

 

Saya yakin dan percaya bila anda tulis achievement2 kecil ni sebelum tidur, anda akan rasa happy sebelum tidur.

Bila bangun tidur pun, FEEL happy tu akan melekat sampai pagi > ulang balik buat perkara-perkara kecil untuk hari itu pula > buat senarai syukur dalam buku.

Barulah awesome je nak bangun pagi tu sebab sebelum tidur semalam, kita dah programkan diri dengan perkara-perkara yang best dan seronok.

Amacam? Rasa proud dan puas hati bila baca senarai syukur ni?

 

Che Happy pun senyum-senyum je bila tulis post ni. Rasa happy. Rasa seronok bila tengok banyaknya achievement kecil.

Daripada achievement kecil inilah, kita akan dapat capai lebih banyak achievement besar.

Sebab? Kita dah mula biasakan diri dengan self discipline buat benda-benda kecil.

Kemudian barulah kita boleh mula upgrade buat benda-benda besar. Barulah impian tu insya-Allah lebih mudah capai.

Itulah kenapa Che Happy suka tulis impian dalam Diari Kun FayaKuun.

Dan ternyata alhamdulillah banyak perkara yang saya capai dengan menulis impian.


What's Your Reaction?

cute cute
4
cute
lol lol
0
lol
angry angry
1
angry
love love
54
love
omg omg
1
omg
cry cry
4
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *