Bertanya Allah Dahulu – Rezeki Yang Dah Pergi Namun Ia Datang Semula

4 min


Ini kisah dari seorang sahabat Che Happy bagaimana beliau praktikkan Bertanya Allah Dahulu saat beliau ditimpa suatu ujian.

Ikuti perkongsian beliau di bawah.

*******

Bismillah
22.04.2018

“Ya Allah, aku betul-betul tak ingat mana aku letak purse aku. Bantu aku ya Allah.”

Cerita ni betul-betul berlaku kat diri aku sendiri setahun yang lepas. Walaupun dah setahun berlalu, tapi nak cerita jugak. Wakaka 😆

Syarikat tempat aku bekerja ada buat satu event selama 4 hari (Khamis – Ahad) di Cyberjaya.

Kejadian berlaku pada tengah hari Jumaat (lunch hour) yang mana aku dan sorang kawan ni keluar untuk cari kudapan – aiskrim (sebab teringin sangat hehe). Lepas beli kitorang pun pergilah kat satu port ni (area parking) untuk makan as well borak-borak.

Borak punya borak, tak sedar masa rehat nak habis dah. Aiskrim tentulah habis dah kan. So kitorang pun gerak naik atas. And at that time masa nak gerak tu, aku seriously tak ingat langsung nak check kiri kanan untuk check sama ada aku pegang purse ataupun tak. Dengan yakin dan selamba dek je aku blah.

Habis je event dalam 6.30++, kitorang pun gerak balik and singgah jap kat McD. Aku pun join order sekaki, walhal tak sedar duit takde. 😌. Nasib aku order aiskrim je (aiskrim sokmo), kalau order lain, memang shian member kena paw dengan aku 😅

So bila check handbag nak bayar, korek, korek, korek, – ah sudah, purse takde! Walaupun handbag tu takdela besau mana, dengan semangat aku tetap korek dan cari. And memang confirm takde. Last-last terpaksa pinjam duit kawan jugak. Terima kasih kawan.

Sepanjang malam tu aku pikir manalaa perginya purse aku tu.

“Ya Allah, aku betul-betul tak ingat mana aku letak purse aku. Bantu aku ya Allah.”

Malam tu jugak aku call Nurin, story kat dia pasal kes tu sebab dah gelabah, risau punya pasal kan. Nak menangis pun iya jugak time tu sebab dalam purse tu semua ada – IC, ATM card, duit. Nak renew, pikir kos dengan masa jugak tu.

So, Nurin pun advice untuk buat report IC hilang and dia suruh aku bertenang dan buat 3 benda ni :
1. Istighfar
2. Selawat
3. Talk to Allah (TTA) / BAD (Bertanya Allah Dahulu)

Aku pun iyakan jela sebab dah buntu taktau nak buat apa time tu. Salah sendiri sebab cuai..huhu.. Aku syak hilang masa makan aiskrim tengahari tu.

So aku pun buat la apa yang Nurin advice tu. Tiap kali lepas solat, sebelum tidur atau tengah buat apa pun, aku akan istighfar, selawat dan doa kat Allah :

1. Supaya Allah temukan aku dengan purse aku tu
2. Supaya Allah bukakan hati orang yang jumpa purse tu untuk pulangkan semula kat aku

Kiranya aku cam dah tawakal habis dah ni. Sebab taktau nak buat apa dah walau aku dah pernah cari kat area parking tempat makan aiskrim, dalam dewan event, tanya receptionist lobi, but still tak jumpa.

Aku redha. Aku tak tahu macam mana aku tahu dan aku buat, aku yakin purse tu akan balik semula ke aku. Jadinya aku serahkan semuanya kat Allah. Aku yakin Dia akan selesaikan ikut cara Dia.

2 hari berlalu, Ahad tu aku terima whatsapp dari unknown number. Reply reply, then dapat tau yang purse aku ada kat office dia.

Image may contain: text

Masha-Allah, masa dapat mesej tu, rasa cam tak percaya. Unbelievable sangat. Purse yang taktau wujud lagi ke tak, tetiba muncul, jumpanya kat toilet walhal aku takde pergi toilet bawak purse.

Serius amazing. Alhamdulillah syukur. Terus story kat Nurin since dia tau pasal cerita ni kan. Hari tu aku rasa semangat datang balik 😃

Besoknya Isnin, since aku cuti, so aku and Nurin pergilah semula ke office sana as orang tu bagitau yang office tutup weekend. Bila sampai office dorang, and nampak je purse tu semula, rasa bahagia terox, macam orang yang dapat hadiah yang dia nak sesangat. Gittuh!.. Hoho.. Check everything ada dalam tu – IC, ATM card, duit kertas, duit syiling

Tanya kat receptionist situ,

“Mana akak dapat nombor saya sebab saya rasa saya takde letak phone num dalam purse ni?”

“Dekat facebook dik.” Jawabnya.
(Disclaimer: tiada maksud untuk menggalakkan anda letak num fon anda di fb ye)

Rasa macam, ya Allah tak terfikir pun sampai ke facebook dia cari. But of course semuanya tak mustahil kalau Allah yang ilhamkan mereka untuk cari inisiatif kat facebook.

Dan purse tu pun takkan dapat ke tangan aku semula tanpa Allah yang membukakan hati hamba-Nya yang temukan dan pulangkan purse aku ni. Alhamdulillah terima kasih Allah.❤️

****

So that’s it. And apa yang aku nak cakap adalah

1. Walau apa pun ujian yang datang yang buat kita rasa kecewa, putus asa, sentiasa yakin bahawa Allah itu sentiasa ada, pertolongan-Nya sentiasa dekat

2. Berdoa mintak Allah bantu segala kesulitan kita dengan cara-Nya and once pertolongan Dia datang, time tu kita akan rasa amazing sangat.

3. Kalau itu memang rezeki kita, Allah tetap akan datangkan ia pada kita walau kita rasa ianya bukan rezeki kita lagi

4. Lepas makan aiskrim tu, check kawasan sekitar supaya tak tertinggal apa-apa. 💃

P/S : Berdoa (TTA) macam tu bukan sebab kita nak Allah ikut apa yang kita nak, tapi kita tahu hanya Dia je yang dapat bantu kita, kita yakin dan serahkan semuanya kat Dia, supaya kita ingat dan kembali pada Dia.❤️

Dan semestinya pengajaran untuk aku supaya tak cuai dan lagha. huhu 😇
.

Kredit to : Wan Suhailah

.

Dapat sesuatu? Salah satu teknik berdoa adalah dengan Bertanya  Allah Dahulu. Berdoa secara santai namun sentiasa letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Percaya bila Allah beri ujian, maknanya Dia nak ajar kita sesuatu. Alhamdulillah.

 


What's Your Reaction?

cute cute
1
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
12
love
omg omg
0
omg
cry cry
1
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: