Kenapa Merungut Kalau Boleh Bersyukur? – Formula Atasi Tabiat Merungut Yang Paling Mudah

4 min


“Apabila kita mensyukuri apa yang kita ada, Allah akan beri lebih daripada apa yang kita syukuri.”

Bukan saya cakap tapi ada dalam Al Quran — surah Ibrahim ayat 7.

Ayat di atas saya dapat ilham daripada apa yang saya buat sebelum ni untuk dapat my dream job now #alhamdulillah

+ Remote dari rumah
+ Bos, top management, teammate best
+ Masuk ofis 2x je 1 minggu

Formula Bersyukurnya begini:

“Jika kamu bersyukur, Aku tambah nikmat.”

(Aku = Allah)

Jadi cuba bayangkan jika kita keluarkan Formula Merungut:

“Jika kamu merungut, Aku ____ nikmat.”

Cukup hanya kita buat perkataan “tambah” jadi berlawanan = tolak, kurangkan.

Jadi tidak hairan kenapa bila kita merungut, ia menghadirkan perasaan negatif. Kita rasa tak best.

 

Ada 2 orang sekawan. Best friend – Sarah dan Mary.

Sarah dan Mary ni member baik. Kamcing gila. Dorang selalu spend time bersama. Sarah ni jenis suka merungut. Mary pun dengar jelah.

Namun setiap kali jumpa Sarah ni, Mary jem juga asyik dengar dia merungut je. Macam sakit je telinga. Cannot go.

Jadi suatu hari Mary ni terbaca tentang Cabaran Bersyukur, tiada rungutan selama 7 hari berturut-turut.

Dia jumpa Sarah dan sampaikan hasrat ni. Dalam masa dia tengah lepak dengan Sarah tu, dia cakaplah,

“Weyh, apa kata kita cuba cabaran ni nak?”

“Cabaran apa tu?”

“Cabaran Bersyukur – tiada rungutan selama 7 hari berturut-turut. Maksudnya apa kata kita cuba “berpuasa” daripada merungut dan mula bersyukur.

Aku bacalah dalam satu buku ni. Ramai share dorang dapat apa yang dorang nak, dorang juga dapat rezeki yang tak disangka-sangka.

Ada juga yang dapat pekerjaan yang dorang impikan. Pun ada juga dorang dapat rumah secara PERCUMA!”

“Serius la?!”

“Serius, betul.”

“Okay boleh! Apa kata kita cuba. Tulah, aku ni asyik merungut je. Bosan juga jadi gini.”

“Biasalah tu. Manusia. Lek ar. Bila ku baca pasal syukur ni, dia pun cakaplah — Sebenarnya merungut ni drain energi dan masa.

Yang paling menyedihkan sebenarnya tak jadi apa pun kalau merungut kecuali kita atasi dengan tindakan.

Barulah rungutan tu jadi empower words sebab driven kita untuk ubah diri kita, ubah hidup kita, upgrade income kita.”

“Okay, macam mana nak buat?”

“Okay camni. Setiap kali kita nak merungut, kita terus switch supaya kita bersyukur. Lagi banyak benda kita nak merungut, lagi banyak kita syukuri apa yang kita ada.

Sebab bila kita tukar fokus daripada tengok benda yang kita tak suka, kita switch pakai filter syukur — tengok benda-benda best yang dah ada dalam hidup kita je.

Ala, macam mata lalat dengan mata lebah. Kalau ko pakai mata lalat, ko nampak la taik, benda-benda kotor. Asyik nak sebarkan kekotoran ko je kat makanan manusia.

Bila ko bermata lebah, ko nampak madu, nampak bunga, benda-benda manis je, helok je. Dari sarang ko tu, manusia buat jadi madu.

Ada yang bantu pulihkan kesihatan batuk, sakit tekak. Kan helok tu.

Ko dah la manis, bila mula switch kepada mata lebah, nampak benda-benda yang best dalam hidup ko, barulah nampak lagi manis,” usik Mary. Dia tergelak.

Sarah pun gelak juga, “Eh, kau ni! Power power power apa yang ko cakap ni. Macam mind blowing jugak. Okay, jom! Kita mula skang skang skang.”

“Ajom la kite!” kata Mary.

Jadi keesokan harinya mereka pun mulakan Cabaran Bersyukur – tiada rungutan selama 7 hari berturut-turut. Sarah dan Mary mulakan hari Pertama.

Tough jugak la dorang nak mula terutamanya Sarah. Memang dia ada juga buat tabiat merungut dia tu tapi dia terus berusaha untuk switch “mata lebah”.

Bila Sarah tergelincir, Mary ingatkan. Support member. Bila Mary pun kadang terungut, Sarah ingatkan,

“Weyh, ingat Cabaran Bersyukur, no complain 7 days.”

“Okay, okay, okay,” dorang gelak. Cepat-cepat istighfar.

Daripada 1 hari, dorang berjaya ke hari ke-2, ke-3 sehinggalah ke hari ke-7.

“Okay sekarang kita dah hari ke-7 ni. Cuba ko share apa yang ko dapat daripada cabaran bersyukur ni?”

“Tula, alhamdulillah. Tak sangka. Walau memula susah jugak lah nak atasi tabiat merungut aku ni tapi berjaya jugak sampai ke hari ke-7. Syukur!

Aku rasa emosi aku lebih positif, perasaan aku lebih tenang. Aku lebih bahagia setiap hari bila aku tengok, aku renung apa yang Allah beri pada aku.

Rasa beruntungnya aku dengan apa yang Allah beri berbanding ada orang tu tak seuntung aku, tak ada apa yang aku ada.”

“Betul! Sokong. Aku pun sama. Aku perasan emosi aku lebih stabil. Aku rasa bahagia, tenang. Kadang syahdu je bila renung apa yang Allah dah beri.

Patotlah Allah cakap sedikit sekali hamba-Ku yang bersyukur. It takes effort sebenarnya bila kita bersyukur ni nak pakai spek mata lebah tu bukan semua orang boleh buat.

Ada orang dia boleh hidup pakai spek lalat je. Allahu. Nikmat mana yang kita dapat dustakan?”

“Betul cakap ko! Best la buat benda ni. Cam hentak batu dalam kepala otak aku sebab yelah sebelum ni selalu merungut.

Tak bother sangat pun dengan nikmat yang Allah beri. Bila ko ajak aku buat benda ni rasa cam keluar di lorong cahaya dari kegelapan malam tanpa cahaya purnama.”

“Eh ko ni!”

Dorang tergelak.

“Best la buat Cabaran ni. Apa kata kita teruskan untuk 21 hari, 30 hari, 60 hari,” ajak Sarah.

“Kannn.. ajom la kite! Senang cerita switch mata lebah selamanya lah. Pakai spek mata lebah belaka,” kata Mary.

Mereka tergelak.

Sejak itu mereka mula bersyukur. Kurang merungut. Merungut tetap ada. Mereka switch pakai spek mata lebah. Biar nampak benda-benda manis je, helok je.

Sarah dapat naik pangkat dalam masa 6 bulan lepas cabaran tu. Mary pula dapat peluang travel ke luar negara atas tiket company = travel percuma!

Masing-masing dah ada a better life than before. Jadi begitulah.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” 

– Surah Ibrahim : ayat 7 –

Bila kita syukuri apa yang kita ada, Allah akan beri LEBIH daripada apa yang kita syukuri.

 

P/s : Saya kongsikan full version, step by step apa yang saya buat untuk bina self image yang baru dengan emosi yang lebih stabil (alhamdulillah) dalam ebook terbaru “90 Days To A New Me”. <— klik sini


What's Your Reaction?

cute cute
1
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
4
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link