Ketahui Cara Capai Apa Saja Impian Dengan Buat 1 Perkara Ni Dulu.

4 min


Buat 1 perkara ni dan anda akan dapat capai apa sahaja impian anda

…walaupun impian tu nampak impossible

Saya ada vision board ni sekitar 5 tahun yang lalu tapi epiknya, takat ni ada 1 je impian yang dapat dicapai.

Alhamdulillah hari ni 26hb (September 2019), bermakna saya dah berjaya melalui cabaran 30 hari untuk praktikkan gratitude dan self love therapy sebelum tidur dan ada juga selepas bangun tidur.

Selama almost 30 tahun hidup ni, saya belajar banyak benda daripada journey 30 hari to a new me ni.

Saya ada 4 senario journey untuk menjadi diri yang baru sebelum ni:

1. Saya cuba atasi ketagihan Facebook – setiap minit check notifications. Deactivate terus selama 1 minggu. End up bila buka je, saya tetap spend berjam-jam in Facebook = FAIL

2. Saya hanya dengar guided meditation selama 21 hari ++ tanpa tukar apa yang saya plant dalam minda bawah sedar. End up lepas tu saya jadi diri yang lama balik = FAIL

3. 2nd attempt atasi ketagihan Facebook. Saya biar je Facebook terbuka tapi saya fokus benda lain. Masa tu ada kelas online di Telegram. Thats what make it become successful.

Masa tu even waktu kerja buka je Facebook dan online Facebook sebab guna Ads Manager, saya tak bother untuk scroll news feed di FB = SUCCESS #alhamdulillah

4. Yang terbaru, saya dah konsisten bina tabiat baru, plant NEW seed for my new habit journey.

Alhamdulillah dah lepas 30 hari buat gratitude, self love therapy, “berpuasa” daripada lagu berlirik negatif, hanya explore myself to educational videos, good songs / music = SUCCESS #alhamdulillah

Makna kata nak ubah tabiat.

Alhamdulillah yang no.3 dan 4 tu kira berjaya la.

Daripada journey to a new me, saya dapat hikmah kenapa vision board saya tu tak menjadi pada diri saya.

(Disclaimer: Saya tak mention vision board tu tak bagus tapi ia tak menjadi untuk pengalaman hidup saya)

Antara sebab vision board saya gagal adalah saya tak take action terhadap impian saya.

Simple steps to achieve goal adalah:

Decide nak apa > buat plan > take action

As simple as that.

Impian yang saya letak kat vision board tu agak tinggi. Macam pent house mewah tepi pantai, income 5 figure per month,

…pergi umrah dengan parent tapi ni dah tercapai (alhamdulillah) cuma jalan yang Allah beri tu, Allah tak buat saya yang dapat taja tapi ibu saya yang taja saya pergi umrah jadi saya terima jelah 😄

dan ada beberapa lagi impian besar.

 

Impian besar memerlukan energi yang besar, capacity yang besar.

Kalau nak join marathon sehingga 100km, anda mesti bermula dengan 5km, 50km, 70km kan?

Jadi begitulah juga dengan impian besar.

Tony Robbins berkongsi macam mana nak capai apa sahaja goal yang anda impikan. Termasuk untuk impian yang anda rasa impossible.

Sebelum saya bongkarkan formulanya, kita ambil contoh larian tadi.

Katakan impian besar adalah anda nak bertanding dalam marathon 100km.

Anda mesti perlu berlatih dulu bermula 100m, 1km, 5km, 30km, 50km, 70km dan soon pasti anda akan dapat juga capai 100km. Betul kan?

Same steps anda kena buat untuk impian anda.

Contoh impian income saya RM30,000 / month.

Saya kena belajar macam mana nak buat RM1,000 / month, RM5,000 > RM10,000 > RM20,000 hinggalah soon saya confirm akan sampai juga RM30,000 / month insya-Allah.

Formulanya adalah — untuk anda dapat impian yang besar, anda kena biasakan diri anda untuk suka buat kejayaan-kejayaan kecil.

Impian besar = kejayaan besar = kompilasi kejayaan-kejayaan kecil.

Jadi sebelum nak capai impian besar tu, anda kena biasakan diri untuk buat dan banyakkan kejayaan-kejayaan kecil.

Dari kejayaan-kejayaan kecil inilah yang akan snowball dan membina kejayaan yang besar = impian besar = impian anda.

Kata William McRaven, US Navy Admiral,

“If you want to change the world, start off by making your bed.”

Tony Robbins kata kalau kita nak rasa mudah capai apa sahaja impian yang kita nak, kita kena rajinkan diri, biasakan diri untuk buat benda-benda kecil = kejayaan-kejayaan kecil.

Macam William ni kata bermula dengan kemaskan tempat tidur.

Jadi mulai saat in the journey 90 days to a new you, anda kena biasakan diri anda buat benda-benda kecil.

+ Kemaskan tempat tidur
+ Tutup suis periuk nasi lepas nasi dah masak
+ Basuh alat masak lepas dah masak
+ Basuh pinggan lepas makan
+ Tutup lampu bilik air lepas guna
+ Flush lepas guna tandas
+ Ambil sampah terbuang masuk dalam tong sampah
+ Tutup charger lepas dah guna, tutup suis sekali
+ Buang tisu tandas kat dustbin
+ Tutup suis dan cabut plug utama bila nak keluar rumah

Sesemut mana pun perkara tu, anda kena biasakan diri untuk buat.

Kena ingat anda nak buat benda tu bukan sebab nak tunjuk bagus ke apa tapi sebab anda nak train diri anda untuk capai lebih banyak kejayaan kecil.

Apa-apa pun ini untuk benefit anda juga.

Lagi banyak terkumpul kejayaan-kejayaan kecil anda, lagi cepatlah anda dapat train diri untuk capai impian besar anda.

Semua ni adalah your journey untuk train diri snowball banyak kejayaan-kejayaan kecil jadi kejayaan besar.

Jadi soon impian yang dulu besar tu lama-lama jadi makin kecil makin kecil makin kecil dan lebih mudah untuk anda mencapainya

…due to anda dah train diri untuk buat benda-benda kecik = buat sedikit demi sedikit kejayaan-kejayaan kecil.

Cara ni bagus juga nak atasi kemalasan termasuk nak bina tabiat baru.

Contohnya anda nak mula tabiat membaca. Mulakan 1 ayat dulu. Nak rajinkan diri baca Al Quran, mulakan 1 ayat dulu.

Raso-raso eh bila baca 1 ayat tu rasanya mesti rasa tak cukup nanti akan tertambah 1 ayat lagi 1 ayat lagi 1 ayat lagi.

Kita ni memula je biasanya rasa susah tapi bila dah mula terus masuk dimensi lain. Masuknya khusyuk buat benda tu sehabis baik.

Contoh saya ni nak tulis post ni tadi sket je tapi sekarang dah tersampai lebih 110 baris (kalau tengok guna Notepad+++).

Saya just nak sharing apa saya dapat dari video Tony Robbins je hasilnya terjadi pulak 1 post panjang lagu ni😅😂

Inilah cara nak buat buku. Memula tulis sket dulu nanti dah masuk level khusyuk dia, boleh jadi 1 artikel > 1 ebook > 1 buku > 10 jilid terus😄

Kalau term saya, bila khusyuk menulis ni = masuk dimensi sendiri. Tu sebab orang sebelah panggil pun kadang tak dengar sebab kita laser focus buat apa yang kita tengah buat. Member den selalu terkono 🤣

 

Summary apa yang saya bebelkan:

1. Nak capai goal, kita kena take action towards our goal

2. Impian besar = energi besar

Impian besar = snowball kejayaan-kejayaan kecil

3. Untuk dapatkan impian besar, kita kena biasakan diri untuk buat benda-benda kecik

Benda-benda kecik = kejayaan-kejayaan kecil

4. Lagi banyak kejayaan kecil yang kita dapat buat, lagi besar, lagi dekat potensi kita untuk capai impian kita

5. Nak buat sesuatu ni biasanya memula je susah tapi bila dah mula buat senang nak drag

Cara nak pecahkan rasa susah — pecahkan task besar jadi task kecik.

Nak bina tabiat membaca buku, mulakan step yang paling senang, kecik iaitu mula baca 1 ayat

Action plan: Biasakan diri buat benda-benda kecik.

 

P/s : Saya kongsikan full version, step by step apa yang saya buat untuk bina self image yang baru dengan kejayaan kecil yang membawa kepada kejayaan besar dalam ebook terbaru “90 Days To A New Me”. <— klik sini


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
2
love
omg omg
1
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link