Anda Seorang Introvert? Be Proud!

4 min


“Shima, kau ni pendiam sangatlah. Cuba kau cakap banyak sikit.”

“Eh Mira, diam jap. Kau ni asyik bercakap je. Tak penat ke?”

Pernah ke anda alami situasi seperti di atas?

Dikatakan seorang yang pendiam atau banyak cakap?

Dua perbezaan personaliti di atas dikenali dengan Introvert dan Extrovert.

Introvert merupakan seorang individu yang dikatakan bersifat pasif, pendiam dan kurang sosialisasi.

Berbeza pula dengan extrovert yang individunya lebih dikenali bersifat aktif, bersemangat dan lebih suka melibatkan diri dengan orang ramai.

Walau ramai orang menganggap introvert “seorang yang lemah”, namun mereka tidak mengetahui ada kekuatan di sebalik seorang introvert.

Mari baca perkongsian di bawah.

 

INTROVERT VS EXTROVERT

Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dan paling dahsyat, ada sesetengah orang introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extrovert.

Thread kali ni nak cerita, kekuatan sebenar seorang introvert.

Be proud lah!

Konsep introvert dan extrovert ni, berkait rapat dengan ARAS. Sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System (SPS).

Senang cerita, bila kita bersosial, otak kita hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure.

Kita feel good, feel nice and feel satisfied.

Orang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia, cepat ‘penuh’.

Anggap macam ada gelas dalam kepala, dan SPS ialah air.

Introvert gelas dia kecil.

So jumpa orang sikit pun dah penuh gelas. Dia dah seronok.

Beza extrovert, dia tak puas.

Gelas dia besar, kena lagi banyak SPS.

Gelas SPS introvert ni kecil, so bersosial sikit dah terasa pleasure.

Kalau dah penuh gelas dia, dia kena take a step back.

Lari jap. Balik awal, pergi berjalan seorang, pergi baca buku kat café, dan lain-lain.

Senang cerita dia perlukan me-time.

Nak pergi makan mee sorang pun boleh.

Sebab itu, introvert selalu dianggap anti-sosial, terutama oleh golongan extrovert dan ambivert.

Padahal dorang tak tahu, introvert sebenarnya sangat setia kawan kot. Dorang sangat hargai persahabatan.

Quality melangkaui quantity.

Biar kawan sikit-sikit tapi sayang ketat-ketat.

Dalam diam introvert, dia berisi.

Suka membaca, suka tengok movie sorang, suka simpan isi hati, ada satu skil akan develop; skil menganalis.

Deria dia lagi senstif, lagi tahu siapa ikhlas nak berkawan, suka tengok tingkah laku orang.

Dia senyap je, tapi dalam kepala, bising.

 

Ada 4 Jenis Introvert

 

1. The Anxious Introvert

Jenis yang tak boleh bersosial, cepat gemuruh, takut bercakap depan orang ramai.

Tapi orang macam ni biasanya dia ada kawan rapat sangat.

Tempat dia meluahkan, bersembang dan sangat hargai kawan tu. Till Jannah, gituuu…

 

2. The Social Introvert.

Hampir sama macam Anxious, tapi dia tak suka bersosial, bukan tak boleh (macam Anxious).

Dia prefer berseorangan, pergi mall sendiri, makan tanpa kawan dan lain-lain.

Dorang suka berseorangan, tapi bukan kesepian.

Being alone and feeling lonely is different.

 

3. The Thinking Introvert.

Golongan pemikir.

Ini yang kita kata mulut diam tapi kepala bising.

Dia suka membaca, analisis, review movie berkaitan proses otak.

Walaupun tak bersosial, orang macam ni sangat power untuk nampak benda orang lain tak nampak (bukan hantu ye..).

 

4. The Restrained Introvert.

Jenis tenang, rasional dan ada ciri-ciri leader.

Dia sangat jaga kata-kata, tingkah laku dan boleh bersosial (tapi minimum).

Orang macam ni, nampak senyap je, tapi sekali bercakap, semua terdiam.

Bukan jenis bising tapi tin kosong..

 

Anda introvert mana satu?

Sebenarnya semua introvert ada 4 ciri-ciri tu. Cuma mana satu yang lagi dominant.

Tak ada test pun nak tahu kita mana satu. Tepuk kepala tanya minda.

Yang penting, tolong faham yang introvert ialah sejens personaliti, bukannya satu kelemahan diri.

Dalam dunia yang bising, mudah kita nampak extrovert berjaya.

Sebab itu ada introvert terfikir sifat dia tu satu kelemahan.

We have our own success.

Ada je aku kenal introvert tapi kerja lawyer, trainer, motivator. Jenis kerja kena bercakap.

And they’re awesome in it!

Tak boleh / pandai bersosial, tak apa. Boleh dilatih.

Yang penting mesti bersosial melibatkan kerja, tugasan, assignment.

Orang introvert bukannya bisu.

Lepas dah habis kerja tu, take a step back lah.

Rest. Recharge.

Kasi gelas SPS tadi kosong balik =)

Introvert biasanya ada kawan rapat yang extrovert. Dorang kamceng. Depan orang, sorang bising, sorang senyap.

Tapi bila berdua je, terbalik.

Sebab introvert tu selesa dengan kawan extrovert dia tu, dia pula jadi bising banyak benda nak cerita.

Orang extrovert pun biasanya ada kawan introvert. Depan orang, dia yang bising, banyak bercakap banyak bersosial.

Tapi bila berdua je dengan introvert tu, dia banyak senyap, sebab nak recharge balik lepas dah seharian memenuhi tuntutan Social Pleasure System (SPS) dia.

Kesimpulan kali ini, nak cakap yang,

You don’t have to change who you are to be successful. You just need to learn to use your personality as a strength.

Don’t have the perception of your personality is a weakness.

You need to accept and love yourself first. Okay?

“A little hibernation is good for the mind. Come out (for a while) when you’re ready.”

Introvert and Proud!

Don’t change for you are to be successful. But change people’s mindset of what it means to be successful.

Sekian.

Kredit to : @aimanamri

 

Sahabat Che Happy ada bagitahu, kadang walau orang tu peramah, tapi dia bukanlah seorang good speaker apabila berhadapan dengan orang luar.

Orang yang kita rasa dia seorang yang tak pandai cakap, namun apabila dia lontarkan idea je, terlopong semua.

Each person is different. Each person has unique personality.

Kalau setiap orang sama, tiada istilah saling lengkap-melengkapi.

Kecoh dunia kalau semua orang extrovert. Sunyi sepi pulak kalau semua orang introvert.

So, syukuri persamaan, raikan perbezaan.

Allah itu Maha Adil.

Setiap ciptaan-Nya tiada yang sia-sia.

Terima kasih Allah. ^_^

 

 

 


What's Your Reaction?

cute cute
16
cute
lol lol
1
lol
angry angry
2
angry
love love
67
love
omg omg
6
omg
cry cry
6
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: