Cara Menjadi MONEY MAGNET Dengan Barang Mahal

5 min


Dalam ebook Money Magnet bahagian 2, ada diterangkan sebanyak 21 mukasurat kenapa anda kena beli barang mahal. Pakai barang mahal.

Hari ni saya nak share apa FEELINGS bila stay di hotel 5 star.

Alhamdulillah baru-baru ini saya disponsor untuk stay di 5 star hotel selama 1 malam. It is because someone from Brunei want to meet me personally.

Rasa spesel sangat. Orang datang dari jauh, patut kita yang entertain tapi dia yang entertain huhu

Alhamdulillah to have all this blessings. Rezeki kan bukan sekadar duit. Ia meliputi semua perkara.

He is somebody. Boleh kata kaya jugalah. We never met before. Kami networking hanya melalui online hampir setahun lebih.

Bila kita bayar mahal, beli barang mahal, stay di hotel, penginapan mahal, we NEVER pay for the price.

We actually pay for the FEELINGS. 

 

Saya pernah stay di 3 star hotel. Lebih besar daripada 5 star hotel yang saya pergi ni.

The feelings is very different. Bilik 3 star hotel tu lebih besar. Sama je kemudahan:

+ Ada meja dan kerusi untuk berkarya
+ TV
+ Peti sejuk
+ Windows
+ Katil
+ Bilik air

Almost same. Yang 5 star hotel ni pun sama. Ada tambahan bath tub. Saiz biliknya lebih kecil.

Anda boleh tonton video pengalaman saya masuk ke bilik hotel 5 star di sini. 

Berhampiran dengan hotel, saya tengok banyak kereta mewah berderet parking di depan receptionist.

Masa saya pergi tu mostly BMW. Maybe ada wedding. Bila saya masuk receptionist dia, disebabkan Hari Krismas, there is decoration di tengah-tengah.

Kat situ mereka letak banyak beg-beg jenama mewah macam LV. Yang saya perasan masa tu LV je. Yang lain tulisan agak kecil jadi kurang perasan.

The moment bila tengok banyak kereta mewah di depan receptionist, meremang bulu roma saya. Macam ada 1 energi baru masuk dalam diri.

Im not sure kalau orang lain but thats me. Masa tu saya menghayati each FEELINGS yang hadir masa tu.

Thats so called EXCLUSIVE LUXURY FEELINGS.

Orang yang datang situ bukan orang biasa-biasa. Mostly orang berduit. Orang kaya. G20.

EXCLUSIVE people
EXCLUSIVE car
EXCLUSIVE space

Hotel ni dekat dengan mall yang mostly butik jenama mewah macam LV, Gucci, Rolex dan lain-lain.

Jadi nampaklah dorang bawa beg-beg jenama mewah tu. Macam shopping here and there.

Saya checkin, deposit almost 58%. Pestime jadi saya terkejut tahu deposit banyak tu huhu

Syukur masa tu bawa cash.

Saya ambil kunci which is actually access card. Bila naik lif, kita kena touch access card tu kat lif to go to our room floor.

Kalau hotel yang saya pernah pergi, biasanya takde.

Kata orang Brunei tu, hotel dah makin strict to make their customer feeling safe, tu yang buat camtu.

Alhamdulillah saya request high floor with windows city view. Saya dapat. Walaupun ramai booking but I got the rooms dengan apa yang saya request.

Memang kebiasaannya saya akan request high floor with quiet room. Suka tengok pemandangan dari atas. Rasa lapang hati.

Bila dah sampai di level bilik saya, saya lalu di 1 laluan. The FEELINGS bila jalan tu rasa macam lalu 1 hotel dalam movie Mandarin yang saya tengok.

Yang tu dorang shoot di hotel casino with luxury interior design. Not exactly the same cuma the layout cam nampak sama.

Bila nak masuk bilik kena touch access card.

Biasanya bila saya masuk bilik, saya suka bilik tu saya akan sebut…

“Wahhh bestnya!”

Itulah yang saya sebut when first step into the room.

Again meremang bulu roma saya bila masuk. There is a new energy, new mood, new LUXURY FEELINGS bila masuk dalam bilik tu.

Walaupun bilik tu kecil daripada 3 star hotel punya bilik yang saya pernah stay, but the FEELINGS is totally different.

Saya lebih suka, dan berpuas hati bila saya masuk, duduk, tinggal dalam bilik 5 star hotel tu.

“No wondernya harga bilik ni mahal. Rasa best. Puas hati. Seronok bila stay dalam bilik kecil ni.”

Kerusi dan cushion yang ada dalam tu pun not too classic. Ada 1 kerusi di tepi tingkap yang bila baring rasa relax.

Lepas tu saya buka pintu ruang bilik air dia.

“Wahhhh… bestnya!”

Ada bath tub, shower, tandas duduk, sinki with unique design and shape.

Everything is perfect. Everything is very great.

Best gila duduk di bilik tu. Harga tu sesuai dengan the FEELINGS yang kita dapat.

 

Sebab tu dalam ebook I Am Money Magnet ditekankan, kita kena pakai barang-barang mahal all the time.

Tak kira sama ada masa pergi kerja
Masa ada kat rumah
Masa bersenam
Setiap masa kita kena pakai pakaian yang mahal, berkualiti

Sebab bila kita selalu pakai barang-barang mahal
= kita sedang bercampur dengan energi-energi mahal 
= energi kita akan memancarkan energi kekayaan yang akan berbalik kepada diri sendiri 

Bila kita ada energi mahal, bergelombang positif yang semakin membesar maka segala output daripada kita pun akan jadi lebih berkualiti, eksklusif. 

Idea jadi lebih berkualiti, eksklusif, mahal
Confident level pun semakin meningkat

Yang saya kelakar, masa saya pergi tu dengan member.

Entah kenapa sepanjang kami stay dalam bilik tu, tiba-tiba je automatik kami speak English huhu

Bukan nak poyo tapi memang itu yang terjadi. We start to speak in English.

Lepas kami balik ke rumah. Baru kami sedar perkara tu. Di rumah takde pun speak English. We speak Malay.

Cuma entah kenapa memang masa berada di sana, kami mostly talk in English.

Its automatically happens.

Bila check in je, lepas tu kami turun ke mall. My friend said,

“Aku rasa lebih confident bila keluar daripada hotel mahal.”

Same goes to me. Dia memang rasa lain macam bila keluar daripada hotel mahal. Apatah lagi masa tu bila tengok kereta, orang-orang yang ada di sekitar hotel semua berpakaian mewah.

 

Dalam ebook Spiritual Marketing pula ada dikongsi dengan Body Language. Contohnya antara cara nak tingkatkan keyakinan diri adalah dengan ubah posture badan.

Perasan kan bila kita menangis kita menunduk ke bawah. Sebab tu bila bayi nangis, ada ibu bapa yang faham perkara tu dia terus tunjuk ke langit, biar bayi tu mendongak. Jadi kurang menangis.

Bila kita kurang yakin diri, biasanya bahu kita jatuh. How to increase our confident level? Dengan tegakkan bahu.

G20 ada confident level yang tinggi kerana mereka amalkan good body posture.

Apatah lagi bila mereka ada 7 aset,

Aset 1: Blog 
Aset 2: Database 
Aset 3: Knowledge
Aset 4: Meditasi 
Aset 5: Gold
Aset 6: Outsource
Aset 7: Network

Beza kan confident level kita bila kita ada simpanan RM500,000 dengan RM50?

Masa saya capai RM5 angka simpanan, bila masuk butik mahal pun takde rasa takut nak masuk.

Its actually take a courage untuk anda berani dan mampu masuk butik mahal.

Ramai G80 takut masuk butik mahal, tempat mahal sebab mereka tahu, mereka tak mampu nak beli. Jadi mereka takkan suka-suka je masuk butik mahal.

Ada orang dia memang takut walau hanya masuk butik mahal. Sebab dia dah tanam mindset, “aku tak mampu.”

Bila mindset tak berubah, hidup takkan berubah.

Sebab itu anda kena simpan 10% daripada setiap income yang anda dapat supaya bina cofident level anda.

Anda kena tukar mindset,
“Aku susah simpan 10%”
Kepada “Aku simpan 10% income dengan mudah.”

Apa yang kita rasa, cakap, dan fikir kan doa. Bila kita selalu zikirkan (ulang-ulang) perkataan positif maka positiflah jadinya dan sebaliknya.

 

Saya ada network yang ada simpanan RM8 angka dalam bank. Memang itu duit dia bukan duit company.

Yet dia pakai simple je. BMW pun second hand. Dia bersederhana dalam berbelanja sebab nak bina aset. Isteri dia pun dia pakai Myvi. Dia kadang-kadang lagi suka naik Grab.

Katanya, dengan Grab, dia boleh rasa perasaan berada dalam banyak kereta mewah. Kan ada Grab Premium hehe

Bayangkan dengan RM30, anda dapat duduk dalam kereta mewah worth RM300,000+++. Kan murah tu 

Saya pun pernah guna Grab Premium, dapat naik BMW 5 serius. Memang lain rasa dia. Dah la ada driver sekali 

Masa tu jika kita dapat naik kereta impian kita, kita dah tahu dah apa rasa dia dan kita boleh set minda untuk simpan FEELINGS berada dalam kereta mewah idaman kita.

Overall apa yang saya nak tekankan, sebab itulah anda pakai barang mahal.

We don’t pay for the price.
We pay for the LUXURY FEELINGS. 

Bila anda selalu mingle around dengan barang-barang mahal, anda sebenarnya sedang membina lebih banyak energi-energi mahal yang akan bercampur dengan energi diri, seterusnya memancarkan energi-energi kekayaan. Yang akan menarik lebih banyak energi kekayaan.

Belajar bagaimana meningkatkan aura MONEY MAGNET dengan barang-barang mahal dalam ebook I AM MONEY MAGNET (klik sini)

P/s: Oh ya, makanan dia pun sedap-sedap. Boleh pilih yang manis potong kaki atau healthy 

Lebih FEELINGS bila saya dapat cari port tepi tingkap, city view. Fuhhh alhamdulillah.

Syukur.

 

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
1
angry
love love
5
love
omg omg
3
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan karya Nota GembiraKlik Sini Untuk Info
+ +