Bekalan Yang Dibawa Selepas Kematian

2 min


Semua yang hidup pasti akan mati.

Apabila berbicara soal kematian, apa yang berada di dalam fikiran kita?

Bersediakah kita?

Bersediakah anda?

Kematian adalah rahsia Allah.

Tiada siapa mampu menebak mahupun menggali rahsia tersebut.

Namun amalan apakah yang sudah kita persiapkan untuk menghadapi hari tersebut?

Bekal apakah yang akan kita bawa selepas kematian datang?

Baca kisah di bawah.

 

KISAH LELAKI DAN 4 ORANG ISTERI

 

Hidup ini ibarat kita miliki 4 orang isteri. Yang paling kita sayang semestinya isteri ke-4 tetapi kita lupa isteri pertama yang sentiasa ada bersama kita.

Betul ke macam tu?…

 

Suatu ketika dahulu, ada seorang raja dan 4 orang isteri.

Suatu hari, Raja terlantar sakit dan dalam keadaan nazak di ambang kematian,

Dia risau jika keseorangan di dunia selepas mati, dia bertanya kepada isteri ke-4 yang paling dia sayang. Dia sentiasa belikan di permata dan juga emas serta baju mewah.

Raja bertanya,

“Mahukah kamu mati bersamaku, ikut aku ke dunia selepas kematian?”

Lalu isteri ke-4 itu menjawab,

“Maaf saya tidak boleh lakukannya dan berlalu pergi…”

 

Si Raja juga turut menyayangi isteri ke-3 nya. Dia berbangga dan sentiasa membawanya ke upacara rasmi di raja.

Lantas dia memanggil isteri ke-3nya dan bertanya,

“Mahukah kamu ikut aku ke dunia selepas kematian?”

Isteri ke-3 menjawab,

“Saya terlalu sayangkan kehidupan saya. Maafkan saya kerana tidak dapat ikut bersama kamu. Bila kamu mati, saya akan berkahwin dengan orang lain.”

 

Isteri ke-2 yang sentiasa ada bersamanya bila perlu.

Si Raja bertanya,

“Mahukah kamu ikut aku ke dunia selepas kematian?”

Isteri kedunya menjawab,

“Maaf kerana kali ini saya tidak dapat membantu kamu, tapi saya boleh aturkan upacara kematian dan saya aka nada ketika upacara itu.”

 

Tiba-tiba ada satu suara yang menjawab,

“Saya akan pergi bersama kamu dan ikut kemana sahaja kamu pergi. Walaupun ke dunia selepas kematian.”

Si Raja toleh dan suara itu datang dari isteri pertamanya.

Tetapi ini adalah isteri yang kurang mendapat perhatiannya.

Si Raja malu dan berkata,

“Maafkan saya. Sepatutnya saya menjaga kamu dan beri banyak perhatian ketika saya hidup.”

 

Pengajaran dari kisah ini adalah setiap dari kita miliki 4 orang isteri.

Isteri ke-4 kita adalah JASAD kita.

Kita selalu hiasinya dengan perhiasan cantik, pakaian yang cantik. Tetapi pengakhirannya ia tidak dapat ikut kita ke dunia selepas kematian.

 

Isteri ke-3 mewakili HARTA BENDA yang kita ada.

Kita habiskan banyak masa dengannya dan cuba untuk kumpul sebanyaknya, tetapi ia tidak boleh dibawa ke dunia selepas mati, malah akan diberi kepada orang lain.

Seperti yang isteri ke-3 katakan bahwa dia akan berkahwin lain.

 

Isteri ke-2 adalah SAHABAT dan KELUARGA kita.

Kita percaya mereka. Mereka sentiasa ada bila kita memerlukan

Mereka akan ada ketika upacara kematian kita.

 

Isteri pertama kita ibarat JIWA kita.

Kita selalu kurang ambil kisah tentang jiwa kita, kerana ini sahaja yang akan ikut kita ke dunia selepas mati.

 

Jaga TUBUH kita, kekalkan kesihatan.

Nikmati HARTA BENDA anda dan biarkan JIWA kita tenang.

Hargai SAHABAT dan KELUARGA anda dengan penuh rasa cinta dan jangan lupa untuk menjaga JIWA anda.

Suburkan JIWA anda.

Ambil masa untuk bersendiri.

Ambil masa untuk perbanyakkan berdoa.

Ambil masa untuk muhasabah diri.

Kerana ini semua adalah rezeki dalam hidup kita dan sahabat yang paling setia.

Saya harap kisah ini dapat membantu anda atau seseorang yang anda sayang.

Kredit to : Hamba Allah yang bahagia

 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Dalam hadith di atas, dapat disimpulkan bahawa bukanlah jasad, harta benda atau sahabat dan keluarga kita yang dapat kita bawa selepas meninggal dunia, namun 3 perkara yang lebih kepada “makanan” jiwa.

Jagalah jiwa dan persiapkan diri kita dengan amalan-amalan kebaikan untuk dibawa ke dunia selepas kematian.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
11
love
omg omg
1
omg
cry cry
6
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: