Cara Menarik Rezeki Jaminan Allah

2 min


Rezeki.

Walau kita bekerja 24/7 siang dan malam, andai itu bukan rezeki kita, ia takkan datang kepada kita.

Namun, jika sudah tertulis itu adalah rezeki kita, walau dihalang seribu cara, pasti akan datang kepada kita.

Dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2, penulis ada berkongsi 3 cara Allah memberi rezeki :

  1. Allah boleh memberi rezeki dengan asbab
  2. Allah boleh memberi rezeki berlawanan dengan asbab
  3. Allah boleh memberi rezeki tanpa asbab

Ada berbagai-bagai cara yang boleh kita lakukan sebagai asbab untuk Allah mengurniakan kita rezeki-Nya yang luas terbentang.

 

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

– Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

– Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

– Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

– Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

– Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orangĀ² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

– Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

– Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

– Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

– Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

– Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

– Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

– Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

– Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

– Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

 

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.

Tapi dari Allah SWT.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah redhai.

Kredit to : Ustaz Iqbal Zain

 

Rezeki takkan pernah salah alamat dan yakinlah rezeki Allah itu sangat-sangat luas.

Seluas mana kita menarik nafas udara, seluas itulah Allah berkehendak melebarkan rezeki-Nya.

Allah dah janji. Siapa yang usaha, dia yang dapat.

Justeru, usahalah menarik rezeki-Nya supaya datang kepadamu tanpa putus.

Kerana Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Yakinlah rezeki itu jaminan Allah kepada hamba-Nya.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah ^_^

 

 

 


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
1
lol
angry angry
1
angry
love love
47
love
omg omg
4
omg
cry cry
3
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *